Sebelum ini saya ada memberi definasi tentang entri terbaik buat blogger. Saya terfikir juga takkanlah menulis maksimum 500 patah perkataan sahaja bukan?
Kebanyakan penulisan dia melebihi 500 patah perkataan. Lagi, ia tidak teratur membuatkan saya tidak tertarik untuk membaca. Saya bagi analogi mudah. Kita masak ayam berempah. Kalau goreng sampai hitam, rasanya masih enak, tapi bagaimana pula rupanya? Adakah ia akan menarik minat orang untuk merasanya?
Apa yang penting untuk blog adalah menarik minat orang bertandang dahulu. Kemudian barulah dapat tarik minat orang untuk terus kekal membaca dengan isi-isi mantap kita.
Ini berbeza pula dengan blog pendakwah ini. Empunya blog mampu menukilkan penulisan mantap. Boleh saya katakan ringkas dan padat.
Perlu kita tahu bahawa penulisan blog dan penulisan rencana bercetak lain gaya penyampaiannya.
Saya dapati juga, jika masih berdegil untuk menulis panjang, bahagikan kepada beberapa bahagian. Maksimum pun 3 bahagian atau 3 entri.
Penulisan panjang berjela boleh membuatkan pembaca muak untuk membaca.
Jika nak gabung juga satu entri, buatkan sub-tajuk seperti yang kita selalu baca di Wikipedia mahupun akhbar dan majalah.
Dengan itu pembaca akan lebih terarah dan dapat tangkap apa yang kita tulis dengan hanya sekilas pandang.
Jika ia menarik, saya yakin pembaca akan datang semula untuk menikmati hidangan pada masa lapang ia.
--
Nota:
1. Penulisan blog berlainan dengan penulisan rencana bercetak. 300-500 patah perkataan memadai untuk blog.
2. Jumlah perkataan yang terhad memberi cabaran buat blogger menyatakan pandangannya dengan ringkas dan padat.
3. Buat sub-tajuk untuk perenggan yang berjela agar pembaca terus dapat idea apa yang ingin diperkatakan.
4. Setiap perenggan biarlah terkandung 1-3 ayat sahaja. Terlalu banyak ayat menakutkan pembaca untuk membaca dan pembaca akan suspek penulisan itu berat isi kandungannya.
5. Mudahkan hidangan kita. Lainlah jika kita hendak makan seorang diri (lebih baik buat diari dan peribadikannya).
*update
Entri ini kena hentam oleh Puan ZZZ. Entah saya pun tak faham dengannya. Mungkin cara saya menyapa di blog peribadinya salah. Niat saya hanyalah untuk menyatakan pandangan saya terhadap blognya. Juga ingin membuat kawan. Namun saya lihat dia lebih berat sebelah. Kurang menerima pandangan lain.
Oh biarlah.
Dunia blog memang begitu. Ada orang suka dan ada orang tidak suka. Saya berlapang dada untuk itu.
~Biarlah dia denga labu-labunya~
2 mengomel
@Puan smRose
Pada awalnya ingin sahaja saya biarkan entri begitu tanpa 'catatan lanjut', namun saya ada sebab buat begitu.
Saya dapati blog yang tidak buat catatan lanjut akan menyusahkan pencari di blognya nanti. Contoh di butang 'search'. Nanti akan keluar senarai panjang entri. Sukar nak baca apa yang sedap mata memandang.
Untuk memudahkan pembaca, saya kecilkan skop bacaan.
Untuk taktik ini, paling penting tajuk dan pendulu yang mampu memancing pembaca untuk klik 'catatan lanjut'.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon