Selasa, 7 Mei 2013

Hujan

Aku menunggu di surau. Hujan lebat di luar ini. Mungkin Syahmi tidak sempat datang ke sini. Timbul satu perasan kasihan pula jika dia meredah hujan hanya untuk berjumpa dengan aku.

Kami bukanlah rakan baik. Kenalpun hanya seketika di surau. Itupun semasa hujan dia singgah berteduh di surau fakulti. Aku baru selesai solat Asar ketika itu.

"Assalamualaikum," tegur Syafiq semasa aku sedang memakai kasut di luar surau.

"Waalaikumussalam," balas aku.

Dia tersenyum sambil duduk bersebelahan aku.

Entah kenapa boleh pula aku berborak mesra dengan dia. Walhal kami baru sahaja kenal. Mungkin dia ada bakat dalam berbicara. Terasa mesra sahaja setiap patah bicaranya.

Perkenalan itu aku ingat hanya kekal di situ sahaja. Yelah. Dia pelajar kejuteraan manakala aku pelajar ekonomi. Apa kaitan antara kami?

Hujan di luar semakin lebat. Aku doakan agar Syahmi selamat.

"Riduan, kita jumpa nanti ya di Surau An-Nur. Sudah lama kita tidak berbual." Telefon Syahmi pagi tadi.

Aku tahu dia ada masalah. Pasti ada sesuatu yang dia ingin diceritakan kepada aku. Selalunya begitulah sifat dia yang pendiam.

Mungkin dia boleh mesra dengan semua orang tetapi aku tahu jauh di sudut hatinya dia mempunyai masalah yang lain. Memanglah dia tidak memberitahu aku secara terus, tetapi aku ada firasat. Mungkin firasat sebagai seorang rakan yang cuba memahami kehidupan orang lain.

Pertemuan kami kerap kali di surau ini. Kolej kediaman kami sungguh jauh jaraknya. Al-maklumlah dia di fakulti Kejuteraan duduk khas di Kolej Kesepuluh.

Aku pula di fakulti Ekonomi dan Pengurusan ini pula di Kolej Keenam. Jarak kolej kami sama seperti jumlah  nama kolej kami ditolak. 4 KM bukanlah jarak yang dekat bagi yang berjalan kaki.

Surau An-Nur yang berada berdekatan perpustakaan ini selalu aku lepak sebaik sahaja kelas tamat. Lagipun kelas aku banyak habis pada lewat petang. Sempatlah aku menunaikan solat Asar di sini.

Syahmi pula kerap kali ke perpustakaan. Rajin orangnya.

Bunyi rintikan mula kuat bagaikan batu menghentam surau ini. Aku memejam mata mendoakan keselamatan Syahmi. Bunyi guruh sahut menyahut di luar sana.

Sedang aku asyik berdoa, aku terasasentuhan di belakang aku.

"Assalamualaikum." Terukir sebuah senyuman di muka Syahmi.

Aku menjawab salam, "Eh masuklah. Kenapa duduk di luar?"

"Tak apalah," kata Syahmi.

Aku mengerti. Pakaiannya basah kuyup. Aku keluar duduk bersamanya di kerusi yang tersedia.

Kami berdua hanya tersenyum. Aku hulurkan tisu kepadanya.

(bersambung)

2 mengomel

betul tu. kerja kuat dan hasilnya menjadikan kita bersyukur. sekadar pandangan nipis saya.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com

tersilap taip komen plak. minta admin deletekan ye?

Nice story. gaya penceritaan yang menarik. buatkan saya terasa nak tahu kisah selanjutnya. teruskan tuan.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon