Hujan renyai-renyai melanda keadaan sekitar bangunan itu. Sebuah bas berhenti di hadapan perhentian bas. Berduyun-duyun pelajar turun. Ada yang menggalas beg, ada yang menyandang beg, dan ada juga yang hanya membawa sekotak fail. Mereka memakai pakaian biasa. Pelbagai ragam dilihat di setiap wajah mereka.
Apa yang pasti mereka semua terus bergegas ke arah bangunan yang ada di situ. Nampaknya sesi kelas petang akan bermula sekejap sahaja lagi. Para pelajar lelaki dengan gayanya tersendiri berjalan sambil mengendahkan hujan yang turun.
Pelajar perempuan pula sudah mengeluarkan payung mereka. Jarak 10 meter nampaknya masih sempat untuk mereka menggunakan payung.
Sebuah kereta proton saga SE berwarna merah meluncur lalu pergi ke belakang bangunan itu. Terdapat parkir di situ. Enjin dimatikan. Keluar seorang wanita berjilbab kuning, berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil dengan warna putih menjadi latarnya. Wanita itu mengeluarkan begnya yang ada di sebelah tempat duduk pemandu. Dia berjalan perlahan-lahan ke bangunan itu. Dia selamat daripada rintihan hujan di bawah susur gajah yang ada di sebelah parkir keretanya itu.
Pintu bilik kuliah A-4 dikuak perlahan. Nampaknya para pelajar tadi sampai awal berbanding wanita itu.
"Assalamualaikum and good evening all." ucap wanita itu kepada para hadirin yang kini menumpukan mata sepenuhnya kepada dia.
"Waalaikumsalam," jawab beberapa pelajar berjilbab. Pelajar lelaki pula ada yang menjawab ada yang berbisik jawab.
"Good evening," jawab 3 orang pelajar lelaki bermata sepet.
"Alright, lets start our class now. Before that, I want to check attendance. Here we have 25 students."
"Wong, can you count for me while I handle some things here?" Puan Amirah sedang sibuk membelek beberapa kertas di meja yang baru sahaja dia sampai.
"Can teacher," jawab pelajar bermata sepet itu yang duduk serangkai dengan 2 pemuda bermata sepertinya juga.
"All 23 students."
"So who is not here?"
"Aiman and Huda."
"Huda is sick. She have fever this morning." terang Aisah, kawan baik Huda.
Puan Amirah mengabaikan sahaja kesalahan tatabahasa Aisah itu. Sudah saban tahun dia mengajar bahasa Inggeris masih juga ada pelajar yang lemah untuk menggunakan tatabahasa mudah itu. Perbezaan plural dan singular asyik mengelirukan pelajar. Mereka yang sudah belajar bahasa Inggeris lebih dari 10 tahun pun masih salah. Pelik.
"Then how about Aiman?"
Masing-masing hanya mendiamkan diri. Ada juga yang berpandang sesama mereka.
"Don't know." Entah pelajar mana yang menyahut soalan Puan Amirah itu.
Puan Amirah hanya menaikkan kening kirinya seperti pelakon Ziana Zain ketika berlakon filem Sembilu.
Dia meminta para pelajar mengeluarkan buku teks bahasa Inggeris yang menjadi rujukan mereka.
Kelas berlangsung seperti biasa. Namun, masih tidak siapa tahu di mana Aiman berada. Misteri yang mesti dirungkaikan.
(bersambung)
Rabu, 15 Mei 2013
Guru yang mengerti
Penulis 依之汉
Diterbitkan Rabu, Mei 15, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 mengomel so far
dimanakah aiman ???? saspen pulak rasanya....
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon