Isnin, 17 Disember 2012

CIMB penyelamat saya


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Setelah lama berfikir, saya tetap ingin jual duit 100 USD yang ada di tangan kepada ringgit Malaysia. Kali ini saya mencuba pula di bank tempatan iaitu di bank CIMB UPM.

Pada awalnya rasa cuak juga apabila si kerani bertanya kenapa tak ditukar sahaja di pengurup wang (money changer). Mereka akan beli lagi mahal. Saya hanya senyum dan jawab "malas dan jauh".

Yelah tu. Saya takut nanti mereka tolak sama seperti pengurup wang di Persint 15 ini.

Sudahlah kedai pengurup wang berdekatan bukan mudah dijumpai sini. Memang lah boleh cari di pusat beli belah, tapi saya ni agak malas sekarang nak pergi ke sana. Lagipun MINES itu bukan lah dekat dengan Putrajaya. Hampir 20 minit perjalanan dari UPM ke sana.

"Tak mengapalah. CIMB beli berapa?" tanya saya.


Sambil membelek skrin komputer di hadapannya, saya lihat tertera USD 1 = MYR 2.9870.

Alhamdulillah. Saya ucap syukur. Tak banyak bezanya daripada pengurup wang dulu. Saya hanya rugi RM 1.30 sahaja.

"Baiklah. Ini not USD 100 dan 500 Taiwan dollar," saya menyerahkan dua keping duit kertas asing kepada kerani yang bertugas.

"Maaf dik. 500 TD kami tak terima. Kami hanya ambil USD sahaja," kata dia sambil mengembalikan not 500 TD kepada aku. Tak laku?

Aku termenung seketika. Tak mengapalah. Aku masukkan not 500 TD itu dalam album sahajalah. Buat koleksi peribadi.

Kemudian kerani itu memberi aku sehelai kertas untuk diisi nama, no kad pengenalan, alamat, dan tandangan. Tertanya aku pula kenapa perlu isi perkara ini?

"Ini hanyalah prosedur biasa untuk kami tahu siapa jual duit asing," jawab kerani itu sambil mengisi beberapa borang di hadapannya.

Ah biarlah. Janji saya dapat jual not 100 USD inipun sudah baik buat saya. Saya ada keperluan lain untuk digunakan nanti apabila ia sudah terjual nanti....


Akhirnya saya pulang dari CIMB UPM dengan RM 298.70 berada di dalam dompet saya. Terima kasih CIMB kerana telah membantu meringankan beban saya ini.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon