Memaparkan catatan dengan label master. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label master. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

Taqiyyah Syiah di Fakulti Pertanian UPM

Saya melihat di jendela di bilik siswazah. Angin bertiup sepoi bahasa hari ini. Elok suasana di luar. Saya menoleh melihat sekeliling bilik pula. Kosong.

Bilik siswazah yang saya duduki tidak banyak penghuninya. Semua datang dan pergi. Minggu lepas, Oghef anak lelaki Muhammad Karbalei telah kembali ke negara asalnya iaitu Iran.

Saya hanya tersenyum memikirkan perbualan saya dengan Man beberapa hari sebelum dia pulang.

"Man, pelik la. Aku nampak si Oghef solat di surau," kata aku kepada Man.

"Eh? Biar betul. Aku dengar bapanya Kristian."

"WHAT!?" Saya terkejut mendengar berita ini.

"Ya. Kak Ina yang bagitau aku."

"Takkanlah. Nama dia bukankah Muhammad?"

"Hello. Nama tak melambangkan agama."

Saya terdiam seketika. Takkanlah. Mana mungkin orang Kristian akan menggunakan nama Muhammad. Takkan sekali dan tak pernah sekali saya mendengarnya.

Lagipun saya pernah melihat Muhammad solat di surau.

"Kemudian aku lihat si Oghef bangun selepas tamat solat Zuhur. Aku rasa dia solat Asar pula. Syiah suka jamak solat. Ketika rakaat terakhir aku lihat dia menepuk-nepuk peha sama seperti warga Iran lain solat."

Man hanya mengangguk, endah tak endah dengan perbualan kami.

Hendak dijadikan cerita, keesokannya saya terlewat solat. Ketika tiba di surau jam 2.30 petang, saya terlihat kelibat Muhammad solat. Mata saya terbungkam. "Sah taqiyyah mamat ni," kata saya dalam hati.

Entah apa pula akan dia jawab jika saya bertanya kepadanya, "What is your religion, Muhammad."

Rabu, 24 Julai 2013

Pensyarah MIT yang Cool!



Tugas seorang cikgu menceriakan suasana kelas. Saya pernah menjumpai pensyarah begini. Sehingga kini saya masih ingat apa yang telah beliau ajarkan. Sungguh!

Saya suka pensyarah bercerita dan bukannya bersyarah (walaupun saya tahu dalam istilah pensyarah daripada masksud syarah!)

Dan, saya ingin menjadi seperti beliau. Menyampaikan ilmu seikhlas mungkin agar anak murid saya faham.

Selasa, 23 Julai 2013

Mendapat Tukul Thor daripada SV

Kelmarin saya mendapat SMS daripada SV saya. Hati saya berdegup kencang. Selalunya jika beliau SMS alamatnya ada la perkara yang ingin dibincangkan. Dan bukan semuanya khabar baik.

"Salam. Wong, di mana kamu? RVSP saya esok."

Aiseh. Dr. dapat kesan saya tidak hadir ke bilik siswazah selama seminggu. Minggu lepas saya balik kampung untuk merawat sakit mata saya. Saya sudah tawar hati dengan beberapa khidmat Dr. di PKU. Yelah mereka bukan pakar mata.

Ibu mencadangkan saya balik ke kampung dan merawat di sana.

Tepat 9 pagi saya masuk ke bilik siswazah meletakkan barangan saya. Saya lihat bilik SV saya berkunci. Lebih elok saya tunggu sehingga beliau ada sebelum berjumpa dengannya.

Sedang saya membuka laptop, kedengaran suaranya. Ahah. Beliau sudah hadir.

Bergegas saya pergi berjumpa dengannya.

"Ha! Mi, apa cerita?" soal beliau.

Entah kenapa, beliau selalu menggelar saya Mi. Serius nama saya langsung tiada gabungan M dan I secara bersebelahan!

"Errr. Begitu la Dr." jawab saya pula.

"Ada update terbaru? Sudah pecah batu bata simen? Berapa kg?"

"Tak sempat Dr. Saya balik kampung merawat..."

"No no no. I don't want to hear excuses."

Alamak. Saya tahu saya sudah tersilap langkah berbicara. Yelah. Sebagai seorang ketua saya juga mahu mendengar "siap" daripada anak buah saya. Alasan hanya buat si pemalas.

"Itu lah kamu ni. Bila nak maju?"

"Ok Dr. Saya akan update nanti." Cepat saya mengatakan ya bagi menamatkan perbualan ini. Berdasarkan pengalaman, beliau pasti akan berleter panjang. Menasihati. Uhuks. Kalau orang muda jarang nak dengar ni!

"What I want to hear is 'done'."

"Ok Dr. Saya faham." Sambil saya mengundur diri ke belakang. Perbicaraan perlu cepat tamat!

"Kamu pecah bata guna apa?"

Saya berhenti seketika. Berfikir jawapan apa nak diberikan. Saya tak mula apapun!

"Tukul kecil diambil dari rumah saya."

"Tak apa. Kamu guna tukul kita. Lagi besar." Beliau bangun dan menyuruh saya mengikutinya mengambil peralatan dari makmal.
Yeah! Kini saya ada kuasa memecahkan bata simen!

"Nah tukul 2 kg. Cukup? Atau kamu nak lebih besar lagi?"

2 kg? Oh ini sudah memadai. Tak perlu besar sangat. Lainlah kalau saya ingin memecahkan dinding fakulti ini!

Saya hanya mengangguk tanda 'ini sudah ok'. Tak mahu bicara banyak. Takut nanti banyak lagi disoalnya.

Petang itu saya menukul. Dengan tukul 2 kg ini sahaja sudah boleh memecahkan batu bata yang saya kumpul (baru 2-3 ketul).

Selasa, 4 Jun 2013

Penafsiran perilaku yang tak signifikan

Alhamdulillah. Saya baru sahaja selesai membentangkan draf cadangan projek sarjana saya.

Beberapa orang pensyarah hadir termasuklah penyelia saya sendiri. Begitu mesra mereka menasihati dan memberi komen kepada projek para peserta pembentangan.

Para pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah memberi komen
bernas dapat membantu projek pembentang seminar.
Ini termasuklah Prof. Khanif. Sangat mesra orangnya.

Ketika di meja makan setelah sesi pagi habis, saya dan rakan-rakan berbual-bual kosong tentang pensyarah.

"Eh, kau tau Prof. Khanif ni kalau di luar sahaja nampak mesra. Kalau jumpa di bilik dia lain pula."

Kami pandang pelik Cik Yah. Nampaknya ada gosip terbaru.

"Pernah satu kali tu aku pergi ke bilik dia untuk menghantar surat. 'Masuk. Subjek apa?' kata dia. 'Tak lah. Saya datang nak hantar surat,' jawab aku. 'Oh? Letak di atas meja,' kata dia lagi. Langsung tak pandang aku."

Terus aku mencelah, "Ish, tak signifikan langsung cerita kau ni."

Awan dan Limah tergelak mendengar celahan saya itu.

"Pensyarah lelaki memang macam tu. Mereka fokus apabila buat kerja. Kalau ada hal penting je pandang pelajar yang datang masa mereka fokus," ujar Awan pula.

Aku dan Limah angguk tanda setuju.

Nampaknya rakan saya ini suka membuat penfasiran yang tak signifikan.

Ahad, 26 Mei 2013

Penulisan tesis pantas oleh Dr OT


Saya tertarik dengan penyampaian oleh Dr. Othman Talib atau lebih dikenali sebagai Dr. OT di dalam blognya. Penulisan beliau santai dan bermaklumat. Banyak tips dan trik yang beliau tulis diblognya yang sama sekali dapat menjawab persoalan teknik penulisan ilmiah di minda sarjana saya ini.

Sepanjang menjadi pelajar sarjana, saya akui ada kalanya motivasi saya ini jatuh ada juga naik. Ditakdirkan oleh Allah saya terjumpa blog ini atas rekomen daripada pensyarah FBMK.

Amat berguna buat saya. Lagipun amat jarang sekali melihat pensyarah yang komited untuk melihat anak didiknya berjaya cepat tulis tesis.

Yelah. Apabila jumpa penyelia atau supervisor, mereka minta kami cari sendiri teknik terbaik tulis tesis. Mereka jarang berkongsi teknik-teknik yang mereka praktikan semasa mereka pelajar sarjana dahulu. (atau saya yang segan bertanya?)

Kalau ikut penyelia saya sekarang, beliau bagi sahaja saya buku teknik tulis tesis veris orang Puteh. Saya akuinya bagus tetapi tidak kena dengan budaya rakyat Malaysia.

"Itulah. Rakyat Malaysia bila nak maju kalau malas membaca?" Soala penyelia saya. Erk... Saya tiada komen untuk itu.

Di sini saya tabik sama Dr. OT kerana sanggup membuat seminar ke sana ke mari memperkenalkan teknik-teknik penulisan tesis segar. Kemudian saya lihat kursus yang beliau anjurkan hanya harga RM150 untuk sehari. Bagi saya itu sudah cukup murah berbanding kursus yang dikendalikan oleh orang Puteh.

Dan apa yang lagi mengejutkan saya, akan diadakan juga satu kursus istimewa dengan harga RM60 buat pelajar UPM. Inipun atas war-war seorang pelajar PhD di UPM di blognya.

Apa lagi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendaftar menambah ilmu. Untuk ini, saya tak kisah nak cekau duit.

Merungut atau diam?


Saya mendapat berita tentang satu kurus yang akan dibentangi oleh Dr. OT. Beliau terkenal dengan teknik penulisan tesis pantas dan pengurusan artikel dengan Mendeley.

Jadi, untuk itu saya sebarkan kebaikan ini bagi yang berminat.

Seperti saya katakan, yang berminat.

Tapi apakan daya, ada juga tangan-tangan gatal komen tanpa fikir.

--

Pengajaran: Di sini saya dapat simpulkan, kalau saya tidak tahu apa-apa, lebih baik saya diamkan. Ini agar tidak adalah dianggap dangkal dengan komen sebegitu rupa.

Jumaat, 17 Mei 2013

5 Perkara Penting saya belajar daripada Warren Buffett & Charlie Munger


Salah satu jalan pintas untuk berjaya adalah dengan melihat bagaimana orang berjaya mencapai kejayaan mereka. Kita mengkaji mereka berjaya dan kita mempraktikannya.

Tadi saya membuka emel dan meneri update terbaru daripada Leo Babauta, penulis blog Zen Habits.

Beliau bercerita tentang pengajaran kepuasan daripada Warren & Charlie:

5 kunci kejayaan:


  1. Cari apa yang mengghairahkan kamu. Warren memberi jawapan atas soalan apa yang beliau beri nasihat pada dirinya 50 tahun lalu. Beliau tidak berkata tentang seks, tetapi apa yang kamu buat untuk hidup. Sementara kita asyik mendengar "Lakukan apa yang kamu suka", ia berkata bahawa lakukan terbaik perkara yang kamu gembira buat. Jika ia mengghairahkan kamu, pasti kamu akan kekal lama pada jalan itu.
  2. Jangan risau apa orang lain buat. Charlie, seorang yang bijak, berkata salah satu kelebihan syarikatnya ialah tidak membandingkan diri mereka dengan syarikat lain. Terlalu ramai yang terperangkap dengan membandingkan diri mereka dengan kejayaan orang lain sehinggakan ia mempengaruhi pretasi mereka. Seterusnya mereka hilang kompas petunjuk mereka sendiri. Sebaliknya, fokus kepada prinsip-prinsip yang membantu kejayaan kepada anda, dan lepaskan keperluan melihat apa orang lain buat, dan perbandingan antara anda dan mereka.
  3. Ketahui kekuatan anda. Dua orang ini tahu limitasi mereka dengan baik. Mereka tidak melabur pada syarikat tekno, contohnya, kerana mereka tidak faham selok-beloknya. Dan sebaliknya mereka fokus kepada bidang kekuatan mereka. Dengan ini kekuatan mereka dapat menampung kelemahan mereka. Melepaskan keinginan untuk melakukan semua, dan gembira dengan fokus kepada yang sedikit, adalah lebih pelajaran kepuasan yang amat penting di sini.
  4. Sedikit dan kualiti terbaik. Warren & Charlie mengamalkan falsafah pelaburan "sedikit itu lebih baik", di mana mereka melabur pada benda-benda penting sahaja. Warren memberi cadangan agar pelabur membayangkan mereka ada punchcard dengan 20 lubang... apabila anda telah melakukan 20 pelaburan dalam kehidupan anda, punchcard anda telah habis digunakan. Jika anda melakukan ini, anda pasti melabur dengan berhati-hati.
  5. Ketahui apa yang kamu suka dan lupakan yang lain. Warren Buffet, salah seorang terkaya di dunia ini, mempunyai rumah sederhana dan kereta sederhana juga, dan makan makanan kegemarannya di restoran biasa sahaja. Walhal beliau boleh membeli lebih daripada itu, tetapi melepaskan segalanya kerana beliau tahu benda-benda ringkas yang beliau mahukan dalam kehidupannya. Beliau boleh memiliki banyak benda, namun beliau tahu beliau tidak perlukannya. Berapa ramaikan di antara kita melakukan perkara tersebut? Bergembira dengan apa yang kita ada, dan tidak risau dengan perkara lain yang boleh kita gembira lagi, atau apa yang orang lain gembira.


Pasti ada yang berkata, "Bolehlah untuk senang berpuas hati apabila kamu kaya dan berjaya," tetapi saya fikir anda terlepas isi penting di sini. Mereka berjaya kerana pengajaran ini.