Matanya aku lihat putih. Tiada cahaya lagi kelihatan di matanya. Dia tidak seperti dahulu. Ceria selalu. Kini hanya mampu duduk diam di hujung katil memandang keadaan di luar tingkap.
"Aisyah, mari, ada kawan kamu datang," kata Mak Nab kepada anaknya.
Kelihatan sekujur tubuh berbaju kurung cokelat, longlai keluar dari bilik sambil dipimpin oleh susuk ibu tua.
"Apa khabar Aisyah. Sudah lama kita tidak bertemu." Aku menyapa sambil bersalaman dengannya.
Aisyah hanya tersenyum sahaja sambil menyambut salam aku. Daripada ibunya, aku dapat tahu yang dia selalu termenung sejak menerima rawatan kemoterapi. Bualannya pun tidak semeriah dahulu.
Hati aku ini sedih melihatnya. Kami kawan rapat sejak sekolah rendah lagi. Mula berpisah apabila Aisah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Aku pula kekal di Sekolah Menengah di kampung kami.
Aisyah pandai orangnya. Apabila dia pulang dari sekolah asrama kami selalu duduk berbual dan berbincang sambil mengulangkaji pelajaran kami. Dia sekolah asrama jadi pembelajarannya lebih laju dari sekolah biasa.
Apabila masuk ke peringkat menara gading, Aisyah yang meminati bidang kejuteraan masuk pula ke Universiti Malaysia Pahang setelah tamat diploma politeknik di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Aku pula sambung pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang sastera. Sains bukanlah bidang yang paling aku boleh kuasai. Lebih baik aku teruskan minat aku untuk menjadi cikgu sastera.
"Aisyah, ini sedikit buah tangan yang aku bawa. Makanlah. Aku dengar kamu kurang makan sejak menerima rawatan kemoterapi," ujar aku.
Aisyah masih diam. Dia hanya meangguk tangannya mencapai beberapa biji buah naga yang ada di dalam plastik kuning.
"Biar Mak Nab kupas ya Erin. Nanti kamu berdua boleh makan." Mak Nab berlalu pergi ke dapur.
(bersambung)
Ahad, 26 Mei 2013
Putih matanya
Artikel Terkait
- "Tidak. Aku tak mahu turut terlibat dalam apa-apa perancangan ini." Aku bingkas bangun in
- Manusia selalu leka dengan apa yang mereka kerjakan. Mereka terlalu asyik dengan diri se
- Orangnya hitam manis. Badan biasa sahaja. Tingginya tiga per empat pintu rumah. Selalu de
- Awang keluh kesah di hadapan laptopnya. Tiada daya dia ingin mencuri, namun hati dia teta
- Maafkan aku kawan. Aku tak dapat nak menegur kau seperti yang engkau mahukan. Aku takut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
menarik.. cerita ini untuk novel atau cerpen?
Saya masukkan dalam kategori cerpen, puan.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon