Isnin, 6 Mei 2013

PRU-13 - Dimanakah Hagemoni Melayu?

Alhamdulillah selesai juga PRU ke-13 kali ini. Banyak perkara terkejut yang berlaku. Ada yang menang dan ada yang kalah.


Dilihat kaum Cina menyokong DAP sepenuhnya. Memang seperti yang dijangka kaum Cina kini beralih arah kerana faktor kerajaan BN terlalu lemah. Terlalu bergula-gula yang sendiri memakan diri. Tak dinafikan DAP memang memperjuangkan hak kesamarataan dalam semua perkara hatta agama. Zakat untuk tokong, kuil dan gereja?

PAS pula kelihatan masih jauh lagi dalam menguasai Malaysia. Setakat kubu kuat mereka di Kelantan ok lah. Tiada masalah. Lain Kali Lah kuasai Malaysia demi negara berkebajikan, mungkin? Atau mungkin silapnya mereka berkawan dengan syaitan menyebabkan orang zalim menang? Konspirasi yang masih tidak dapat dirungkai.

PKR? Rasanya  ahli-ahlinya akan bergabung dengan DAP apabila DSAI sudah tiada. Kepimpinan di bawahnya tidak ramai orang Melayu juga bukanlah orang kuat Melayu dan Islam. Susah nak jangka parti begini. Tempat-tempat yang mereka bertanding kebanyakannya dimenangi oleh kaum bukan Melayu.

Selangor, geng PR menang. Susah BN nak masuk sebab teknologi berkembang pesat di Selangor. Setakat Media Prima dan RTM, saya tak rasa mereka dapat mempengaruhi orang Selangor dengan mudah. Teknik pemasaran yang lemah. Itulah sebab terlalu banyak duit sampai boros buat lagu 'BN sayang Selangor'. Huh!?

Kedah, seperti dijangka dapat kembali ke tangan BN. Di sana ada beberapa kes yang tidak dapat dielakkan oleh pimpinan PAS Kedah. Itu, kenalah baca blog orang lain ya kenapa PAS di Kedah lemau.

Pulau Pinang? Seperti yang saya katakan tadi, roket terus terbang tinggi menawan Pulau Pinang. Nampaknya situ menjadi kubu kuat orang Cina kini. Queens Bay, menjadi tempat amoi-amoi cantik melepak. Heh.

BN menang mudah di Parlimen. Sarawak dan Sabah banyak membantu mereka. Entah kenapa hati ini rasa lega dan risau. Lega kerana ada yang menang, risau kerana ada yang hilang.

Orang Melayu pula asyik bertelagah, itu usah cakap. Orang Malaysia boleh tahu apabila mula mengenali dunia gelap politikus tak matang Malaysia. Di alam maya sehinggalah alam realiti. Ada yang sedar tetapi mengabaikan kesepakatan hanya kerana ego.

Di manakah hagemoni orang Melayu di tanah asal mereka sendiri nanti?