Isnin, 13 Mei 2013

Demi Dhuha

Sebuah kereta Honda Sivic  erhenti di hadapan masjid. Kelihatan seorang wanita bertudung labuh keluar dari pintu kanan kereta.


"Maaf ya Prof. Saya ingin menunaikan solat 2 rakaat dahulu," kata Sakinah kepada Asmah.

Asmah mengangguk sahaja. Dia duduk seorang diri di dalam kereta memikirkan apalah yang Sakinah lakukan itu. Bukankah sudah melepasi waktu Subuh? Bukankah haram untuk solat selepas waktu Subuh? Walaupun dia jahil agama, tetapi asas ini dia masih tahu.

Selepas 15 minit berlalu pintu kereta kanan dibuka. 

"Awak solat apa, Sakinah?" Berkerut muka Asmah cuba merungkai persoalan di benak hatinya itu.

"Solat Dhuha." Sakinah hanya tersenyum.

Muka Asmah menunjukkan dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas Sakinah itu.

"Sejak saya masuk sekolah asrama, saya dididik untuk mengerjakan solat Dhuha. Rezeki yang kita dapat ini Prof. bukanlah atas usaha kita semuanya. Kita perlu ingat bahawa rezeki ini semuanya kurniaan Allah. Jika Allah tak berikan kepada kita, manakan kita akan dapat merasa selesa seperti ini. Hatta kesihatan itu rezeki buat kita. 

Solat Dhuha adalah pembuka rezeki kepada hari kita. Rasullullah SAW tidak pernah meninggalkan solat 2 rakaat di waktu pagi selepas Subuh. Dan solat itu adalah solat sunat Dhuha."

Asmah terkesima seketika. Selama ini dia hanya memikirkan pangkat yang dia dapat. Menjadi seorang pensyarah berpangkat Profesor adalah idaman buat sesiapa yang terjun dalam dunia akademik peringkat tinggi.

Selalu dia banggakan bahawa segala pencapaiannya ini atas usahanya sendiri. Dia bekerja siang malam menyiapkan KPI nya. Hasilnya, dia mendapat pangkat Profesor sekarang.

Kata-kata yang Sakinah lontarkan tadi memberi kesan kepada dia.

Hatinya disapa hidayah. Kesedaran mula datang kepadanya. Patutlah selama ini dia lihat Sakinah tenang sahaja walaupun selalu dilanda dugaan. Dia seperti tahu ada kuasa yang mampu menolongnya.

Kini barulah Asmah mengerti. Kuasa itu adalah kuasa Tuhan yang maha agung. Tuhan yang memberikan rezeki kepada hamba-hambanya.

Sungguh selama ini dia bongkak tidak cuba memahami dari manakah segalah nikmat yang dia dapat ini.

Suasana menjadi hening seketika.

Beberapa titis air mata kesedaran keluar dari matanya. Asmah cuba memandang ke kanan. Mengalihkan mukanya daripada dipandang Sakinah. 

"Jom Prof. kita bergerak pergi ke seminar. Kita tidak mahu nanti para peserta menunggu kedatangan kita pula. Biar kita datang awal, boleh menjadi contoh buat mereka," kata Sakinah lembut.

Sakinah tahu nasihatnya itu sudah meresap ke dalam hati penerimanya. Menjadi tanggungjawab seorang muslim menasihati muslim yang lain. Manusia ini perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Sakinah berpura-pura tidak melihat muka Asmah. Dia memandang luar tingkap.  Dia tahu ego Prof. Dr. Asmah, dekan Fakulti Sastera dan Linguistik, bukanlah mudah untuk diturunkan. Cukuplah dengan sedikit nasihat itu agar ia dapat sampai terus kepada hati si pendengar.

Enjin kereta dihidupkan kembali. Kedengaran deruan enjin berlalu pergi dari Masjid Iskandariah.

3 mengomel

alhamdulillah sampai dah dakwah si Sakinah...mmg bagus solat sunat dhuha ni.dan pernah seorg ustaz berkata..kalau nak solat dhuha di office,kena minta izin bos.kak lea sllu dtg awal dan sempat solat time kerja tak menimbun di pagi hari...

Emmm. alhamdulillah saya pun mula bersolat dhuha setelah di beritahu teman sekerja, dan sememangnya kita kena sedar bahawa segala2nya adalah dari Dia yang menjadikan kita. Setelah mula bersolat Dhuha, alhamdulillah banyak perbezaan yang saya dapati dibandingkan dengan ketika saya tidak mengamalkan solat ini.

@ ||aLeaSaRa|| MyFreeMinded
Alhamdulillah, puan mengamalkan amalan solat sunat terbaik.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon