Memaparkan catatan dengan label penulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penulis. Papar semua catatan

Rabu, 24 Julai 2013

Pensyarah MIT yang Cool!



Tugas seorang cikgu menceriakan suasana kelas. Saya pernah menjumpai pensyarah begini. Sehingga kini saya masih ingat apa yang telah beliau ajarkan. Sungguh!

Saya suka pensyarah bercerita dan bukannya bersyarah (walaupun saya tahu dalam istilah pensyarah daripada masksud syarah!)

Dan, saya ingin menjadi seperti beliau. Menyampaikan ilmu seikhlas mungkin agar anak murid saya faham.

Jumaat, 12 Julai 2013

Tips menulis oleh Natalie Goldberg


Rabu, 19 Jun 2013

Kumpulan Atas Tanah Bahasa Melayu Tinggi


Kewujudan kumpulan ini secara tidak sengaja saya perasan tadi. Hebat sungguh ahli-ahli dalam kumpulan ini. Ternyata saya bukanlah seorang yang syok sendiri menggunakan wadah Bahasa Melayu Tinggi demi memartabatkan pemikiran wacana tinggi.

Saya klasifikaskan kumpulan atas tanah (bukan bawah tanah) kerana setting kumpulan Facebook ini adalah terbuka (open group).

Saya juga tertarik perbincangan dalam group tersebut.




Bayangkan kanak-kanak terpengaruh dengan cerita alih bahasa Melayu Tinggi. Syabas Kementerian Komunikasi kerana mewajibkan setiap alihan bahasa perlu menggunakan BMT.

Jom, kita sama-sama mempraktikkan BMT dalam kehidupan harian kita. 

Ahad, 2 Jun 2013

Panduan sihir mengelakkan plagiat


sumber: Kate Hart.

Tiada kompromi untuk bahasa tidak senonoh



Nampaknya tiada kompromi bahasa Alien oleh Puan Nisah Haron. Dan ketahuilah, saya amat menyokong kenyataan beliau ini.

Sedih juga apabila pengunjung di blog ini kerap kali menggunakan bahasa Alien sebagai wadah menyampai pemikiran mereka. Tetapi nak buat bagaimana? Mereka sudah sebati dengan itu.

Apa yang saya boleh buat hanyalah amar makruf, iaitu menyeru kepada kebaikan (kira menyeru untuk menulis dengan betul juga sebagai kebaikan?). Nahi mungkar tak mampu kerana mereka sendiri ada tangan untuk mencegahnya.

Selasa, 28 Mei 2013

Awas dengan gurauan yang terselitnya penipuan

Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
-- Imam Hasan al-Banna 

Saya ada menempah sekeping DVD daripada seseorang yang terkenal namanya sebagai penulis iklan atau copywriter.

Saya pernah pergi ke seminar percumanya di PWTC. Saya suka pembentangannya. Bagus isinya. Katanya, jika ingin tahu lebih lanjut boleh beli DVD seminar penuhnya, di akhir seminar tersebut.

Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya jelik semasa seminarnya itu.

"Jika ada yang berjaya menjawab soalan saya ini," sambil dia meraba kocek bajunya, "akan memenangi... Ahah! Duit ini," sambil menunjukkan not RM1.

Kami hanya ketawa. Kemudian ada yang berani menjawab dan ia betul. Di sinilah ujian datang. Sama ada dia mengotakan janjinya atau hanya membiarkan sahaja janji itu.

Dan... dia mengabaikan janji tersebut. Ahah!  Gurauan yang dilontarkan bersifat menipu. Memang lah katanya dia hanya bergurau tetapi gurauan ada caranya. Janji adalah janji, dan penipuan adalah penipuan.

Di sini saya mula mendapati orang yang suka bergurau dengan penipuan ada kecenderungan untuk berkata manis dengan penipuan. Eksperimen berjalan dengan saya menempah DVD daripadanya secara online. Bayaran telah dibuat.

Hampir 2 minggu berlalu dan DVD itu masih belum di tangan saya. Katanya Selasa lepas sudah diposkan. Tetapi mengapa Khamis lepas tidak lagi sampai di rumah saya? Bukankah 3 hari?

Aha! Pelbagai alasan boleh diberi untuk membenarkan penipuan. Hanya bukti dengan hasil sahaja boleh menangkis segala alasan itu. Action is louder than word. Lagipun, ini bukanlah pengalaman pertama kali saya beli online.

Dia berjanji lagi akan memulangkan duit jika hari ini masih tidak sampai ke rumah saya.

Dan... buktinya sehingga hari ini saya masih belum menerima DVD itu. Terus, dia melanjutkan pula pada Khamis ini. Aduh. Kepercayaan. Kejujuran. Dimanakah itu?

Lalu, saya redha dengan pelaburan saya ini. Apa yang pasti, saya perlu berjaga-jaga dengan sikap orang berkata manis begini.

P/S: Ketahuilah,

 

nota: Saya tidak letak namanya kerana berpegang kepada hadis bahawa;

"... Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya ..."

(Hadis riwayat Muslim)

Isnin, 27 Mei 2013

Mentafsir karya blogger

Setiap penulis menyampai wadah pemikirannya melalui penghasilan karya mereka. Ada yang meluahkan rasa amarah, sedih, kecewa dan kegembiraan.

Penyampaian mereka berbeza mengikut daya kreativiti mereka tersendiri. Ada yang berpuisi, ada yang bercerpen atau terus sahaja menyatakan pemikiran mereka tanpa hijab.

Mengapa saya berkata begini? Ini ada kaitannya dengan penulis blog atau blogger. Setiap blogger ada matlamat mereka menulis. Yang menulis sahaja-sahaja pun pasti ada sekelumit ingin pembaca membaca dan faham. Jika tidak masakan mereka membukanya secara awam karya mereka, bukan?

Sebagai seorang pelawat blog atau blogwalker (merepek je. Mana ada istilah blogwalker di dalam kamus Oxford. Muggle ada le. Erk?), saya rasa bertanggungjawab untuk mentafsir apakah yang cuba disampaikan oleh blogger seantero dunia yang saya lawat.

Ini adalah kaedah yang saya gunakan sebelum saya meninggalkan komen di blog mereka:

  • Baca tajuk. Jika isi adalah raja, mestilah tajuk itu ratunya. Jika tajuk 'catchy' tetapi isi basi, 2-3 kali sahajalah alamatnya saya lawat blog tersebut.
  • Baca pendahuluan dan kesimpulan. Blogger yang baik menulis apa yang ingin dia sampaikan di awal penulisan. Kemudian menyimpulkannya di akhir kata mereka.
  • Lihat gambar dan kapsyennya. Bak kata Konfisius, gambar berharga seribu perkataan. Kalau gambar jelik dan XXX, pastinya ada sesuatu yang pelik pada blogger tersebut.
  • Baca semua sekali lagi dengan pantas. 
Saya memberi masa 30 saat untuk saya menafsir apa yang si blogger ingin sampaikan. Jika saya faham dan menarik, saya akan komen dengan teknik merapatkan ukhwah. Jika tidak, saya lalukan sahaja. Saya ingin menjaga hati dan perasaan mereka. Tetapi awas! Saya bukanlah orang yang sempurna.

Oh ya. Saya tidak sekeras Puan Nisah Haron yang pasti akan menghentam sesiapa yang komen menggunakan bahasa Alien di blog atau laman akaun FBnya. Memang keras hentamannya!

Terus, bagaimana pula dengan pembaca sekalian? Komen hentam sahaja asalkan ada tinggalkan jejak atau mengambil masa menghargai apa yang si penulis cuba sampaikan? Jom berikan pandangan anda. Saya amat menghargainya.

p/s: Lain betul suasana komen-komen di blog orang Puteh. Pengomen mereka memang mantap!