Beli buku online dari ITNM

2 bualan
Saya pernah membeli buku online dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITNM).

Buku itu bertajuk "Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya".

Tarikh pembelian adalah pada 3 Ogos 2012. Oleh kerana harga buku murah, saya rasa penghantaran mungkin memakan masa seminggu atau dua.



Namun setelah sebulan menunggu, buku masih tidak sampai. Untuk tidak bersangka buruk, saya menghantar aduan kepada pihak ITNM untuk mendapatkan penjelasan tentang buku yang telah saya beli.



Kemudian saya membalas.



Beberapa minit kemudian saya mendapat panggilan, "Hello, assalamualaikum. Ini en. Wong ya? Saya Ahmad Shuhaimi dari ITNM. Boleh saya tahu tentang status buku pembelian encik?"

Saya terkejut dengan panggilan tersebut. Tidak sangka pihak ITNM sendiri membuat panggilan. Sayapun menerangkan situasi bahawa saya masih lagi belum menerima buku yang saya beli tempoh hari.

"Baik. Saya akan ambil tindakan. Jika ada apa-apa hal boleh terus hubungi nombor saya ini. Kami dari pihak ITNM minta maaf atas perkara ini."

Perbualan tamat. Sejurus kemudian saya mendapat emel daripada beliau lagi. Servis mereka memang laju!


Alhamdulillah, esoknya juga saya mendapat buku yang saya beli. Perkhidmatan yang diberikan oleh ITNM memang terbaik!

Aduan yang diberi diambil serius. Semestinya saya akan beli lagi dari pihak mereka nanti, jika ada buku-buku yang saya berkenan.
Berminat Baca

Kicauan burung di pohon Cengal

Suasana redup di sekitar kawasan. Terdapat seorang lelaki duduk di bawah pohon cengal. Ia seperti lelaki yang sudah putus harapan. Termenung kosong melihat langit.

"Oh, Tuhan. Apakah ini sebenar nasib aku?" keluh lelaki itu.

Kedengaran bunyi kicauan burung sekitar kawasan bak irama pantun berdendang

Kicauan kelicap tersebar awal mentari,
Tandanya masa mencari rezeki;
Pagi hari suasana ceria untuk menari,
Pembuka usaha rezeki untuk yang sedari.

Pakaian lelaki itu compang camping. Sudah tiga hari dia menahan lapar. Hanya meneguk air sungai berdekatan.

"Adi, kau lebih baik lari ke hutan Lara. Aku dengar Along mencari kau," nasihat rakannya 5 hari lepas.

Ayah, itulah yang sekarang dia ingatkan.

"Adi duduk di sini baik baik ya. Ayah mahu keluar mencari rezeki."
"Kenapa ayah tak duduk sahaja di tepi jalan macam mak cik di stesen Petronas?"
"Ayah tak suka orang yang begitu. Hanya mengharapkan kudrat orang lain untuk menolong. Ayah masih ada tulang empat kerat. Ayah mampu membanting tulang mencari rezeki."

Adi melihat ayahnya keluar dari kereta kancil berwarna putih. Kereta kancil itu berwarna putih. Sudah lusuh warnanya.

Adi melihat ayahnya pergi dari sebuah rumah ke sebuah yang lain. Kadang kala kejap. Kadang kala lama ayahnya singgah. Mungkin ada yang ingin membeli atau mungkin ada yang hanya mendiamkan diri.

Entah berapa lama si anak kecil itu memerhatikan ayahnya berjalan sehinggakan ia tertidur di dalam kereta.

Bamp. Bunyi pintu kereta ditutup.

"Lihat Adi. Alhamdulillah. Rezeki kita hari ini. Ayah dapat RM60..."


Adi termenung mengingat kembali peristiwa itu. "Ayah telah banyak mengajar aku erti berusaha, tetapi kenapa aku jadi sebegini?"

Cip cip cip, bunyi burung kelicap datang bertenggek di atas pohon lelaki itu bersandar.

Cip cip cip, ia disahut oleh bunyi yang lain. Adi tidak dapat melihat dari mana bunyi itu kerana ia terselindung di sebalik dahan yang besar.

(bersambung)
Berminat Baca

Sayap-sayap Keagamaan


Video yang boleh memberi kesedaran. Hasil arahan Mat Luthfi. Ringkas tetapi padat dengan makna tersirat.

Perubahan memerlukan masa. Manusia berlainan rentak. Pendekatan perlu diseiringkan dengan hati dan agama.

Arak. Filem lucah. Zina. Rokok. Berpacaran. Dan lain-lain.

Apakah perubahan yang boleh dibuat bagi membantu yang ketagih? Mulakan dengan harapan. Kesedaran. Tindakan. Dan yang penting sekali, carilah sokongan sebagaimana Mat berusaha keras memberi sokongan kepada sahabatnya itu.

Amar makruf, nahi mungkar.
Serulah kepada kebaikan, tegahlah daripada kemungkaran.
Berminat Baca

Samurai Terakhir


Filem terbaik untuk ditonton selepas pembentangan kertas kerja sarjana.

Kisah tentang sejarah Jepun dan modenisasi negara ke arah kemajuan sejagat bangsa mereka. Walaupun ancaman Barat giat menyerbu istana, namun samurai terakhir terus mempertahankan asal usul Jepun.

Oh terfikir pula kisah begini di zaman kesultanan Melayu dahulu kala.
Berminat Baca

Awas dengan gurauan yang terselitnya penipuan

7 bualan
Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
-- Imam Hasan al-Banna 

Saya ada menempah sekeping DVD daripada seseorang yang terkenal namanya sebagai penulis iklan atau copywriter.

Saya pernah pergi ke seminar percumanya di PWTC. Saya suka pembentangannya. Bagus isinya. Katanya, jika ingin tahu lebih lanjut boleh beli DVD seminar penuhnya, di akhir seminar tersebut.

Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya jelik semasa seminarnya itu.

"Jika ada yang berjaya menjawab soalan saya ini," sambil dia meraba kocek bajunya, "akan memenangi... Ahah! Duit ini," sambil menunjukkan not RM1.

Kami hanya ketawa. Kemudian ada yang berani menjawab dan ia betul. Di sinilah ujian datang. Sama ada dia mengotakan janjinya atau hanya membiarkan sahaja janji itu.

Dan... dia mengabaikan janji tersebut. Ahah!  Gurauan yang dilontarkan bersifat menipu. Memang lah katanya dia hanya bergurau tetapi gurauan ada caranya. Janji adalah janji, dan penipuan adalah penipuan.

Di sini saya mula mendapati orang yang suka bergurau dengan penipuan ada kecenderungan untuk berkata manis dengan penipuan. Eksperimen berjalan dengan saya menempah DVD daripadanya secara online. Bayaran telah dibuat.

Hampir 2 minggu berlalu dan DVD itu masih belum di tangan saya. Katanya Selasa lepas sudah diposkan. Tetapi mengapa Khamis lepas tidak lagi sampai di rumah saya? Bukankah 3 hari?

Aha! Pelbagai alasan boleh diberi untuk membenarkan penipuan. Hanya bukti dengan hasil sahaja boleh menangkis segala alasan itu. Action is louder than word. Lagipun, ini bukanlah pengalaman pertama kali saya beli online.

Dia berjanji lagi akan memulangkan duit jika hari ini masih tidak sampai ke rumah saya.

Dan... buktinya sehingga hari ini saya masih belum menerima DVD itu. Terus, dia melanjutkan pula pada Khamis ini. Aduh. Kepercayaan. Kejujuran. Dimanakah itu?

Lalu, saya redha dengan pelaburan saya ini. Apa yang pasti, saya perlu berjaga-jaga dengan sikap orang berkata manis begini.

P/S: Ketahuilah,

 

nota: Saya tidak letak namanya kerana berpegang kepada hadis bahawa;

"... Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya ..."

(Hadis riwayat Muslim)
Berminat Baca

Kaedah mencambah tauge kasar

Berbual


Teknik mencambah tauge kasar daripada biji kacang soya.

1. Beli biji kacang soya khas untuk penghasilan tauge
2. Basuh dan rendam selama 24 jam.
3. Kemudian basuh dan buang biji yang rosak.
4. Masukkan di dalam bekas bersih. Letakkan di dalam tapis.
5. Bilas setiap 3-4 jam.
6. Ulang sehingga hari ke-5.


Berminat Baca

Angin

Angin.
Bertiup sepoi sepoi bahasa,
Menyapa setiap makhluk yang ditanya

Angin.
Sejuk merasa ke tulang,
Hati gundah meriang.

Angin.
Bahang menjulang rasa,
Terus memakan masa.

Angin.
Ia bagai perasaan,
Adanya kecewa,
Adanya derita,
Adanya gumbira.

Angin.
Terus berputar ke seantero dunia...
Berminat Baca

Mentafsir karya blogger

8 bualan
Setiap penulis menyampai wadah pemikirannya melalui penghasilan karya mereka. Ada yang meluahkan rasa amarah, sedih, kecewa dan kegembiraan.

Penyampaian mereka berbeza mengikut daya kreativiti mereka tersendiri. Ada yang berpuisi, ada yang bercerpen atau terus sahaja menyatakan pemikiran mereka tanpa hijab.

Mengapa saya berkata begini? Ini ada kaitannya dengan penulis blog atau blogger. Setiap blogger ada matlamat mereka menulis. Yang menulis sahaja-sahaja pun pasti ada sekelumit ingin pembaca membaca dan faham. Jika tidak masakan mereka membukanya secara awam karya mereka, bukan?

Sebagai seorang pelawat blog atau blogwalker (merepek je. Mana ada istilah blogwalker di dalam kamus Oxford. Muggle ada le. Erk?), saya rasa bertanggungjawab untuk mentafsir apakah yang cuba disampaikan oleh blogger seantero dunia yang saya lawat.

Ini adalah kaedah yang saya gunakan sebelum saya meninggalkan komen di blog mereka:

  • Baca tajuk. Jika isi adalah raja, mestilah tajuk itu ratunya. Jika tajuk 'catchy' tetapi isi basi, 2-3 kali sahajalah alamatnya saya lawat blog tersebut.
  • Baca pendahuluan dan kesimpulan. Blogger yang baik menulis apa yang ingin dia sampaikan di awal penulisan. Kemudian menyimpulkannya di akhir kata mereka.
  • Lihat gambar dan kapsyennya. Bak kata Konfisius, gambar berharga seribu perkataan. Kalau gambar jelik dan XXX, pastinya ada sesuatu yang pelik pada blogger tersebut.
  • Baca semua sekali lagi dengan pantas. 
Saya memberi masa 30 saat untuk saya menafsir apa yang si blogger ingin sampaikan. Jika saya faham dan menarik, saya akan komen dengan teknik merapatkan ukhwah. Jika tidak, saya lalukan sahaja. Saya ingin menjaga hati dan perasaan mereka. Tetapi awas! Saya bukanlah orang yang sempurna.

Oh ya. Saya tidak sekeras Puan Nisah Haron yang pasti akan menghentam sesiapa yang komen menggunakan bahasa Alien di blog atau laman akaun FBnya. Memang keras hentamannya!

Terus, bagaimana pula dengan pembaca sekalian? Komen hentam sahaja asalkan ada tinggalkan jejak atau mengambil masa menghargai apa yang si penulis cuba sampaikan? Jom berikan pandangan anda. Saya amat menghargainya.

p/s: Lain betul suasana komen-komen di blog orang Puteh. Pengomen mereka memang mantap!
Berminat Baca

Naungan pemikiran orang hebat

5 bualan
"Akal hebat membincangkan idea, akal biasa membincangkan acara, akal kecil membincangkan orang." -- Eleanor Roosevelt, isteri presiden Amerika Syarikat ke-32.

Nampaknya petikan di atas ada benarnya. Apabila saya bergaul dengan beberapa rakan saya, barulah saya perasan akan perkara ini.

"Wong, kau rasa bagaimana caranya nak habiskan satu juzuk al-Quran sehari?" tanya Naqiuddin kepada saya. Terus saya terkesima mendengarnya. "Aku rasa kita boleh kalau sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah, terus capai al-Quran dan baca 10 muka surat. Nanti selepas Maghrib atau Isyak, sambung lagi 10 muka surat," sambung dia lagi. Saya diam. Tidak tahu hendak berkata apa kerana soalan yang ditanya sudah terjawab sendiri. Dia hanya ingin melontarkan ideanya itu.

"Wong, kau pergi tak Hari Belia di Putrajaya? Aku pergi ke sana tiada apapun menarik. Setakat artis berjoget sana sini. Apa ada? Aku rasa kalau acara lain ada lagi bagus," kata Abu kepada aku.

"Wong, kau tahu tak Saiful Bukhari sudah kahwin? Menakjubkan! Tak sangka boleh jadi begitu," kata Ali.

Saya termenung memikirkan hal ini. 3 dialog yang saya dengari membenarkan petikan Roosevelt itu. Lain rasanya bersosial dengan orang berlainan fikiran.
Berminat Baca

Kisah Sahabat Auditori

5 bualan
[sumber]
Saya ada seorang sahabat yang suka belajar dalam keadaan bising. Pada awalnya saya menolak konsep pembelajaran dia itu. Bagi saya, seseorang itu perlulah fokus apabila hendak melakukan kerja penting. Dan fokus hanya terhasil dengan keadaan yang sunyi sepi sebagaimana saya fokus ketika membaca buku.

Saya hampir berdebat dengannya tetapi nasib baiklah saya sempat menahan diri dahulu untuk mendengar penjelasan lebih daripadanya. "Aku kalau buat kerja perlu ada bunyi. Selalunya aku buka video ceramah agama dan kemudian baru boleh buat kerja," ujarnya.

Saya diam sambil mengangguk. Apabila difikirkan semula, kawan saya ini jenis auditori rupanya. Ini kerana dia berkata sambil belajar begitu, dia boleh dapat input-input ilmu agama. Barulah otaknya ligat berfikir. Jika sunyi, dia mudah mengantuk. Lagipun dia tidak suka dengar muzik-muzik yang menyesatkan, katanya.

Di sini saya dapat simpulkan dia lebih elok menambah kefahaman pembelajarannya dengan banyak menonton video di Youtube. Banyak video-video aerospace dimuat naik di Youtube (dia seorang mahasiswa jurusan kejuteraan aero angkasa). Tetapi perlu berjaga-jaga juga agar tidak terperangkap dengan video yang tidak berkaitan.
Berminat Baca

Penulisan tesis pantas oleh Dr OT

1 bualan

Saya tertarik dengan penyampaian oleh Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT di dalam blognya. Penulisan beliau santai dan bermaklumat. Banyak tips dan trik yang beliau tulis diblognya yang sama sekali dapat menjawab persoalan teknik penulisan ilmiah di minda sarjana saya ini.

Sepanjang menjadi pelajar sarjana, saya akui ada kalanya motivasi saya ini jatuh ada juga naik. Ditakdirkan oleh Allah saya terjumpa blog ini atas rekomen daripada pensyarah FBMK.

Amat berguna buat saya. Lagipun amat jarang sekali melihat pensyarah yang komited untuk melihat anak didiknya berjaya cepat tulis tesis.

Yelah. Apabila jumpa penyelia atau supervisor, mereka minta kami cari sendiri teknik terbaik tulis tesis. Mereka jarang berkongsi teknik-teknik yang mereka praktikan semasa mereka pelajar sarjana dahulu. (atau saya yang segan bertanya?)

Kalau ikut penyelia saya sekarang, beliau bagi sahaja saya buku teknik tulis tesis veris orang Puteh. Saya akuinya bagus tetapi tidak kena dengan budaya rakyat Malaysia.

"Itulah. Rakyat Malaysia bila nak maju kalau malas membaca?" Soala penyelia saya. Erk... Saya tiada komen untuk itu.

Di sini saya tabik sama Dr. OT kerana sanggup membuat seminar ke sana ke mari memperkenalkan teknik-teknik penulisan tesis segar. Kemudian saya lihat kursus yang beliau anjurkan hanya harga RM150 untuk sehari. Bagi saya itu sudah cukup murah berbanding kursus yang dikendalikan oleh orang Puteh.

Dan apa yang lagi mengejutkan saya, akan diadakan juga satu kursus istimewa dengan harga RM60 buat pelajar UPM. Inipun atas war-war seorang pelajar PhD di UPM di blognya.

Apa lagi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendaftar menambah ilmu. Untuk ini, saya tak kisah nak cekau duit.
Berminat Baca

Penggunaan Rebat RM200 yang merugikan

9 bualan
Ramai kawan saya bertanya, "Wong, kau bila lagi nak guna telefon pintar?"

Saya hanya tersenyum. Sudah malas saya nak berdebat tentang telefon pintar ini. Yelah kata mereka hanya dengan RM65 sudah dapat memiliki sebuah telefon pintar (promosi DiGi).

Saya rasa buat masa ini saya tidak memerlukan apa-apa penggunaan pintar. Saya masih lagi merangkak untuk mengguna teknologi terkini. Biarlah saya dengan laptop 'pintar' saya ini dahulu.

Lagipun, ramai saya lihat hanya tahu telefon pintar = internet. Bagi saya ia boleh mencapai lebih daripada itu. Seperti nota, pengingat, conteng, tangkap gambar dan pelbagai lagi.

Namun, untuk guna sepenuhnya sebuah telefon pintar itu, penggunaan baterinya juga terhad. Hanya 8 jam sekali cas.

Setakat ini Nokia X-2 saya masih boleh bertahan 4 hari 4 malam dengan penggunaan minima seperti SMS dan panggilan.

Lagipun, mana saya nak cekau duit beli telefon baru?
Berminat Baca

Tanduk Narwhal

1 bualan

Saya tertarik bagaimana tanduk Narwhal boleh dijual dengan harganya 10 kali lebih tinggi berbanding emas, dengan berat.

Tanduk ikan Narwhal seakan tanduk unicorn. Mungkin mitos kuda unikon berasal daripada nenek moyang Narwhal?
Berminat Baca

Putih matanya

2 bualan
Matanya aku lihat putih. Tiada cahaya lagi kelihatan di matanya. Dia tidak seperti dahulu. Ceria selalu. Kini hanya mampu duduk diam di hujung katil memandang keadaan di luar tingkap.

"Aisyah, mari, ada kawan kamu datang," kata Mak Nab kepada anaknya.

Kelihatan sekujur tubuh berbaju kurung cokelat, longlai keluar dari bilik sambil dipimpin oleh susuk ibu tua.

"Apa khabar Aisyah. Sudah lama kita tidak bertemu." Aku menyapa sambil bersalaman dengannya.

Aisyah hanya tersenyum sahaja sambil menyambut salam aku. Daripada ibunya, aku dapat tahu yang dia selalu termenung sejak menerima rawatan kemoterapi. Bualannya pun tidak semeriah dahulu.

Hati aku ini sedih melihatnya. Kami kawan rapat sejak sekolah rendah lagi. Mula berpisah apabila Aisah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Aku pula kekal di Sekolah Menengah di kampung kami.

Aisyah pandai orangnya. Apabila dia pulang dari sekolah asrama kami selalu duduk berbual dan berbincang sambil mengulangkaji pelajaran kami. Dia sekolah asrama jadi pembelajarannya lebih laju dari sekolah biasa.

Apabila masuk ke peringkat menara gading, Aisyah yang meminati bidang kejuteraan masuk pula ke Universiti Malaysia Pahang setelah tamat diploma politeknik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Aku pula sambung pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang sastera. Sains bukanlah bidang yang paling aku boleh kuasai. Lebih baik aku teruskan minat aku untuk menjadi cikgu sastera.

"Aisyah, ini sedikit buah tangan yang aku bawa. Makanlah. Aku dengar kamu kurang makan sejak menerima rawatan kemoterapi," ujar aku.

Aisyah masih diam. Dia hanya meangguk tangannya mencapai beberapa biji buah naga yang ada di dalam plastik kuning.

"Biar Mak Nab kupas ya Erin. Nanti kamu berdua boleh makan." Mak Nab berlalu pergi ke dapur.

(bersambung)
Berminat Baca

Merungut atau diam?

2 bualan

Saya mendapat berita tentang satu kurus yang akan dibentangi oleh Dr. OT. Beliau terkenal dengan teknik penulisan tesis pantas dan pengurusan artikel dengan Mendeley.

Jadi, untuk itu saya sebarkan kebaikan ini bagi yang berminat.

Seperti saya katakan, yang berminat.

Tapi apakan daya, ada juga tangan-tangan gatal komen tanpa fikir.

--

Pengajaran: Di sini saya dapat simpulkan, kalau saya tidak tahu apa-apa, lebih baik saya diamkan. Ini agar tidak adalah dianggap dangkal dengan komen sebegitu rupa.

Berminat Baca

Bacaan selesa dan sempurna dengan Clearly

4 bualan

Saya selalu terfikir bagaimana hendak meningkatkan produktiviti membaca di Internet dan blogwalking? Yelah, kadang-kadang blog-blog yang saya lawat tuannya ada citarasa tersendiri dengan font, warna, rekabentuk, dan latar muziknya.

Isinya bagus belaka tetapi apabila terlalu banyak bling bling, terasa hambar untuk saya membaca. Bagi saya macam seorang wanita hendak keluar rumah. Jika terlalu bersolek dengan mekap tebalnya, terasa muak dan jelek pula nak melihat, walau orangnya baik. Erk? Jadilah diri anda yang sebenarnya, mungkin?

Untuk itu saya gunaka satu extension bernama Clearly di pelayar Google Chrome saya. Dengan Clearly, saya dapat membaca isi-isi di Internet dengan lebih mesra tanpa sebarang gangguan seperti iklan dan bling bling.
Berminat Baca

Gelintar bersama Google

2 bualan

Dan inilah carian yang terbaik buat hari ini. Saya tak sangka pula ada yang mencari tentang kisah MyBrain15. Dia mungkin pelajar sarjana (master) atau PhD.

Berminat Baca

Menyertai kursus penulisan percuma dengan Coursera

6 bualan
Saya tertarik dengan perkongsian sahabat saya mengenai pembelajaran percuma di Internet. Selama ini saya hanya mendengarnya tetapi tidak pernah menjumpainya dengan tepat.

Dengan perkongsian sahabat saya itu, saya mengenali Coursera. Pada awalnya saya was-was juga untuk mendaftar. Mana ada pendidikan percuma di dunia ini? Apatah lagi secara maya atau dalam talian (online courses).

Walau bagaimanapun, saya tertarik dengan satu kursus yang ditawarkan Coursea iaitu kursus Fantasi dan Sains Fiksyen. Saya memang berhajat untuk mempelajari dan mendalami lebih lagi ilmu penulisan saya dalam bidang ini.

Ada juga dua tiga buah buku telah saya beli tentang penulisan fantasi dan sains fiksyen. Apabila difikirkan, apa salahnya saya menyertai kursus ini. Alang-alang percuma. Dan inilah peluang saya untuk mempelajari lebih baik gaya penulisan sains fiksyen.

Bagi yang berminat, apa kata anda turut berikan komen anda tentang ini? Jom kongsi pandangan bersama, sama ada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Coursera menarik anda untuk menambah ilmu atau tidak.

Berminat Baca

Dunia yang mengecewakan

3 bualan
Dunia. Sering ia diingatkan bahawa penjara buat yang beriman, syurga buat yang kafir.

Janganlah kita letakkan hati kita kepada dunia. Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat kita menanam amal ibadah. Akhirat kelak tuaian kita itu.

Sedang saya berehat di bilik saya terdengar bunyi hon kereta di bawah kuarters dan dum.. bunyi hentakan kecil kedengaran.

Saya lihat sepasang suami isteri keluar dari kereta honda putih. Saya lihat seorang remaja lelaki dari jauh berbaju merah di panggil oleh suami itu.

"Woi! Nak lari mana! Mari sini!" jerit lelaki berbaju hitam berbelang putih itu. Saya tak dapat lihat dia menaiki motorsikal ataupun kereta.

Remaja itu datang perlahan mendekati kereta putih itu.

Dibeleknya plat hadapan kereta tersebut.

"Sorry bang, saya tak perasan tadi."

Saya tak pasti apa yang langgar apa, tetapi yang saya tahu kereta honda putih itu patah plat hadapannya. Mungkin akibat terlanggar kereta remaja itu.

"Kau buta ke, ha? Bawa kereta pun tak reti ke? Pakai main brek je. Ingatlah orang belakang!" jerit si isteri sambil mendukung anak perempuannya. Terus dia membebel lagi sambil budak itu duduk diam membelek plat keretanya.

Pelik kan? Kemalangan yang tidak melibatkan nyawa. Hanya benda kecil sahaja tetapi manusia boleh bergaduh. Hilang adab sebagai seorang wanita. Gah bagaikan emak yang kehilangan anak. Terus menghamburkan kata cacian dan makian kerana nafsu amarah menguasainya.

Mereka melepaskan budak itu dengan bebelan. Saya lihat si isteri terus membebel di dalam kereta. Si suami hanya diam. Habis rosak hari pasangan suami isteri itu hanya kerana kerosakan plat kereta yang tak sampai puluhan ringgit, jika dibaiki. Dan mereka memilih untuk kekal mengingati peristiwa ini sebagai peristiwa memeritkan di pagi Jumaat mereka.

Dunia. Bagi yang masih alpa dengannya, terus ralit memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya. Terus terasa walau sedikit barangan milik mereka di dunia rosak. Terus kecewa. Terus menangisinya.

Akhirat... siapakah yang tahu bahawa itu lebih kekal selamanya?
Berminat Baca

Iklan 8 cahaya hari di Pagi Jumaat

3 bualan


Gaya iklan di IKIM.fm sekarang:

Di pagi hari Jumaat yang hening. Berlaku satu dialog antara dua sahabat.

---

A: Eh sahabatku Abdul Rahman, kau tau tak ada promosi produk terbaik hari ni?

B: Wah, produk apa tu wahai sahabatku Safuan??

A: Uish, produk tu memang bagus, guna 20 minit je kesan terus lapan hari. Jimat oo!

B: Waah, hebat sangat tu!! Apkah benda tu?

A: Hah, kau ambik ni. Bukak halaman 293-304.

B: Laa.. ni Quran. Dan halaman surah al-Kahfi ni.

A: Haa, dah tu apa lagi? Baca la! Nah baca hadis ni: "Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya." [Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

B: Ooo..terima kasihlah sahabatku. InsyaAllah aku buat.

A: Hah, baca jangan tak baca! Ni tak pakai 'Esok Masih Ada!' Esok Sabtu! Promosi tak valid!

B: ...

----

Berakhirlah dialog. Iklan pun tamat.

Salam Jumaat.

#IKIM.fmbanyaksangatiklan#

(idea iklan daripada sahabat saya).
Berminat Baca

Tip mudah untuk memperbaiki hubungan kita dengan orang bawahan

1 bualan

Saidina Umar Abd Aziz pernah ditanya suatu ketika, apakah rahsia yang membuatkan rakyat di bawah pimpinannya hidup dengan penuh damai hinggakan dikatakan serigala pun mampu berkawan dengan kambing tanpa ingin menerkam atau membunuhnya.

Bahkan, rakyat di bawah kepimpinannya tidak ada seorang pun yang miskin sehinggakan kutipan zakat tidak tahu lagi hendak diagih pada siapa.

Kata Saidina Umar Abd Aziz :

"Aku memperbaiki hubungan aku dengan Allah, kemudian Allah memperbaiki hubungan aku dengan rakyatku."



--

Mari kita merenung apakah kita sudah memperbaiki hubungan kita dengan Raab?
Berminat Baca

Apabila Syeikh Botak berkata mengenai pemasaran

Berbual


Seth Godin, pakar pemasaran memberi pandangan beliau tentang pemasaran dan perniagaan. Menarik bagaimana temubual ini membincangkan aspek-aspek penting pemasaran seperti seni, kreatif, mewarna, melukis, percakapan, dan macam-macam lagi.

Temubual yang baik untuk ditonton buat siapa yang serius dalam berniaga dan memasar.
Berminat Baca

Berhenti mencuri impian anak-anak

Berbual


Mari kita lihat kembali merenung kehidupan semasa kita kanak-kanak. Sistem pendidikan kita telah banyak mencuri impian kita. Impian kita semasa kita masih kecil kini berubah drastik apabila kita meningkat dewasa.

Seth Godin, guru pemasaran, memperlihatkan kita satu sudut baru tentang sistem pendidikan kita. Tidak kiralah di mana-mana, sama ada di negara maju, atau membangun.

Sekolah telah dibangunkan untuk menjadikan murid-murid patuh kepada peraturan dunia... bukannya membina kreativiti mereka. Kasihanilah Adi Putra... (pulak!)
Berminat Baca

Indah Hari Itu

3 bualan
(Gambar Hiasan)

Azri gugup dengan situasi ini. Dia pertama kali bersua muka lama dengan isterinya. Selama ini mereka hanya berhubung melalui SMS dan  emel sahaja. Itupun bertanyakan hal-hal perkahwinan yang bakal berlangsung.

Sekarang setelah mengucapkan "Aku terima nikahnya," dia diminta oleh kedua mempelai untuk bergambar. Pelbagai aksi romantis diminta. Dia gugup. Walaupun secara sah sudah bergelar suami isteri, dia masih lagi tidak boleh terus membiasakan diri sebegitu rupa. Dipegang, dilepas. Entah kenapa hatinya berdegup pantas. Dapat dia rasakan pasangan barunya begitu juga. Pasangan baru bagai merpati putih itu sungguh segak bergaya di pelamin berulam emas itu. Bagai Raja menaik takhta. Bukankah mereka sememangnya Raja sehari?

Mungkin inilah dikatakan nilai bercinta selepas berkahwin.

Walaupun telah beberapa minggu mereka diijab kabul Azri masih gugup. Dia tersenyum sahaja kala isterinya menyediakan makanan. Ada juga ingin dibantunya tetapi ditegah. Nanti tak sedap betah pasangannya. Dia akur.

(bersambung)
Berminat Baca

Serangan fitnah di Wikipedia Bahasa Melayu

8 bualan

Goebbels dan “Penipuan Besar” propaganda Nazi, chif Joseph Goebbels adalah pakar taktik "penipuan besar" iaitu dengan mengadakan onar, walau betapa tidak benar, jika diulang secukupnya, mampu menjadikan ia sebagai kebenaran.

Untuk pengetahuan, WBM untuk kebelakangan ini diserang oleh cybertrooper a.k.a kuli-kuli segolongan pemimpin tidak bertanggungjawab.

Fitnah berleluasa.

Semoga kita dijauhkan dari fitnah-fitnah Dajjal.
Berminat Baca

Revolusi Mata Air Malaysia, adakah ia elok untuk kita?

3 bualan


“Jika seluruh ikhwah mati,” kata Hasan Al Hudhaibi, “itu lebih baik daripada kita sampai di puncak kemenangan dengan jalan pengkhianatan.”

Masih dengan wajah serius, Mursyid Am kedua Ikhwanul Muslimin ini melanjutkan taujihnya, “Nahnu muslimun qabla kulli syai’.

Kita adalah muslim sebelum segalanya. Jika kita menguasai dunia dengan membunuh akhlak Islam, maka kita rugi!”

Tersebab ada ikhwah yang tidak sabar dengan penindasan rejim revolusioner saat itu di Mesir, lalu ia berniat menghabisi tokoh-tokoh pemerintah yang menyiksa ikhwah. Hasan Al Hudhaibi menjadi marah dan menasihatinya dengan kalimat-kalimat di atas.

Penerus Hasan Al Banna ini tidak menghendaki kemenangan dengan jalan pengkhianatan, membunuh penguasa muslim meskipun ia zalim, dan cara-cara lain yang menanggalkan akhlak Islam.

--

Terkesan saya membaca ini kala segolongan pemimpin Islam di Malaysia begitu ingin menjayakan 'Malaysian Spring' tanpa menjadikan Islam sebagai dasar utama mereka. Astaghfirullahal'azim.

Semoga Malaysia dijauhkan daripada pemimpin-pemimpin zalim lagi munafik. Amiin.
Berminat Baca

Gejala budak Masjid, kini dan selamanya

2 bualan
Berminat Baca

Terus kekal menjadi penulis aspirasi

Berbual

Aisarah menelusuri rak-rak buku di kedai buku MPH di Alamanda. Dia mengelamun berfikir satu hari nanti namanya pula akan terletak pada rak-rak buku. Aisarah Rahmat  dminati oleh golongan muda-mudi, penulis yang gah lagi berjaya. Si penulis muda yang mencapai kegemilangan dengan tip-tip penulisan terbaik.

Aisarah menarik nafas perlahan. Impiannya memang besar tetapi entah lah. Dia masih lagi kelu untuk mencari titik perubahan dalam penulisannya. Dilihat banyak juga penulis picisan novel mereka tetap terbit. Tetapi mengapa tidak dia?

Apabila difikirkan kembali, penulisan dia lebih baik berbanding penulis lain. Terutama bahagian draf pertama. Segala apa yang dia tulis pada mulanya memang terbaik. Tidak perlu diulang lihat atau disemak. Buat apa topi kreativiti ditukar dengan topi pengkritik? Jika tidak, itu bukanlah bakat.

Ahhh. Semua ini gara-gara pihak editor yang terlalu kedekut untuk menerima artikel-artikelnya, fikir Aisarah. Mereka hanya fikirkan duit sahaja. Buatlah apa-apa seminar pun, sama ada berbayar atau percuma. Pada hakikatnya mereka hanya mahukan wang sahaja. Aisarah tidak suka akan perkara ini. Dia mencari editor yang jujur untuk dia berkomunikasi dengan baik.

Lagi, kenapa dia perlu bersusah payah membuat akaun Facebook, blog, Twitter dan Google Plus? Dia bukanlah seorang pemasar. Dia hanya seorang penulis. Bukankah penulis hanya perlu menulis? Jika tidak, tersekatlah segala macam tenaga penulis itu pada benda yang tidak membangunkan kreativiti. Semua jenis media sosial ini bagi Aisarah hanya membuang masa.

Biarlah dia terus menulis di hadapan laptopnya tanpa sebarang gangguan perkara yang tidak bermanfaat.

Terus, Aisarah kekal untuk menjadi penulis aspirasi. Kekal beraspirasi untuk menjadi penulis. Bilakah pula dia akan mengambil langkah meloncat menjadi penulis berjaya? Hanya Tuhan sahaja yang tahu...

(olahan dari 5 LIES UNPUBLISHED WRITERS TELL THEMSELVES (AND THE TRUTHS THAT CAN GET THEM PUBLISHED)
Berminat Baca

Kekerasan Dinding Penulis

2 bualan
Saya terbaca sebuah buku yang mengatakan dinding penulis atau orang Puteh gelarnya writer's block bukan sahaja setakat tiada idea.

Mari saya senaraikan satu persatu:

  • Terlalu berkurung
  • Fikir perlukan masa yang banyak
  • Sindrom kesempurnaan
  • Gangguan
  • Kekurangan gaya
  • Tidak sabar
  • Tiada akauntabiliti
  • Tiada jadual penulisan
  • Terlalu mengikut jadual
  • Takut ditolak
  • Takut kejayaan
  • Kerisauan yang memanjang
  • Sikap bertangguh
  • Kemahiran tak lengkap
  • Pengalaman kuran
  • Kekurangan latihan
  • Tidak mahu menjadi profesional
  • Tidak mahu berkerja keras
  • Terlalu banyak bercakap tentang penulisan, tulisnya tidak
  • Banyak berfantasi, sedikit menulis
  • Terlalu terdesak terhadap apa yang belum tercapai
  • Takut kepada editor
  • Alah kepada kajian
  • Gemuruh temuduga
  • Panik menulis
Semakin banyak dinding anda ada, semakin kecewa, anda rasa.

Tetapi anda tahukan apa perlu buat sekarang, kan?

Kemukakan setiap kekecewaan ini dengan sumber-sumber berguna, atau hadiri kelas penulisan. Dan kemudian mula menulis.

Apabila membaca halaman tersebut, terus minda saya mendapat jawapan kenapa orang berjaya selalu mengatakan pentingnya kita memberanikan diri menghadiri apa-apa seminar untuk membantu kejayaan kita.

Pertama, ia menambah keyakinan kita. Dengan menghadiri apa-apa seminar penulisan, berbayar khususnya, secara tak langsung kita sudah mengatakan kepada diri bahawa jika aku sudah bayar beribu-riban untuk hadir seminar ini kenapa aku tak mula menulis? Jika kita masih di takuk lama selepas hadir ke seminar, ada sesuatu yang pelik di dalam diri kita dan ia perlu cepat-cepat diubah.

Kedua, menambah networking. Setelah lama bergelumang seorang diri dengan dunia blog (tentunya penulisan juga), akhirnya saya sedar antara rahsia kejayaan penulis adalah dengan mempunyai networking yang banyak. Apabila kita hadir ke seminar, tentunya penganjur inginkan sesuatu daripada kita, bukan? Semestinya penulisan. Jika tak apalah guna penganjur buat seminar, bukan? Samalah macam kita hadir kursus MLM. Penganjur bukan setakat mahu mencekau duit anda, tetapi juga pemikiran MLM anda. (Maaf melalut sebab saya anti-MLM).

Saya pernah berbual dengan seorang usahawan cili di Klang. Beliau berkata beliau buat pelbagai kursus cili untuk menambah lagi jumlah usahawan cili agar bekalan cili untuk kilang sosnya bertambah. Namun daripad semua yang hadir, tidak sampai 10% yang meneruskan cita-cita menjadi usahawan cili. Walhal punyalah banyak ilmu yang beliau telah turunkan. Siap akan beri konsultant lagi.

Di sini juga sama seperti kursus makalah budaya anjuran Dewan Budaya. Ada peserta bertanya kepada editor, daripada 30 orang yang hadir ini berapa beratus yang akan menjadi penulis freelance kepada Dewan Budaya. "Berdasarkan pengalaman kami buat seminar, hanya 1-2 orang sahaja," jawab editor.

Dari situ saya dapat simpulkan hanya yang sanggup tanggung risiko kejayaan sahaja mampu melepasi batu kegagalan. Dan, kehadiran saya untuk menghadiri kursus penulisan adalah batu loncatan saya dari dinding penulis ini.
Berminat Baca

Penyakit Youtube tahap Moksya

3 bualan


Video ini mengisahkan sejarah Youtube selama 8 tahun dan perubahan yang telah dibawa olehnya kepada dunia Internet.

Dari blogger biasa hinggalah menjadi vlogger terkenal. Itu satu pencapaian yang menarik bagi sesiapa yang menggunakan Youtube sepenuhnya.

Tapi perlu ingat juga ya bahawa jika anda tersekat dengan video-video di Youtube anda mungkin akan ...
Berminat Baca

Melangkah berani ke Puncak Alam

2 bualan

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghadiri satu kursus penulisan di sekitar KL. Bayarannya boleh saya katakan tidak semurah bengkel yang biasa anda pergi.

Saya juga mengajak rakan saya untuk menyertai bersama kerana saya mendapat tawaran membawa seorang lagi rakan secara percuma di atas pendaftaran saya yang awal. Dengan ini saya dapat membahagikan yuran kursus tersebut kepada dua. Separuh saya, dan separuh lagi rakan saya, atas persetujuannya.

Saya tidak berani untuk mewar-warkan kursus ini kepada rakan-rakan terdekat saya. Mereka mungkin mengatakan saya ini membazir wang kerana kursus tersebut boleh dihadiri dengan percuma jika betul saya mencarinya. Tetapi adakah kursus sebegitu pernah mereka hadir?

Saya tidak sanggup duduk bersendirian lagi di dalam dunia penulisan ini. Rakan sekeliling saya selalu sahaja memberi tomahan negatif apabila saya melampirkan niat saya untuk menjadi penulis sepenuh masa. Lalu biarlah saya melangkah berani mengeluarkan sedikit modal demi pencapaian yang gemilang di masa hadapan nanti.
Berminat Baca

5 Perkara Penting saya belajar daripada Warren Buffett & Charlie Munger

2 bualan

Salah satu jalan pintas untuk berjaya adalah dengan melihat bagaimana orang berjaya mencapai kejayaan mereka. Kita mengkaji mereka berjaya dan kita mempraktikannya.

Tadi saya membuka emel dan meneri update terbaru daripada Leo Babauta, penulis blog Zen Habits.

Beliau bercerita tentang pengajaran kepuasan daripada Warren & Charlie:

5 kunci kejayaan:


  1. Cari apa yang mengghairahkan kamu. Warren memberi jawapan atas soalan apa yang beliau beri nasihat pada dirinya 50 tahun lalu. Beliau tidak berkata tentang seks, tetapi apa yang kamu buat untuk hidup. Sementara kita asyik mendengar "Lakukan apa yang kamu suka", ia berkata bahawa lakukan terbaik perkara yang kamu gembira buat. Jika ia mengghairahkan kamu, pasti kamu akan kekal lama pada jalan itu.
  2. Jangan risau apa orang lain buat. Charlie, seorang yang bijak, berkata salah satu kelebihan syarikatnya ialah tidak membandingkan diri mereka dengan syarikat lain. Terlalu ramai yang terperangkap dengan membandingkan diri mereka dengan kejayaan orang lain sehinggakan ia mempengaruhi pretasi mereka. Seterusnya mereka hilang kompas petunjuk mereka sendiri. Sebaliknya, fokus kepada prinsip-prinsip yang membantu kejayaan kepada anda, dan lepaskan keperluan melihat apa orang lain buat, dan perbandingan antara anda dan mereka.
  3. Ketahui kekuatan anda. Dua orang ini tahu limitasi mereka dengan baik. Mereka tidak melabur pada syarikat tekno, contohnya, kerana mereka tidak faham selok-beloknya. Dan sebaliknya mereka fokus kepada bidang kekuatan mereka. Dengan ini kekuatan mereka dapat menampung kelemahan mereka. Melepaskan keinginan untuk melakukan semua, dan gembira dengan fokus kepada yang sedikit, adalah lebih pelajaran kepuasan yang amat penting di sini.
  4. Sedikit dan kualiti terbaik. Warren & Charlie mengamalkan falsafah pelaburan "sedikit itu lebih baik", di mana mereka melabur pada benda-benda penting sahaja. Warren memberi cadangan agar pelabur membayangkan mereka ada punchcard dengan 20 lubang... apabila anda telah melakukan 20 pelaburan dalam kehidupan anda, punchcard anda telah habis digunakan. Jika anda melakukan ini, anda pasti melabur dengan berhati-hati.
  5. Ketahui apa yang kamu suka dan lupakan yang lain. Warren Buffet, salah seorang terkaya di dunia ini, mempunyai rumah sederhana dan kereta sederhana juga, dan makan makanan kegemarannya di restoran biasa sahaja. Walhal beliau boleh membeli lebih daripada itu, tetapi melepaskan segalanya kerana beliau tahu benda-benda ringkas yang beliau mahukan dalam kehidupannya. Beliau boleh memiliki banyak benda, namun beliau tahu beliau tidak perlukannya. Berapa ramaikan di antara kita melakukan perkara tersebut? Bergembira dengan apa yang kita ada, dan tidak risau dengan perkara lain yang boleh kita gembira lagi, atau apa yang orang lain gembira.


Pasti ada yang berkata, "Bolehlah untuk senang berpuas hati apabila kamu kaya dan berjaya," tetapi saya fikir anda terlepas isi penting di sini. Mereka berjaya kerana pengajaran ini.

Berminat Baca

10 perkara perlu dielakkan sebelum menghantar skrip novel kepada editor

Berbual
Berminat Baca

Bilakah pakar di Malaysia akan mula menulis?

Berbual


Saya mula tertarik untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana kerana ingin menjadi pakar dalam bidang pertanian dan berusaha menerbitkan buku-buku popular hortikultur dan pertanian.

Ramai pensyarah yang saya berguru dengan mereka pakar dalam bidang mereka. Malangnya mereka tiada masa untuk menulis. Apatah lagi kemahiran menulis ini bukan datang dalam sekelip mata.

Untuk itu, saya berusaha keras mencatit apa yang saya belajar agar dapat ditukarkan ke bentuk yang mudah dibaca oleh orang awam kelak.

Nampaknya penerangan mudah Tuan Zamri Mohamad ini menaikkan semula motivasi saya untuk terus menulis.
Berminat Baca

Topeng masa

Berbual


Topeng masa,
Ia dipakai oleh si penopeng,
menutup masa yang ingin ditutupi,
berlakon bagai sang perwira masa lepas,
berlakon bagai adi satria masa depan,

Berimaginasi terus melingkari,
hidupnya bagai fantasi,

Sang pemakai topeng masa,
lekas sahaja dia menatap skrin,
menghadapi bayu kesedihan,
melompati angin kegirangan,

Terus, siapakah dia yang bakal memakai
topeng masa?
Berminat Baca

Guru yang mengerti

1 bualan

Hujan renyai-renyai melanda keadaan sekitar bangunan itu. Sebuah bas berhenti di hadapan perhentian bas. Berduyun-duyun pelajar turun. Ada yang menggalas beg, ada yang menyandang beg, dan ada juga yang hanya membawa sekotak fail. Mereka memakai pakaian biasa. Pelbagai ragam dilihat di setiap wajah mereka.

Apa yang pasti mereka semua terus bergegas ke arah bangunan yang ada di situ. Nampaknya sesi kelas petang akan bermula sekejap sahaja lagi. Para pelajar lelaki dengan gayanya tersendiri berjalan sambil mengendahkan hujan yang turun.

Pelajar perempuan pula sudah mengeluarkan payung mereka. Jarak 10 meter nampaknya masih sempat untuk mereka menggunakan payung.

Sebuah kereta proton saga SE berwarna merah meluncur lalu pergi ke belakang bangunan itu. Terdapat parkir di situ. Enjin dimatikan. Keluar seorang wanita berjilbab kuning, berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil dengan warna putih menjadi latarnya. Wanita itu mengeluarkan begnya yang ada di sebelah tempat duduk pemandu. Dia berjalan perlahan-lahan ke bangunan itu. Dia selamat daripada rintihan hujan di bawah susur gajah yang ada di sebelah parkir keretanya itu.

Pintu bilik kuliah A-4 dikuak perlahan. Nampaknya para pelajar tadi sampai awal berbanding wanita itu.

Berminat Baca

Nasi lemak kesedaran

2 bualan
Azrin mengangkat beberapa kotak kecil yang dahulu memuatkan kertas A4 kini memuatkan makanan. Sebagai pelajar, dia juga ingin mencari duit lebih dengan berniaga di kolej. Ikram turut membantu dia mengangkat kotak-kotak itu.

"Bagaimana dengan hasil jualan?" tanya Ikram kepada Azrin.

"Dua tiga minggu ini tidak memberangsangkan." Azrin menyusun 12 kotak di hadapan biliknya. Semuanya bersedia untuk diedarkan pada tempat strategik di blok-blok yang ada.

Ikram berkerut dahi mahukan jawapan lebih.

"Pada Jumaat lepas 15 bungkus tidak terjual. Kelmarin 5 bungkus. Semalam 3 bungkus," kata Azrin dengan muka masam.

"Mungkin kerana sebab ada kedai di bawah itu. Sekarang ada pesta jualan berhampiran kafe," tambahnya lagi.

"Kau guna kaedah letak dan tinggal. Tiada masalah kecuriankah?"

Azrin diam seketika. Dia teragak untuk berbicara.

"Ada. Semalam di blok L2 sebelum aku turun pergi makan malam, aku lihat ada dua keping duit kertas RM1 di dalam kotak. Apabila tengah malam aku datang pungut kotak, hanya tinggal duit syiling dengan jumlah dua ringgit sahaja."

Ikram mengelengkan kepalanya dan memulakan bicaranya pula.

"Itu lah. Bisnes sebegini tiada untung. Baik kau tukar sahaja bisnes lain. Aku beri cadangan kau niaga dari bilik ke bilik ke, bisnes format laptop ke, atau mana-mana yang tidak perlu kau tinggalkan duit. Risiko tinggi bisnes kau sekarang ni."

Azrin diam sahaja. Dia malas untuk menjawab kerana tahu kawannya ini bukanlah pernah berniaga. Setakat pandai berkata-kata sahaja dengan segala teori perniagaan yang dia belajar.

"Aku tahu. Tapi kasihan. Kita juga pelajar..."

"Itulah peniaga Melayu. Tidak pandai membezakan hal peribadi dengan bisnes," celah Ikram lagi. "Lagipun jelas pelajar di universiti ini tidak jujur. Moral sudah turun sehingga sanggup mencuri duit jualan orang lain. Nama sahaja mahasiswa yang inginkan semuanya percuma. Minda masih kelas ketiga!"

Azrin hanya diam mendengar.

Bisnes yang Azrin lakukan mudah sahaja. Dia mendapatkan bekalan nasi lemak dari luar dan kemudian menjualnya dengan harga sendiri di dalam blok kolej kediaman. Modus operandinya hanyalah dengan meletakkan lapan bungkus nasi lemak di dalam setiap kotak dan diletakkan di setiap aras bawah di tepi tangga di setiap blok lelaki. Mudah sahaja.

Setakat ini bisnesnya baik sahaja. Tetapi kebelakangan ini sahaja ia mula menurun. Menurut teori perniagaan, akan ada satu tempoh di mana sesuatu perniagaan akan mula menurun. Azrin merasakan mungkin ini kalilah perniagaannya mula menurun.

Keuntungan yang biasa dia dapat berjumlah berbelas ringgit kini menjadi beberapa ringgit sahaja. Kadang-kadang sampai tidak pulang modal.

Dia termenung. Dia tahu berniaga sentiasa ada risiko. Dan risiko berniaga letak tanpa pemerhatian ini memang tinggi. Nasi lemak dicuri, duit jualan pun dicuri. Semuanya risiko berniaga. Azrin tahu dan dia bersedia dengan risiko itu. Setiap hasil jualan keuntungannya dia akan simpan sepuluh peratus sebagai simpanan jika hal-hal seperti itu terjadi.

Ikram bangun setelah penat memberi syarahan bak sang politukus mengutuk lawannya. "Baiklah Rin. Aku balik bilik dahululah. Maghrib dah ni. Oh, nasi lemak aku ambil ya. Nanti aku bayarkan. Masuk buku 555 dahulu," sengih Ikram sambil memegang dua nasi lemak di tangannya.
Berminat Baca

Mengapa kita tidak patut menyamakan penemuan Barat dengan Quran dan Sunnah

9 bualan


Saya selalu melihat cendiakawan muslim alaf ini cuba membandingkan penemuan Barat dengan penemuan di dalam al-Quran dan Sunnah. Ianya bagus tetapi entahlah.

Saya terasa pelik tetapi tidak pasti mana yang pelik dalam kenyataan para cendiakawan itu. Setelah menonton video ini, alhamdulilllah sedikit pencerahan saya dapat.
Berminat Baca

Dia Pemutar Masa

Masa,
Hanya siapa yang tahu sahaja
mampu menguasainya,
Menyentuh kuasa bak sains fiksyen,
Tidak bukanlah senang,

Mungkin bagai mimpi,
Namun ia benar,
Bagi yang mempercayainya.

Dia pemutar masa,
Memutar, mengubah, melaram,
segala apa yang ada di dunia.

Mudah buatnya,
Sukar buat lain,

Dengan tinta,
Dia mampu mengubah masa,

Itulah sang penulis,
penguasa masa imaginasi
manusia.
Berminat Baca

Daripada Amatur ke Profesional - Revolusi penulisan Wikipedia/Blog

Berbual
'Apa yang kamu dengar kamu lupa, apa yang kamu lihat, kamu ingat, apa yang kamu buat, kamu faham.'
-- Konfusius

Pada awalnya saya tidak gemar berblog. Saya tidak percaya semua orang mempunyai pandangan yang bernas untuk dilontarkan. Bagi saya hanya yang berkredibiliti sahaja dapat berblog.

Apabila dikenangkan kembali, ini semua gara-gara laman web yang suka 'kaut untung' menipu pengguna buta IT. Kata mereka boleh dapat duit dengan mudah hanya dengan klik itu dan ini di Internet.

Saya memang anti-MLM dan saya lihat geng-geng itu terlibat dengan MLM.

Apatah lagi saya pernah tertipu dengan iklan sarung dan bungkus belon di rumah yang penuh tertera di akhbar PENIPU no 1 Malaysia -PERDANA. RM40 hangus begitu sahaja.

Tetapi alhamdulillah, dengan terkena pada batang hidung sendiri, barulah saya mula berfikir logiknya untuk dapat duit di mana. Hanya dengan kerja keras sahaja barulah duit dapat berkepuk banyak di poket kita.

Sama sahaja dengan blog. Hanya dengan menulis perkara-perkara bermanfaat buat diri kita dan yang membaca, barulah dapat buat duit. Bagaimana? Caranya mudah sahaja, tulislah dengan baik dan betul.

Apabila saya terjun dengan dunia blog, barulah saya mengerti kenapa ramai orang mula berblog. Bagi blogger yang sudah mendapat nama, mereka tahu duit bukan matlamat utama mereka berblog.

Walaupun mungkin tidak terkenal, tetapi pandangan blogger mempunyai bernasnya. Unik dan lain dari lain.

Apa yang penting isinya dahulu. Kemudian barulah belajar teknik pemasaran blog yang betul. Banyak juga ilmu penulisan saya belajar hanya dengan berblog.

Sama juga di Wikipedia. Oh, itu kisah lain pula nanti, tentang bagaimana Wikipedia Bahasa Melayu membuka mata saya terhadap proses pembelajaran.
Berminat Baca

Aci Kejar


Budak-budak bermain aci kejar,
Yang terpilih mengejar,
Menjadi pemangsa seorang,

Yang tak terpilih berlari,
Menjadi mangsa beramai,

Kampung meriah dengan banyak umur,
Datang pula beberapa kanak-kanak,
Turut girang ingin serta,

Pening si ketua membahagikan permainan,
Agar berlaku adil pada semua,
Yang besar mudah mengejar yang kecil,
Permainan menjadi hambar,

Akhirnya diberikan sedikit pertolongan,
Agar si kecil juga turut bergembira
dalam permainan serba mencabar ini.
Berminat Baca

Menjadi guru tutor sambilan

2 bualan
Saya berpeluang untuk mengajar menjadi tutor di pusat tuisyen berdekatan Desa Pinggiran Putra.

Entah kenapa hati saya sentiasa teruja menantikan ketibaan masa mengajar. Mungkin kerana suasana di pusat tuisyen itu sendiri yang lebih kepada konsep tutor. Pusat tuisyen ini tidak seperti pusat tuisyen yang saya pergi sebelum ini, yang mengajar lebih kepada konsep cikgu.

Saya gembira dapat menyampaikan ilmu kepada para pelajar yang datang. Jumlah mereka pun tidak ramai. Di antara 2-5 orang satu sesi pengajaran.

Saya juga tiada tekanan untuk mengajar mereka. Pusat tuisyen ini menggunakan konsep tutor yang membantu pelajar menjawab soalan-soalan yang mereka lemah.

Kami sebagai tutor bertindak menerangkan bagaimana dan kenapa sesuatu soalan itu mendapat jawapan sebegitu rupa.

Saya galakkan pelajar saya bertanya. Cuma, mereka amat jarang bertanya. Lalu, saya pulalah yang bertanya untuk menguji kefahaman mereka. Ada yang faham, dan ada yang sedang faham.

Saya masih baru lagi dalam dunia pengajaran ini. Apabila mula mengajar, barulah saya dapat kesan jenis-jenis pensyarah yang sudah bergelumang lama dengan dunia akademik dan pensyarah yang beberapa tahun baru sahaja masuk dengan dunia akademik.

Jelas pengajaran mereka berlainan.

Ada juga ya pengajaran saya dapat dengan terjun ke dunia pendidikan ini.
Berminat Baca

Demi Dhuha

3 bualan
Sebuah kereta Honda Sivic  erhenti di hadapan masjid. Kelihatan seorang wanita bertudung labuh keluar dari pintu kanan kereta.

"Maaf ya Prof. Saya ingin menunaikan solat 2 rakaat dahulu," kata Sakinah kepada Asmah.

Asmah mengangguk sahaja. Dia duduk seorang diri di dalam kereta memikirkan apalah yang Sakinah lakukan itu. Bukankah sudah melepasi waktu Subuh? Bukankah haram untuk solat selepas waktu Subuh? Walaupun dia jahil agama, tetapi asas ini dia masih tahu.

Selepas 15 minit berlalu pintu kereta kanan dibuka. 

"Awak solat apa, Sakinah?" Berkerut muka Asmah cuba merungkai persoalan di benak hatinya itu.

"Solat Dhuha." Sakinah hanya tersenyum.

Muka Asmah menunjukkan dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas Sakinah itu.

"Sejak saya masuk sekolah asrama, saya dididik untuk mengerjakan solat Dhuha. Rezeki yang kita dapat ini Prof. bukanlah atas usaha kita semuanya. Kita perlu ingat bahawa rezeki ini semuanya kurniaan Allah. Jika Allah tak berikan kepada kita, manakan kita akan dapat merasa selesa seperti ini. Hatta kesihatan itu rezeki buat kita. 

Solat Dhuha adalah pembuka rezeki kepada hari kita. Rasullullah SAW tidak pernah meninggalkan solat 2 rakaat di waktu pagi selepas Subuh. Dan solat itu adalah solat sunat Dhuha."

Asmah terkesima seketika. Selama ini dia hanya memikirkan pangkat yang dia dapat. Menjadi seorang pensyarah berpangkat Profesor adalah idaman buat sesiapa yang terjun dalam dunia akademik peringkat tinggi.

Selalu dia banggakan bahawa segala pencapaiannya ini atas usahanya sendiri. Dia bekerja siang malam menyiapkan KPI nya. Hasilnya, dia mendapat pangkat Profesor sekarang.

Kata-kata yang Sakinah lontarkan tadi memberi kesan kepada dia.

Hatinya disapa hidayah. Kesedaran mula datang kepadanya. Patutlah selama ini dia lihat Sakinah tenang sahaja walaupun selalu dilanda dugaan. Dia seperti tahu ada kuasa yang mampu menolongnya.

Kini barulah Asmah mengerti. Kuasa itu adalah kuasa Tuhan yang maha agung. Tuhan yang memberikan rezeki kepada hamba-hambanya.

Sungguh selama ini dia bongkak tidak cuba memahami dari manakah segalah nikmat yang dia dapat ini.

Suasana menjadi hening seketika.

Beberapa titis air mata kesedaran keluar dari matanya. Asmah cuba memandang ke kanan. Mengalihkan mukanya daripada dipandang Sakinah. 

"Jom Prof. kita bergerak pergi ke seminar. Kita tidak mahu nanti para peserta menunggu kedatangan kita pula. Biar kita datang awal, boleh menjadi contoh buat mereka," kata Sakinah lembut.

Sakinah tahu nasihatnya itu sudah meresap ke dalam hati penerimanya. Menjadi tanggungjawab seorang muslim menasihati muslim yang lain. Manusia ini perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Sakinah berpura-pura tidak melihat muka Asmah. Dia memandang luar tingkap.  Dia tahu ego Prof. Dr. Asmah, dekan Fakulti Sastera dan Linguistik, bukanlah mudah untuk diturunkan. Cukuplah dengan sedikit nasihat itu agar ia dapat sampai terus kepada hati si pendengar.

Enjin kereta dihidupkan kembali. Kedengaran deruan enjin berlalu pergi dari Masjid Iskandariah.
Berminat Baca

Bakat atau kemahiran? Revolusikan pendidikan kita

1 bualan
Berminat Baca

Merubah sistem pendidikan dunia

1 bualan


Saya terpesona apabila melihat lukisan-lukisan yang dipaparkan dalam video ini. Sungguh kreatif!
Berminat Baca

Hujan #4

(sambungan)

Perubahan sentiasa berlaku. Tidak kira di mana ia datang, kedatangan perubahan pasti berlaku. Ada yang mendefinasikan perubahan itu dari buruk ke baik. Dari baik ke cemerlang. Bagaimana jika sebaliknya? Itu bukanlah perubahan. Itu namanya kemerosotan.

Aku mula melihat sekeliling. Hujan masih turun dengan lebat. Tiada tanda ia akan reda. Minuman kami sudah habis dihirup.

Selalunya tidak lama kami berbual. Hanya bertanya khabar dan keadaan semasa. Itupun kerana Syahmi selalu singgah di sini sebelum terus ke perpustakaan.

Kali ini terasa sungguh lama kami berbual. Aku takut perbualan ini akan jadi lain pula kisahnya.

"Riduan, kamu tahu kenapa aku senang berbual dengan kamu?"

Aku menggelengkan kepala.

"Rupa kamu serupa dengan abang aku," Syahmi mula memandang di luar kafe kami duduk. "Perangainya pun hampir sama dengan kamu."

Aku mula rasakan ada sesuatu yang betul ingin dia sampaikan kini. Seperti yang aku duga, tidak akanlah Syahmi datang ke sini tanpa sebarang sebab.

"Hari ini hari ulang tahun kematiannya." Syahmi masih memandang nun di luar kafe.

Aku kaget mendengar kenyataan itu. Aku tidak tahu ingin berkata apa. Perlukah aku berkata sesuatu? Atau hanya mendiamkan diri. Aku dalam dilema.

"Dia mati kerana penyakit yang melandanya sejak kecil lagi. Penyakit Down Syndrome yang dia hadapi akhirnya meragut nyawanya di usia remaja."

Aku masih lagi kaku tidak tahu bagaimana perlu berespon dengan situasi ini. Perlahan aku sentuh tangan kanannya. Menggenggam memberi sokongan moral kepadanya.

Syahmi memandang aku semula. Dia masih dengan senyumannya itu.

Sedikit demi sedikit untaian persoalan di minda aku mula terurai. Mengapa di awal pertemuan kami, dia sungguh mudah mesra dengan aku. Sapaannya biasa sahaja tetapi terasa dekat.

"Perubahan berlaku, Mi. Kita perlu memandang masa hadapan." Entah mengapa itu yang terpacul keluar dari mulut aku sambil aku menepuk tangan kanan Syahmi.

Syahmi tersenyum lebar.

Hujan mula menyinsing pergi. Rintikan kecil kedengaran di bumbung kafe. Deruan angin hujan mula perlahan.

"Jom kita pergi ke perpustakaan. Aku juga ada beberapa buku yang ingin dipinjam di sana."

Kami bangun dan berangkat pergi. Ketika melalui pesisir jalan ke perpustakaan kami melihat awan. Sinar matahari mula menimbulkan warna-warni pelangi di langit. Indah sungguh 7 warna yang menyinari langit itu. Hujan bukanlah lama, sinar bukanlah selalu. Nikmatinya ketika kita masih ada kesempatan. Harunginya ketika kita masih berkekuatan.

(Tamat)
Berminat Baca

Ejekan atau pujian? Salah tafsir tahap moksya

1 bualan
Ramai orang bakatnya terselah apabila bersukan. Hampir semua rakan saya boleh bersukan. Terutamanya bola sepak. Ramai juga rakan saya yang suka menonton bola sepak.

Bagi saya pula, bakat saya bukanlah pada sukan. Serius saya susah nak tangkap bagaimana orang boleh menendang bola dengan baik. Ada jugalah saya cuba, tetapi setakat mencuba sahajalah. Saya tiada keinginan untuk menendang bersungguh-sungguh. Kerana itu ia dinamakan percubaan.

Pagi tadi saya mendapat mesej daripada sahabat saya mengajak untuk sertai riadah bersama mereka. Pada awalnya saya agak keberatan kerana tahu sukan apa yang akan mereka main apabila riadah bersama - futsal.

Namun, memandangkan sahabat ini saya seusrah dengannya, saya juga keberatan untuk menolak pelawaannya itu.

Futsal menggembirkan jika kita
bermain kena dengan orangnya.
(gambar hiasan)
Lalu, tibalah saya pada tempat kejadian. Hari ini tidak ramai yang hadir. Boleh saya anggarkan kehadiran dengan kiraan jari tangan kanan saya sahaja.

Ketika sedang memakai kasut untuk mula bermain, saya lihat sahabat sebelah saya melihat jenis kasut yang saya pakai. Seperti saya katakan, sukan bukanlah bakat saya. Saya selalunya pakai kasut jogging sahaja. Multipurpose katakan.

"Setakat ini saya tidak berkesempatan untuk membeli kasut futsal," kata saya apabila melihat mukanya yang sedikit ada rasa ingin tahu.

Dia tersenyum. Saya membalas juga dengan senyuman.

Saya tak mahu kata saya tidak pandai bermain futsal dan sebab itu tidak membeli kasut futsal. Saya ini kiranya pemain amatur futsal. Heh. Jadi tak perlulah mengaku tak tahu main. Cuma kurang pakar main. Tendang menendang sebiji bola, no hal.

Arakian bermulalah permainan kami. Bola mula disepak seraya pemain mengejarnya. Kala itu saya setkan minda saya, "Wong kamu itu pemain futsal terhandal sekarang. Berlagak main futsal sedayanya!"

Terus, saya bermain bersungguh-sungguh. 

Huh. Saya menarik nafas dalam sambil menekan dada. Penat juga ya kalau main futsal ini. Baru 5 minit berkejar sana sini, saya sudah semput.

"Wong kamu boleh!", "Pergh, hebat Wong. Ini kalau touch up skill, boleh jadi pro," "Tu dia Wong jaringkan gol lagi," "Kena jaga-jaga dengan Wong, dia pandai menyelit bola," dan macam-macam lagi kata pujian kedengaran di gelanggang.

Ah. Hati ini langsung tidak kembang kuncup mendengar pujian itu. Sekarang saya faham perasaan budak lemau (saya letu) yang cuba diberi semangat untuk bermain bersama pemain-pemain pro.

Saya tahu niat mereka baik untuk menaikkan semangat saya main bersama, tetapi seakan memperli pula dengan pujian berlebih-lebihan.

Saya hanya senyum tanpa berkata apa-apa.

Nasib baik pada akhir permainan mereka tak berkata apa-apa lagi. Bukan saya tak mahu terima pujian mereka, tetapi biarlah kena pada orangnya. Sudah tahu saya ini budak lemau sukan, pujian itu perlulah berpada. Uhuks.

Di sini saya dapat satu pengajaran: 

Jangan puji budak amatur futsal. Biarkan sahaja kehebatannya itu kerana dia sendiri tahu tahap prestasinya. Kata-kata pujian mungkin boleh disalah tafsir sebagai kata-kata perli. Lebih elok jika tepuk bahu dan tunjukk isyarat bagus.
Berminat Baca

Teknik mudah mendapat untung akhirat dengan Internet

1 bualan


Anda suka membaca? Ingin berkongsi ilmu dengan baha-bahan bacaan anda? Jom kita berkongsi maklumat di Wikipedia Bahasa Melayu.

Saya setakat ini menyumbang beberapa bahan bacaan tentang tanah (projek sarjana saya). Saya juga sertakan rujukan di mana saya dapat sumber itu. Kita tidak mahu rencana kita dipertikaikan orang lain nanti.

Tidak tahu caranya? Saya boleh ajarkan kerana mudah sahaja untuk membuat pahala dengan Wikipedia.

Malas? Orang lain boleh buat? Nampaknya anda terlepas peluang terbesar medapat pahala berterusan sepanjang masa.

Mari saya kongsikan sepotong hadis yang boleh kita renungkan;

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalanya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kuasa di tangan anda.
Berminat Baca

Bagaimana menjadikan Wikipedia sahih dan berpandangan neutral?

Berbual

Tertarik untuk berkongsikan video ringkas bagaimana Wikipedia berfungsi.
Masih ramai lagi yang kurang arif tentang Wikipedia. Setakat saya tahu, rakan sekeliling saya hanya tahu guna Wikipedia tetapi tidak tahu siapa penyumbangnya.

Mereka adalah sukarelawan. Saya ulang kembali, sukarelawan. Bermakna tiada bayaran.

Malangnya, sukarelawan yang menyumbang penulisan mereka itu majoritinya bukan Islam. Bayangkan jika mereka itu Islam. Tentulah pahala yang mereka dapat sentiasa mengalir, selagi mana isi-isi yang mereka berikan itu betul dan sahih. Masya-Allah.
Berminat Baca

Imbauan konspirasi Pokemon yang tiada kesudahan

4 bualan

Hakim, Fikri, dan Bazli menjadi nama yang pasti saya ingat apabila mengimbau memori lama ini.

Saya mula mengenal permainan Pokemon semenjak saya pertama kali mengenal komputer. Sungguh ironi memikirkan bahawa Pokemon lah yang memberi saya ruang untuk mengenali komputer lebih mendalam.

Saya bermain permainan Pokemon sehingga masuk universiti. Heh. Tetapi apabila mula mengenal Internet, Pokemon terpaksa saya lupakan kerana haiwan-haiwannya sudah tidak comel seperti Pokemon 1 dahulu.

Saya ingat lagi semasa saya darjah 6 berlaku peristiwa konspirasi Pokemon di sekolah rendah saya. Ketika itu NTV7 sibuk menyiarkan episod Pokemon 1. Saya sentiasa ternantikannya pada setiap Sabtu.

Kata pihak konspirasi, Pokemon ini mempunyai nama-nama berunsur Yahudi yang mengutuk Islam. Ketika itu tiadalah orang tahu tentang Google, jadi amat mudahlah konspirasi bodoh ini berlangsung.

Saya dipulaukan oleh rakan-rakan kerana mereka tahu saya bermain permainan Pokemon. Huh!?

Namun ia tidak berjalan lancar kerana saya tegar dengan pendirian saya. Hahah. Akhirnya rakan saya yang terpengaruh dengan konspirasi kembali meminta maaf kepada saya. Dia juga kembali bermain Pokemon bersama saya.

Apabila masa berlalu, saya beralih arah ke permainan yang lebih mencabar. Itu, mungkin pada entri yang lain.

Permainan klasik memang mencuri hati saya. Mungkin tidak Pokemon, boleh jadi Mario, Harvest Moon, ataupun Street Fighter. Tetapi ketahuilah, permainan-permainan ini sentiasa berada di satu sudut istimewa hati para pemainnya.

Berminat Baca

Bakat bercerita sejarah gelap Tanah Melayu

2 bualan
Terkedu saya tadi apabila melihat pelajar di hadapan saya matanya bersinar apabila saya mula berakian. Sungguh dia mula meminati subjek sejarah.

"Kamu tahu tak bila kita guna nama Malaysia?"

Dia menggelengkan kepala.

"Tahun 1963, semasa kita bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura."

Terus, saya bercerita berkenaan imperalisme dan kesannya kepada penduduk asal. Budak itu tercengang mendengar fakta-fakta yang saya bongkarkan.

"Oh, begitu ya. Cikgu tak perlu buku untuk bercerita?"

Saya hanya tersenyum. Buat apa buku kerana segalanya telah saya arkibkan di dalam kepala ini. Habis 1 jam hanya mendengar saya bercerita sejarah Malaysia. Budak itu kagum dengan pengajaran saya.

"Bagaimana cikgu boleh tahu semua?"

"Saya macam kamu juga semasa sekolah menengah. Cikgu Sejarah, ajar macam nak tak nak sahaja. Ini membuatkan saya lemau sahaja. Tetapi keadaan ini berubah apabila saya masuk ke peringkat universiti." Saya senyum.

Dia hanya mengangguk-angguk kepala tanda kagum.

"Jadi kamu tak perlu ingat sangat fakta ini. Yang penting faham dan minat dahulu. Fakta ini masa nak dekat peperiksaan boleh lah hafal," kata saya lagi memberi tips bagaimana saya skor A untuk subjek TITAS di universiti dahulu.

Sebenarnya saya diajak oleh seorang sahabat saya untuk membantu dia mengajar di satu pusat tuisyen nun di Desa Pinggiran Putra. Saya rasa was-was nak mengajar kerana takut nanti saya sibuk dan tidak dapat ada komitmen untuk mengajar. Tetapi kerana segan dengannya, saya pun menerima pelawaan untuk berjumpa pengetua pusat tuisyen tersebut.

Hari ini saya tidak mengajar kerana cikgu yang saya akan gantikan masih ada lagi. Minggu depan barulah saya mula mengajar. Kerana bosan menunggu 2 jam tanpa buat apa-apa sebelum berjumpa puan pengetua, saya menyibuk duduk dengan pelajar tingkatan 5 itu. Katanya sedang belajar sejarah.

Ah. Ini bidang yang paling saya minat. Arakian bermulalah sebuah cerita iaitu datangnya pula....

Dan, kerana itulah saya terus terpanar. Bakat saya adalah bercerita. Ia turun daripada ayah saya. =)
Berminat Baca

Hujan #3

(sambungan)

Aku masih memandang muka Syahmi. Dia mengerti bahawa aku inginkan perbualan lain. Biasalah. Aku ini tidak pandai berbual.

"Sekarang minggu ujian 2. Bagaimana dengan ujian subjek kamu?"

"Ada juga beberapa subjek yang susah. Biasalah, jurusan aku ini dimonopoli kaum Cina. Manakala budak Melayu malas nak belajar sama-sama. Lagipun mereka suka buat kerja akhir masa. Susah aku nak ikut perangai mereka itu."

"Samalah. Jurusan aku pula hanya ada 8 orang lelaki dan 24 orang perempuan. Kalau kecilkan skop lagi, hanya ada 4 orang lelaki Melayu."

Aku tidak tahu apa maksud Syahmi sama. Adakah perangai kawan sejurusannya itu malas atau kawan Cinanya itu susah nak kongsi nota?

"Tapi tak mengapalah. Itu cabaran buat kita yang bergelar muslim."

Ah nampaknya dia faham maksud aku dan tidak ingin memanjangkan topik yang sia-sia ini. Aku senyum sahaja. Tak mahu membuka lebih banyak aib saudara semuslim aku.

Tidak banyak yang dapat aku cungkilkan dari riak wajah muka dia. Masalahnya masih kekal misteri. Tidak mungkin masalah minggu ujian, sampai dia ingin berjumpa aku? Mesti ada lagi. Cuma aku perlu bersabar.

Aku nampak tangannya menggeletar cuba menahan sejuk dengan baju dan seluar basahnya itu. Kesan air hujan dibadannya mula memberi kesan.

"Tunggu kejap ya." Aku bangun dan pergi ke mesin buat air di sudut sebelah tangga di koridor.

"Eh tak apalah," kata Syahmi.


Aku memasukkan 2 keping not RM1. Menunggu 2 cawan keluar untuk 2 orang minum.


Kemudian aku duduk kembali dengan 2 cawan kopi panas. Syahmi ini kalau apa-apa aku tawarkan selalu sahaja menolak. Aku percaya 'tindakan lebih baik berbanding kata'.

Mahu atau tidak, terpaksalah dia menerima pemberian aku. Lagipun aku minum sekali dengannya. Jadi tidaklah dia boleh menolak tawaran aku ini.

Kadang kala sifat orang Melayu yang tidak suka menerima bantuan orang lain cukup tidak aku gemari. Memanglah itu budaya Melayu, tetapi orang yang memberi itu ikhlas. Jika tidak, masakan diberinya pertolongan.

Aku menghirup pula cawan aku.

Kami masih di sini dengan tiupan angin kuat kala guruh mula berdentum sana sini.

(bersambung)
Berminat Baca

Hari Ibu sedunia - Konspirasi tak terhingga

2 bualan

Ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Mengajar aku erti kepayahan,
Erti menunggu dan sabar,

Ibu,
Engkaulah yang mengajar aku erti berdikari,
Meniti hari aku membesar,
Memeluk aku semasa aku masih kecil...

---

Lagu 'Ibumu' nyanyian budak-budak menyentuh hati saya apabila ia mula berkumandang di saluran TV1 dan TV2.

Ia menggamit memori kesedihan dan kegembiraan seorang anak mengenangkan ibunya. Bukankah Rasul menyuruh kita berbuat kebaikan kepada ibu kita dahulu selepas Allah dan beliau? Ibumu, ibumu, ibumu, dan kemudian barulah bapamu.

Hari Ibu memang dikatakan patut disambut setiap hari. Tapi saya suka konspirasi menyambut hari Ibu setahun sekali. Biar ibu saya dilihat istimewa pada hari tersebut.


Berminat Baca

Bakat tersembunyi seorang manusia

Berbual
Setiap orang yang dilahirkan di dunia ini, bagi saya ada bakat tersembunyi. Sama ada mereka menggilapnya atau membiarkan ia terus kelam kala mereka membesar.

Lalu, apakah itu bakat? Saya pun kurang faham pada asalnya. Bagi saya bakat itu seperti genetik. Turun temurun. Tak macam rupa paras. Rupa paras itu bukanlah bakat. Sebab ada juga kawan saya ibu bapa mereka tak lah cantik dan kacak, tapi anak mereka kacak dan cantik.

Contoh paling mudah saya berikan adalah bakat menyanyi. Ramai anak muda suka menyanyi. Dari sekecil boleh bercakap sehinggalah setua seinci nak ke kubur pun suka menyanyi. Menyanyi ini tergolong dalam budaya hendonisme. Budaya yang berkait rapat dengan keseronokan dunia semata-mata.

Saya ini bukanlah orang yang boleh menyanyi. Diminta hafal lirik, sumpah 101 malam pun saya tak dapat nak hafal. Jika hendak mendendangkan lagu apatah lagi. Sumbang (tapi taklah sesumbang Giant Doraemon).

Terus, boleh saya katakan saya tiada bakat menyanyi.

Jadi apakah bakat tersembunyi saya? Apabila difikirkan, mestilah menulis. Saya boleh menulis dengan baik berbanding orang lain. Saya boleh menulis Bahasa Melayu Tinggi (BMT) berbanding orang lain. Saya dapat bezakan bahasa basah-basahan dengan BMT.

Jika berbicara, biasanya ada orang yang mengatakan saya orang Sabah. Apatah lagi dengan muka bukan peribumi ini. Biasalah. Saya ini bukanlah orang yang suka berbahasa Alien. Mungkin kedengaran janggal apabila ada orang bercakap menggunakan BMT.
Berminat Baca

Kawan Hipokrit di Media Sosial

Berbual
Antara sebab saya deactivate FB sementara waktu adalah untuk tidak mengalami kejutan budaya ini. Serius saya tak sangka ada juga orang sebegini. Tambahan pula ia adalah kawan saya sendiri yang di mata kasar saya ini, baik orangnya.

Tetapi tunggang terbalik apabila di media sosial. Agaknya konsep 'don't be real in real life, be authentic in media social' mungkin boleh dijadikan sandaran buat mereka.

Saya namakan ini hipokrit. Perkara sebegini sebenarnya boleh menjauhkan hubungan ukhwah di antara kami. Yelah, saya ini katanya orang biru dia pula orangnya bukan biru. Senario ini jelas apabila dia dengan mudah sahaja percaya apa ada di dunia Internet ini.

Saya lihat dia habiskan masa menambah 'keimanan' dirinya di dunia Internet dengan membaca 1001 hikayat bukan biru. Erk?

Saya memerhatikan sahaja. Saya tak berapa nak nasihat sangat sebab saya tahu minda skeptikal sang bukan biru ini. Jika kau tidak bersama aku, kau itu memang orang zalim. Saya tak mahu perkara tuduh menuduh atas dasar perkara yang tak berkait langsung dengan kami.

Saya harap dia tidaklah begitu. Saya sayang dia kerana dia saudara Islam saya. Malangnya hubungan itu boleh rapuh jika terus saya ikut perkembangannya di media sosial.

Bagi saya perbuatan sebegini ibarat monyet mendapat pisang. Bersorak beramai-ramai jika monyet yang mendapat pisang itu sama kepala dengan mereka. Jika tak, mengamuk beramai-ramai memaki si monyet geng lain.

Media sosial ini memang menggerunkan saya. Sungguh gerun. Membuatkan seseorang itu berasa suaranya itu haknya melontarkan apa-apa sahaja. Jika salah, boleh delete. Apa susah. Lagi mencurah minyak ke api, jika ada yang menyokong tindakannya itu.

Saya tak suka mengutuk kerana pengalaman saya mengatakan bahawa akibatnya akan terkena kepada diri sendiri nanti. Hati jadi tidak tenteram atas kerana perkara remeh sahaja. Masa banyak dihabiskan atas perkara remeh sahaja. Tenaga banyak dihabiskan atas perkara remeh sahaja.

Saya juga ingin berterima kasih kepadanya, kerana dialah saya mendapat ibrah (pengajaran) bahawa janganlah kita hipokrit. Ia takkan ke mana. Usahlah buang masa mencari kesalahan orang lain. Diri sendiri itu betulkanlah dahulu. Jika tak, kita akan mudah dimanupulasi orang. Gunakan akal untuk berfikir kritis. Ketepikan dahulu emosi itu.

Ada masa, marilah kita menghayati sedikit tazkirah dari Kereta Mayat.

p/s: saya mengerti kenapa undi perlu rahsia. Jika tak, boleh gaduh untuk orang yang tegar politik ni.
Berminat Baca

Hujan #2

(sambungan)

Syahmi mengambil tisu pemberian aku. Seperti biasa, mukanya tersenyum memandang aku. Walaupun kerap kali perjumpaan kami di surau ini sahaja, aku seperti dapat tangkap kerut senyuman wajahnya.

Jika dia senyum lebar sampai nampakkan giginya yang putih berseri, tandanya dia ada berita gembira untuk dikongsikan bersama. Jika dia hanya senyum biasa nampak sedikit giginya itu, hari ini hari biasa sahaja. Jika senyumnya masih gembira tetapi bersahaja, tandanya ada sesuatu yang bersarang di hatinya itu.

Kali ini senyumannya adalah yang terakhir itu. Senyumannya lebar tetapi tiada tampak gigi.

Entah kenapa aku yang jarang tersenyum boleh turut berjangkit dengan senyumannya itu. Aku membalas dengan senyuman juga.

"Kenapa redah hujan? Singgah lah dahulu mana-mana dahulu semasa hendak ke sini."

"Tadi ketika aku bonceng motorsikal ke sini, hujan turun tidak semenanya di pintu masuk kawasan fakulti. Alang-alang hendak sampai, aku redahlah terus." Syahmi masih dengan ukiran senyuman ketiganyai itu.

Sebenarnya aku ini tidak tahu hendak berborak apa dengannya. Setiap kali berjumpa dengannya, hanyalah dia yang banyak bercakap. Bertanya itu dan ini tentang kehidupan aku. Entah kenapa juga aku senang menjawabnya.

Selalunya perbualan kami satu hala sahaja. Dia tidak memberitahu aku pula kisah hidupnya. Mungkin sebab dia yang banyak bertanya dan aku pula hanya menjawab tidak bertanya kembali tentang diri dia pula.

Aku juga tahu egonya tinggi. Tanda pertama, sanggup redah hujan walaupun boleh tunggu sehingga hujan reda. Juga mudah sahaja untuk kenal orang sebegini hanya dengan melihat raut wajah mereka. Apabila aku bersembang tentang kehidupan aku dia hanya tersenyum dan terus tersenyum. Tiada menyelit. Selalunya soalan dia akan beralih arah apabila aku tamat menjawab soalan yang sebelum itu,

Aku rasa dia cuba merendahkan egonya itu apabila bersembang dengan aku. Kenapa, itu aku tiada jawapannya.

(bersambung)

p/s: aiseh. hari ni kurang idea nak bercerpen panjang.
Berminat Baca

Kerja kuat

1 bualan
Perbuatan kerja kuat atau workaholic amat sukar melekat dalam diri saya. Mungkin kerana saya orang peribumi? Kata orang, kaum bukan peribumi kuat kerja orangnya.

Saya yakin perbuatan ini akan tiba menjangkiti saya apabila saya mula faham erti sarjana dalam kehidupan saya. Kecerahan dalam kegelapan memang mengasyikkan.

Tadi saya bersembang dengan rakan saya tentang erti kerja kuat.

"Kini aku faham bagaimana seseorang itu boleh kerja kuat. Aku sekarang sedang kerja kuat. Ini semula bermula apabila aku sudah ada kelengkapan untuk kerja kuat."

Saya simpulkan kerana dia sudah ada matlamat kuat untuk dia laksanakan kerja kuat. Apabila dia tekadkan matlamatnya, barulah dia sanggup buat apapun untuk kerja kuat.

Tak sabar saya untuk kerja kuat juga.
Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia