Notifikasi Facebook

2 bualan
Pin It
Akhirnya saya aktifkan kembali akaun Facebook saya. Ini penting kerana akaun Facebook sekarang ibarat emel, malahan lebih daripada itu. Ia lebih kepada medium komunikasi antara rakan kita.

Namun saya tidak mahu tersekat dengan agenda Yahudi yang melalaikan. Justeru saya terfikir bagaimana untuk saya kekal aktif di Facebook tetapi tidak terperangkap dengan perangkap lagho Facebook?

Setelah bermunajat untuk seketika (yela tu), akhirnya saya mendapat ilham, kurniaan Allah, saya terjumpa dengan Notifikasi Facebook. Ia adalah sebuah extension untuk pelayar Google Chrome.

Agak menarik dan berguna untuk saya. Antara sebab saya deactivate FB untuk tempoh 2 minggu lalu adalah kerana ingin mengurangkan notifikasi yang mendatang.

Kali ini saya hanya akan menerima notifikasi jika ada orang tag, mesej atau di group tertentu sahaja.

Saya buat kajian dulu dengan notifikasi ini sama ada ia betul akan mengurangkan gejala sosial dalam diri saya atau sebaliknya. Jika tak, saya masuk ke plan B.

Plan B pula, saya tukar setting FB dan biarkan emel sahaja yang datang dari FB. Ini bermakna saya buang extension tersebut.

Jadi saya tidak akan tersekat dengan rencana FB yang jahat (muahahaha).
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Saya guna fb untuk mengetahui perkembangan semasa dan berkomunikasi dengan org2 tertentu seperti saudara mara atau pensyarah sahaja untuk sesuatu maklumat. Alhamdulillah, saya tak leka dengan fb.

    BalasPadam
  2. Kadang kala apabila terlalu kerap berjumpa di FB boleh menjauhkan hubungan, pandangan peribadi saya.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia