Jumaat, 24 Mei 2013

Dunia yang mengecewakan

Dunia. Sering ia diingatkan bahawa penjara buat yang beriman, syurga buat yang kafir.

Janganlah kita letakkan hati kita kepada dunia. Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat kita menanam amal ibadah. Akhirat kelak tuaian kita itu.

Sedang saya berehat di bilik saya terdengar bunyi hon kereta di bawah kuarters dan dum.. bunyi hentakan kecil kedengaran.

Saya lihat sepasang suami isteri keluar dari kereta honda putih. Saya lihat seorang remaja lelaki dari jauh berbaju merah di panggil oleh suami itu.

"Woi! Nak lari mana! Mari sini!" jerit lelaki berbaju hitam berbelang putih itu. Saya tak dapat lihat dia menaiki motorsikal ataupun kereta.

Remaja itu datang perlahan mendekati kereta putih itu.

Dibeleknya plat hadapan kereta tersebut.

"Sorry bang, saya tak perasan tadi."

Saya tak pasti apa yang langgar apa, tetapi yang saya tahu kereta honda putih itu patah plat hadapannya. Mungkin akibat terlanggar kereta remaja itu.

"Kau buta ke, ha? Bawa kereta pun tak reti ke? Pakai main brek je. Ingatlah orang belakang!" jerit si isteri sambil mendukung anak perempuannya. Terus dia membebel lagi sambil budak itu duduk diam membelek plat keretanya.

Pelik kan? Kemalangan yang tidak melibatkan nyawa. Hanya benda kecil sahaja tetapi manusia boleh bergaduh. Hilang adab sebagai seorang wanita. Gah bagaikan emak yang kehilangan anak. Terus menghamburkan kata cacian dan makian kerana nafsu amarah menguasainya.

Mereka melepaskan budak itu dengan bebelan. Saya lihat si isteri terus membebel di dalam kereta. Si suami hanya diam. Habis rosak hari pasangan suami isteri itu hanya kerana kerosakan plat kereta yang tak sampai puluhan ringgit, jika dibaiki. Dan mereka memilih untuk kekal mengingati peristiwa ini sebagai peristiwa memeritkan di pagi Jumaat mereka.

Dunia. Bagi yang masih alpa dengannya, terus ralit memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya. Terus terasa walau sedikit barangan milik mereka di dunia rosak. Terus kecewa. Terus menangisinya.

Akhirat... siapakah yang tahu bahawa itu lebih kekal selamanya?

3 mengomel

akak pernah balik dari rumah kakak akak pada waktu lewat petang.. singgah sebentar di petronas untuk bersolat magrib memandangkan waktu magrib dah masuk.. masa habis solat, tiba-tiba ada sebuah kereta proton lama reverse kereta dia dan langgar bahagian tepi kanan kereta akak, masa tu adik akak berada dalam kereta sebab uzur.. terkejut juga akak masa keluar dari surau, kereta akak dah kemek.. orang tu dan isteri dia terus minta maaf pada akak sebab dia tak perasan katanya.. akak tengok kereta akak kemek je, bila orang dah minta maaf tak jadi pula akak nak marah dia.. tengok pula 3 anak dia masih kecil.. dia berterima kasih pada akak sebab tak minta apa-apa bayaran pun pada dia..

Redha. Dan nampaknya puan menguasai kemahiran itu. Tahniah. (y)

Kwn sy pnh bercerita, jika Mat Salleh yg kemalangan, dia hanya tunjuk isyarat bagus dan berkata "nevermind". terus berlalu pergi.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon