Pengalaman mengajar Sains #2

2 bualan
Pin It
(sambungan kisah Pengalaman mengajar Sains)

Dari awal pagi sehinggalah lewat petang saya rujuk buku rujukan PMR yang saya beli minggu lepas. Saya cuba memahami tajuk 'Pembiakan' agar mudah untuk saya sampaikan ilmu yang ada kepada bakal pelajar saya nanti.

Yelah, saya tak nak nanti tersilap mengajar pada sesi pertama saya ini.

Buku matematik tidak saya rujuk sangat. Kerja mudah sahaja untuk ajar matematik ini.

Yang penting saya fokuskan kepada Sains nih.

Saya datang awal ke Pusat Tuisyen. Cadangnya nak merisik berapa orang pelajar saya dan siapakah mereka.

"Assalamualaikum kak," sapa saya. "Berapa orang pelajar perlu saya mengajar sebenarnya kak?"

"8 orang sahaja dik. Tak banyak. Ini kertas latihan yang kami sediakan. Adik akan ajar matematik dahulu kemudian diikuti Sains."

Alhamdulillah, syukur. Nasib baik matematik mula dahulu. Tak perlu pening kepala nak terang istilah-istilah pelik.


Tajuk Pembiakan pemula pengajaran saya sebagai
guru tuisyen Sains tingkatan 3.
Tetapi dalam hati ini mengomel sahaja mengapalah cikgu tuisyen sebelum ini berhenti setakat tajuk 'pembiakan' sahaja.

Saya masuk dan lihat hanya ada dua orang pelajar lelaki sahaja. Yang lain perempuan. Gulp. Tak apa, tak apa. Tenang sahaja Wong, cubaan saya memujuk diri ini. Lagipun bukankah kamu sudah pernah mengajar budak sebelum ini?

"Baiklah. Saya perkenalkan nama saya Wong," sambil saya mencoret nama saya di papan putih.

"Saya akan mengambil alih tugas Cikgu Atiqah sebelum ini. Baik. Kita mulakan dengan matematik dahulu."

Saya lihat buku rujukan kecil saya. Terdapat 5 peraturan untuk bab indeks ini. Mudah sahaja. Saya tuliskan peraturan itu di papan putih. Kemudian minta para pelajar membuat latihan.

Kadang-kala saya mencelah dengan menyatakan beberapa soalan pelik kepada mereka. Contohnya 2^0 = ?

Ramai yang menjawab 2. Saya lihat kebanyakannya meneka sahaja.

Jawapannya 1.

Ada lima minit sebelum masuk pukul 7 petang. "Kamu semua boleh rehat 5 minit."

Terus saya capai buku Sains PMR di meja cikgu dan membaca apa yang patut.

Bertambah lagi bilangan pelajar untuk subjek Sains ini. Juga seorang pelajar perempuan. Aish.

"Can I know at what sub-topic the previous teacher has covered?" tanya saya dalam BI.

Al-maklumlah saya lihat beberapa pelajar di situ aktif bersembang bahasa Inggeris dengan rakan-rakan mereka.

"We haven't learn about menstrual cycle," jawab seorang pelajar perempuan yang duduk di meja barisan hadapan.

Tenang Wong.

"Alright." Tangan saya ligat melukis bentuk bulat dan membahagikan 4 bahagian di dalamnya.

5, 6, 5, 12, tulis saya dalam setiap bahagian dalam bulatan itu.

Saya lihat mereka semua seperti tiada apa-apa apabila saya mengajar tentang kitar haid. Mungkin kerana mereka telah mendengarnya di sekolah.

Pelajar lelaki pun muka biasa sahaja. Tidak ada yang tersipu-sipu mendengarnya.

Terus, saya ajar sahajalah (saya langkau cara mendapatkan bayi dan hanya menerangkan bagaimana bayi terbentuk) sehinggalah masuk kepentingan mengetahui sistem pembiakan manusia.

Saya dengan berani menerangkan 6 kaedah mencegah kehamilan. "First is condom, pills, vesectomy, bla bla bla".

Huh. Beberapa orang pelajar perempuan tersenyum sahaja.

Saya teruskan sahaja tanpa ada pengulangan. Tak tanya langsung "Do you understand or not?"

Takut nanti diminta ulang pula.

"Now we go with plant parts".

Alhamdulillah selesai untuk 'bahagian susah'.

Saya tak sempat nak ajar bahagian tumbuhan pula kerana jam dinding di atas papan putih telah menunjukkan pukul 8.

"See you all next week. Thank you."
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia