Nama saya 依之汉 . Susah sebut? Gelar saya Wong sahaja, panggilan mesra dalam dunia blog saya ini. Saya ingin mengucapkan selamat datang ke weblog saya, tempat saya menulis coretan kehidupan, sastera (cerpen/novel/puisi/pantun), dan pembelajaran (ilmu).

Mungkin kamu terkeliru dengan tajuk 'Travelog Hortikultur: Ia bukan sekadar tanaman Log ringkas bukan tanaman'. Saya hanya menggunakan nama hortikultur berniat untuk orang lebih mengenali apa itu hortikultur. Walhal blog ini adalah blog peribadi tavelog saya sahaja. Untuk makluman lanjut tentang hortikultur, boleh lawat blog rakan saya di sini, Jom Tanam Sendiri.

Bunga cantik di hadapan rumah.
Saya seorang graduan dari universiti yang terletak di Serdang, walaupun saya membesar di Perak dan tidak pernah ketahui lokasinya sehinggalah saya diterima masuk.

Kebelakangan ini, saya jarang meletakkan nama penuh universiti saya belajar atau tempat saya tinggal dengan jelas, cubaan untuk menjaga kehidupan peribadi saya. Saya agak, memang mudah untuk mengesan kebenaran di sebalik liputan kehidupan ini, namun biarlah saya memilih menyelimutinya dengan cara tersendiri.

Coretan di sini hampir semua berkaitan saya, pengalaman, pembelajaran, dan peribadi walaupun saya kurang berkata mengenai keluarga serta sahabat saya atas sebab-sebab tertentu yang saya nyatakan sebelum ini. Sungguh nama mereka samar kerana niat ini bukan ingin mengata tapi hanya ingin berkongsi. Tidak lebih dan tidak kurang. Hanya yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada saya sendiri.

Oleh kerana blog ini dikategorikan blog peribadi, saya secara langsung mempunyai hak untuk endah tak endah apa-apa strategi pemasaran termasuklah target pembaca, blog giveaway, target followers, pertandingan dan topik-topik khusus. (Saya ucapkan 'Terima kasih' buat sesiapa yang berniat meninggalkan pautan ke mana-mana laman web tanda saya menghargai kedatangan kamu ke sini.)

Sebaliknya, saya memilih menulis apa yang saya gembira untuk berkongsi bersama dunia Internet ini.

IMG_4932
Kelulut, satu penemuan baru bagi saya!
Ada hari mungkin saya pos mengenai pengalaman saya, esoknya cerpen, mungkin pantun, kemudian video yang saya tonton di youtube mahupun apa-apa ilmu yang saya rasa ia bermanfaat untuk perkongsian bersama. Secara umum, kepakaran saya lebih kepada seorang pelajar graduan Sains Hortikultur. Cuma, minat saya lebih dari itu.
Tumbuhan, komputer dan buku. 3 bidang besar yang betul-betul membuatkan saya teruja setiap kali saya menulis. Sungguh ia menakjubkan diri saya. =)

Saya juga salah seorang editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu. Kamu boleh lihat sumbangan saya di WBM di sini. Saya menulis di WBM kerana ingin menyampaikan ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Jika berminat, jom kita buat jaringan editor bebas WBM.

Saya percaya bahawa penulisan yang baik dan berkualiti terbit dari hati seorang penulis itu sendiri. Iaitu hati yang ikhlas bermula dengan niat yang ikhlas hanya untuk mendapat redha-Nya. Kamu sendiri faham apabila kamu mula membaca blog saya ini, dan kamu akan memahami saya sebaiknya.

Semoga anda, ya kamu yang membaca, tergerak untuk berbual dengan saya, membolehkan saya membalas jasa mengenali kamu pula.


nota: Blog ini ditulis menggunakan hampir kepada Bahasa Melayu Tinggi, juga mengagungkan konsep meribumikan Bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu. Saya yakin dengan rasa 'izzah (bangga) yang ada di dalam diri setiap orang Melayu akan bahasa mereka, pasti boleh membawa orang Melayu pergi jauh sehingga ke bulan.

Anda juga boleh hubungi saya, jika ingin berkongsi pendapat, pandangan ataupun mahu mengkritik saya. Sila ke entri Hubungi i Wong.


Bahasa Inggeris? Maaf. Saya tidak pandai berbicara Inggeris. Manglish boleh. Lawat blog Manglish saya untuk bicara Inggeris.

30 kritikan:

KinaMissOne berkata...

Assalamualaikum. Salam perkenalan wong :)

依之汉 berkata...

Waalaikumsalam. Salam perkenalan juga daripada saya.

Azham Vsvc berkata...

Hai Wong! Nanti saya sudah kembali ke UPM sudikah bertemu saya? hehehe :)

依之汉 berkata...

Hi Azham! Semestinya!

M Hafizan berkata...

Salam....memang betul blog ni bukan sekadar tanaman. Macam-macam ada...

依之汉 berkata...

Wasalam. Yup. Ia lebih kepada blog peribadi.

Bedaduz berkata...

dah lama nak komen tapi x berkesempatan. hehe. a very new image =)

依之汉 berkata...

Dan segar juga.

hitomi lavender berkata...

Assalamualaikum dan salam perkenalan wong.. :)

依之汉 berkata...

Waalaikumsalam. Salam perkenalan daripada saya juga.

MNBA berkata...

Assalamualaikum dan salam perkenalan

依之汉 berkata...

Waalaikumsalam dan salam perkenalan juga daripada saya.

Kak Dell berkata...

Salam... sudilah singgah ke blog saya di http://kakdell.blogspot.com/. Seronok pula baca kisah awak ttg fakulti saya tu... FBMK ;)

依之汉 berkata...

Terima kasih.

shada wentz berkata...

wong :)

sy beli tahun lepas pen tablet tu. harga rm299

依之汉 berkata...

T.T kena ada minat melukis barulah saya beli.

AJ Nismihan berkata...

Assalamualaikum Sahabat.
Alhamdulillah dapat ke sini dan kenali kamu.
Insya'Allah, dalam kesempatan yang ada nanti, perlahan-lahan akan aku selusuri entri kamu yang lepas-lepas. Kelihatan, ia mengujakan.

*senyum*

oh.
lupa.
selamat berkenalan.
*senyum*

salam

依之汉 berkata...

Waalaikumsalam.
Terima kasih atas lawatan kamu itu. Saya berbesar hati. Semoga kita sama-sama dapat menyumbang perkara bermanfaat di dunia maya ini.

Cikgu Jazlan berkata...

Assalamualaikum wong . . Selamat berkenalan :D

依之汉 berkata...

Waalaikumsalam cikgu. Saya berbesar hati berkenalan dengan cikgu tempatan. =D

Shim berkata...

nice blog bro

依之汉 berkata...

Terima kasih. Selamat berkenalan.

LiYa HaNiF :: berkata...

salam persahabatan...

pertama kali saya singgah blog ini. hmm saya rasa ada sesuatu yang menarik kat sini... ^_~

依之汉 berkata...

Salam persahabatan daripada saya juga. Blog biasa sahaja puan. Hanya nukilan peribadi seorang bujang. Heh.

Kak Dell berkata...

Boleh bagi saya alamat emel awak atau pun facebook untuk mudahkan saya bertukar pandangan dengan awak. :)

依之汉 berkata...

Saya sudah tambah entri hubungi saya. Kak boleh lihat di situ.

Innanie | Ariffin berkata...

terima kasih wong atas kesudian datang blog coklateyes dan berikan pandangan :) tahniah atas pilihan anda untuk menulis dalam bahasa Melayu. tahniah sangat!!!

依之汉 berkata...

@Innanie | Ariffin
Terima kasih kak. Blog kak juga apa kurangnya. Salam perkenalan daripada saya.

Mizz Aiza berkata...

salam perkenalan..

依之汉 berkata...

Salam perkenalan.

 
;