Ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Mengajar aku erti kepayahan,
Erti menunggu dan sabar,
Ibu,
Engkaulah yang mengajar aku erti berdikari,
Meniti hari aku membesar,
Memeluk aku semasa aku masih kecil...
---
Lagu 'Ibumu' nyanyian budak-budak menyentuh hati saya apabila ia mula berkumandang di saluran TV1 dan TV2.
Ia menggamit memori kesedihan dan kegembiraan seorang anak mengenangkan ibunya. Bukankah Rasul menyuruh kita berbuat kebaikan kepada ibu kita dahulu selepas Allah dan beliau? Ibumu, ibumu, ibumu, dan kemudian barulah bapamu.
Hari Ibu memang dikatakan patut disambut setiap hari. Tapi saya suka konspirasi menyambut hari Ibu setahun sekali. Biar ibu saya dilihat istimewa pada hari tersebut.
2 mengomel
Rasa pelik bila seorang pendakwah bebas kata haram sambut hari ibu. Katanya sambutan orang kafir. Alahai..
Mungkin kerana mereka tak bisa menggunakan Google.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon