Jumaat, 26 Oktober 2012

6 panduan terbaik komen di blog orang lain


Baru-baru ini saya tertarik untuk menukar domain blog saya ke wordpress. Banyak komen yang saya baca mengatakan wordpress lebih hebat berbanding blogspot. Lalu saya tertarik untuk mengenali lebih mendalam tentang wordpress.


Ketika saya membelek apa yang menarik di wordpress, saya terjumpa satu post menarik tentang tip-tip terbaik meninggalkan komen membina di blog orang lain. Ia ringkas dan padat.

Mari saya olah:

1. Jelas dan khusus. Apabila kita meninggalkan komen di blog orang lain biarlah ianya jelas dan khusus kepada apa yang dibincangkan. Contohnya, "Saya rasa tanam sendiri lebih elok berbanding beli. Buat apa beli kalau senang kena sakit?" Sebelum meninggalkan komen apa kata kita tanyakan soalan-soalan seperti ini ;  Adakah kita belajar sesuatu yang baharu? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan bersama? Adakah kita ingin menyuarakan sudut pandangan lain pula? Petik ayat penulis tersebut jika kita ingin memberi maklumbalas secara lebih khusus.

Kita suka baca tetapi tidak tahu hendak komen apa? Gunakan saha fungsi 'like'. (Wordpress ada menyediakan fungsi ini manakala blogspot tiada.)


2. Jangan tinggalkan pautan ke blog anda. Ia secara langsung mengotorkan reputasi anda sebagai seorang blogger. Anda boleh dianggap sebagai seorang spammer. Apabila anda meninggalkan komen, secara langsung pembaca boleh ke blog anda melalui profile blog anda. Jika komen yang anda letakkan menarik, bukan sahaja penulis blog akan melawat blog anda, malahan pembaca blog tersebut juga akan turut tertarik untuk melawat blog anda. Namun, jika anda meletakkan pautan ke blog anda, semestinya pandangan pertama mereka tentang anda sudah buruk. Jadi, elakkan diri anda di cop sebagai spammer atau lebih tepat sekali 'mencari populariti'.

3. Kekal pada topik. Jika kita rasakan apa yang kita baca dan ingin menambah pandangan atau komen pada topik lain, sila emelkan pada penulis blog. Ini supaya kita jaga adab kita apabila kita datang melawat blog orang lain.

4. Bersikap hormat-menghormati. Memang kadang-kala kita akan terasa marah apabila membaca post-post yang bukan-bukan, tetapi sila kekalkan adab kita. Walau apapun isi blog tersebut yang kita tidak setuju, kita tak sepatutnya menghina penulis itu. Jika ya pun, tinggalkan komen membina dengan ayat yang terbaik.

Jika kita jumpa komen bodoh seperti "ewww... apa tu...", "xnk tgl kt upm le cmni", "ape deer" dan sebagainya, biarkan sahaja atau terus buang dari senarai komen. Jangan buang masa layan perkara tidak bermanfaat. Kita berhak untuk menggunakan masa kita untuk perkara yang lebih berfaedah.

5. Pastikan ringkas dan padat. Komen yang berjela panjang tidak digalakkan kerana ia seperti mengatakan anda juga pandai menulis. Jika ingin komen lebih dari 3-4 ayat, buat satu entri khas untuk post penulis tersebut.

6. Gunakan bahasa yang betul. Menjadi satu budaya yang buruk buat orang Malaysia apabila meninggalkan komen dengan tulisan ringkas atau SMS. Papan kekunci komputer mempunyai 24 huruf, 10 nombor, dan lebih daripada 10 simbol. Kenapa masih amalkan tulisan SMS? Secara tak langsung ia menunjukkan minda kita yang masih pendek dalam dunia penulisan ini. Jika penulis tersebut bersusah payah menulis dengan bahasa betul kenapa kita, si pembaca, tidak boleh membalas budi dengan juga menulis penuh? Ini juga menunjukkan adab kita sebagai rakyat Malaysia. Dunia maya dan dunia realiti tiada bezanya. Kekalkan adab dan budaya Melayu yang sopan santun apabila datang ke rumah/blog orang lain.

Juga terdapat kecenderungan rakyat Malaysia menggunakan bahasa rojak. Ia juga satu petanda minda kita celaru. Kita terlalu ingin mengatakan kita ini 'funky' dan 'informal' atau kata lain 'orang muda' tetapi kita salah penggunaannya. Penggunaan bahasa yang betul melambangkan pemikiran kita di tahap mana. Apa salahnya tulis menggunakan BM atau BI secara penuh?

2 mengomel

Salam Wong..terima kasih kerana kongsikan tips ini..banyak yang saya jumpa kini orang yang komen diblog orang lain sekadar melepas batuk ditangga seperti komen 'entri yang sungguh menarin", "sangat cantik".."bagus-bagus"..mereka ini akan membuat komen pada banyak entri tetapi terlalu ringkas.

Wasalam puan. Saya setuju. Ini belum lagi 'I follow u, u follow me'.

Kerana itu yang penting dilihat semula niat kita dalam berblogging ni. Ramai blogger terkenal bukan kerana mereka ingin terkenal, tetapi mereka membina hubungan dari awal lagi bersama blogger lain.

Dulu saya macam tu juga. Al-maklumla tak terbaca etika komen ini. Alhamdulillah saya belajar sedikit demi sedikit. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon