Memaparkan catatan dengan label dokumentari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dokumentari. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

Dihempap Lembaga Hitam Ketika Tidur



Kisah hantu menghempap ketika tidur banyak sekali dilaporkan. Terutama ketika saya masih lagi belajar sebagai mahasiswa.

Rupanya ditindih ini tersebar di seluruh budaya di dunia. Wahhh! Dan video ini menerangkan secara saintifik apa itu ditindih oleh lembaga!

Isnin, 15 Julai 2013

Ladang Pertanian di dalam Sekolah



Saya tertarik dengan video ini. Di England, mereka membina sebuah ladang di dalam sekolah mendidik pelajar mereka erti di mana makanan sebenar datang. Sungguh bermaklumat!

Selasa, 9 Julai 2013

Membaca mampu mengelakkan ketuaan



Tertarik saya untuk meletakkan video ini dalam blog. Antara kelebihan membaca menurut kajian dalam video ini adalah ia mampu mengurangkan kesan tua kepada orang tua.

Lagi banyak membaca, lagi sihat otak subjek.

Jadi apa lagi, kurangkan menonton sinetron, banyakkan membaca novel. =) Cerpen pun ok.

Khamis, 6 Jun 2013

Apabila Rasulullah berada di hadapan aku...


Sedang saya membelek video di Youtube, saya terjumpa set playlist video Law Kana Bainana. Alhamdulillah, ia lengkap dari musim pertama hinggalah ke musim kedua.

Tiap kali menonton video Law Kana Bainana, hati ini pasti tersentuh. Ahmad Sughairi selaku pengacara akan bertanya "Seandainya Rasulullah berada seminit di hadapan kamu, apa yang ingin kamu ucapkan kepada baginda?" Ya Rasullulah, apakah yang ingin aku ucapkan jika engkau di hadapanku? Sesungguhnya aku ini masih jauh lagi memahami daripada apa yang engkau ajari.

Pengacara video ini mampu membawa penonton mengenali peribadi sebenar Rasullulah. Jika sebelum ini kita asyik belajar di ruang kelas tanpa cuba memahami sebenar perilaku Rasullullah SAW. Mungkin video ini membuatkan kita ingin kembali mengingati nabi kita yang terakhir.

Alhamdulillah, video ini mempunyai sarikata bahasa Inggeris. Bolehlah untuk penonton menontonnya dengan kefahaman. Saya rasa tiada masalah untuk kita, rakyat Malaysia, faham sarikata BI yang dilampirkan.

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad SAW.

Ahad, 2 Jun 2013

Mengapa bahasa Alien mudah menguasai diri?



Mungkin video ini boleh menerangkan sedikit tentang perilaku sesetengah penulis (baca: blogger) yang suka guna bahasa Alien. Manusia boleh membaca dan menangkap tatabahasa untuk kefahaman mereka. Namun ini bermula dengan pembelajaran bahasa yang betul.

Kemudian apabila sikap malas itu ada, lalu muncullah keadaan di mana adanya bahasa SMS?(erk1?)

Ahad, 26 Mei 2013

Tanduk Narwhal


Saya tertarik bagaimana tanduk Narwhal boleh dijual dengan harganya 10 kali lebih tinggi berbanding emas, dengan berat.

Tanduk ikan Narwhal seakan tanduk unicorn. Mungkin mitos kuda unikon berasal daripada nenek moyang Narwhal?

Khamis, 23 Mei 2013

Apabila Syeikh Botak berkata mengenai pemasaran



Seth Godin, pakar pemasaran memberi pandangan beliau tentang pemasaran dan perniagaan. Menarik bagaimana temubual ini membincangkan aspek-aspek penting pemasaran seperti seni, kreatif, mewarna, melukis, percakapan, dan macam-macam lagi.

Temubual yang baik untuk ditonton buat siapa yang serius dalam berniaga dan memasar.