(Gambar Hiasan) |
Azri gugup dengan situasi ini. Dia pertama kali bersua muka lama dengan isterinya. Selama ini mereka hanya berhubung melalui SMS dan emel sahaja. Itupun bertanyakan hal-hal perkahwinan yang bakal berlangsung.
Sekarang setelah mengucapkan "Aku terima nikahnya," dia diminta oleh kedua mempelai untuk bergambar. Pelbagai aksi romantis diminta. Dia gugup. Walaupun secara sah sudah bergelar suami isteri, dia masih lagi tidak boleh terus membiasakan diri sebegitu rupa. Dipegang, dilepas. Entah kenapa hatinya berdegup pantas. Dapat dia rasakan pasangan barunya begitu juga. Pasangan baru bagai merpati putih itu sungguh segak bergaya di pelamin berulam emas itu. Bagai Raja menaik takhta. Bukankah mereka sememangnya Raja sehari?
Mungkin inilah dikatakan nilai bercinta selepas berkahwin.
Walaupun telah beberapa minggu mereka diijab kabul Azri masih gugup. Dia tersenyum sahaja kala isterinya menyediakan makanan. Ada juga ingin dibantunya tetapi ditegah. Nanti tak sedap betah pasangannya. Dia akur.
(bersambung)
3 mengomel
pandai jugak tulis cerpen begini..
Terima kasih. Saya masih lagi berusaha.
laaa.. ni cerpen ke? Impian anak-anak sebenarnya memang creative. Most of them do not know about the world actually do to us, sorry, bukan world but community. Human, manusia yang mengaturkan undand-undang dunia. Kadang-kalau flow yang dilalui boleh membina, tapi kadang-kadang, yang menongkah arus juga berjaya. Pokok pangkal kehendak hati dan Iman. Itu lebih penting.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon