Antara kualiti komen dengan kuantiti komen

10 bualan
Pin It

Bagi blogger, komen sememangnya dinanti-nantikan apabila satu-satu entri baru terbit. Mereka mahukan respon daripada pembaca. Adakah pembaca membacanya atau sekadar hanya meninggalkan ruang komen?

Bagi saya, saya dapati saya dapat tinggalkan komen terbaik apabila saya selalu mengikuti sesebuah blog. Contohnya blog Asrul. Saya dapat berikan komen yang terbaik lahir dari hati saya sendiri kerana saya telah lama mengikut blognya. Dan juga beberapa blog yang lain.

Apabila blogwalking, tidak semua komen saya tinggalkan pada entri terbaru empunya blog. Kadang-kala empunya blog hanya ingin berkongsi. Tidak mengharapkan komen.

Kenapa saya kata begitu? Sebab setiap tuan blog ada tujuan dia menulis. Sama ada untuk melepaskan tekanan emosi dengan menulis ataupun berkongsi pengalaman dan cerita. Kita tidak akan menulis sia-sia di blog, bukan?

Kita mahu apa yang kita tulis sampai kepada pembaca. Atau tak pun sampai kepada rakan-rakan kita. Ini hanyalah dapat diketahui melalui ruang komen.

Saya akan cuba terbaik meluangkan masa saya 5 minit untuk mencari sudut terbaik blog baru saya lawat. Ini agar komen yang saya tinggalkan dapat menjalinkan hubungan antara saya dengan empunya blog.

Bukanlah sifat saya untuk:

"wahhh! Nice. Thanks!"

"Betul tu. Setuju."

"Biasalah, kita perlu jaga adab bla bla bla"

"Oh begitu. Thanks!"

Kalau tidak apa dapat saya berikan, lebih baik saya diam sahaja. Mungkin nanti ada entri menari empunya blog, boleh lah saya komen. Atau citarasa kami (saya dan empunya blog) tidak sama dan sepadan.

Lalu, buat apa saya menjaja komen saya hanya untuk memberitahu empunya blog "Hei awak~ saya ada datang ke blog awak. Terima kasih ya datang blog saya (atau awak datang blog saya pula, boleh?)."

Oh. Itu bukan sifat saya.

Seperti saya katakan sebelum ini, terdapat etika komen yang orang Puteh telah gariskan. Saya lihat etika tersebut berguna buat panduan saya dan blogger lain (yang betul blogwalking untuk menambah kawan).

Saya guna prinsip 3R apabila hendak meninggalkan komen:

Respek (hormat)
Relaks (santai)
Ringkas

Saya respek (hormat) tulisan tuan blog. Saya tidak mencaci mahupun mengata. Jika tiada apa yang boleh saya kongsikan, saya biarkan sahaja.

Saya yakin entri empunya blog mestilah santai. Tidak mahu yang bersifat serius.

Juga, tak perlu panjang berjela sehinggakan rimas tuan blog untuk baca (melainkan jika ia betul perlu).

Biar kesan komen yang saya tinggalkan lain daripada lain. Biar empunya blog tahu, saya membaca dengan penuh perhatian dan saya kisah untuk membacanya sekali lagi jika dia membalas komen itu.

Bagi blogger, saya yakin anda faham maksud saya. Atau anda memang jenis 'blogwalking' tegar?

Hmmm.

Jadi adakah blogwalker tegar ini baik atau tidak?

Mereka baik, cuma mereka hanya suka melawat tapi bukan membaca atau menghayati entri sesebuah blog. Tidak lebih, tidak kurang. Jika betul menarik, mereka tinggalkan komen terbaik. Jika tak, komen ringkas sahajalah menapak di kotak komen.

Saya permudahkan hidup blogwalker ini untuk cuba 'dekat' dengan hati saya dengan menulis

  • Tajuk entri yang jelas
  • Pengenalan entri yang biasa, dan 
  • Kesimpulan yang ringkas
  • Isi itu biarlah yang betul ingin membaca menghayatinya
Maka bolehlah mereka cuba tinggalkan komen 'kualiti' di ruang komen dengan hanya baca pantas entri saya.

nota: Penulisan ini tidak saya tuju kepada sesiapa tetapi hanya coretan pemerhatian saya setelah 2 tahun berblogging.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 ulasan:

  1. Komen bila rasa perlu sahaja. Atau komen yang kongsi pendapat, beri cadangan atau teguran baik.

    Rasa kurang senang kalau kita baca artikel dan komen :
    "Hei awak~ saya ada datang ke blog awak. Terima kasih ya datang blog saya (atau awak datang blog saya pula, boleh?)."

    Macam terdesak nak cari trafik ke blog.

    Blog yang artikelnya bagus, ulasan yang baik, orang akan datang jenguk berulang kali. Tapi memerlukan masa, sebab berkaitan dengan kemahiran menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini pasti kita mempunyai pengalaman yang sama.

      Padam
  2. untuk mendptkan komen yang baik..isi entri kita pun perlu baik jgk..wpun isi kita membosankan..pengnjung tak tinggal komen biasanya..eloklah daripada tinggal komen yang negatif..sedih pulak kan jdnya..kdg bila kita jalin persahabatan dengan blogger lain, kita tetap komen wpun tiada apa yang nak dikomen kerana sebagai meninggalkan tanda yang kita baca entrinya..kita peduli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita sudah biasa ikut perkembangan blog itu, empunya blog mesti tahu komen itu peduli atau tak. Sebab hubungan itu sudah terjalin.

      Contohnya di blog puan. Saya suka baca tentang cara-cara puan bercucuk tanam bersama keluarga. *terasa ingin berkeluarga*

      Dan tambah lagi pengetahuan saya tentang dunia Fiji selain Malaysia.

      Yang pasti, nak bina hubungan melalui blog ini makan masa. Yang penting niat komen dan blog perlu jelas.

      Padam
  3. Kalau saya, saya mmg suka komen bila singgah di blog orang. Tapi saya juga akan pastikan yang saya membaca salah satu entry atau 2,3 entry di dalam blog itu dgn betul2 fokus. Supaya apa yang saya komen tu tak mendedahkan yang saya tak baca atau tak fokus pun dgn apa yg org tu cerita. Kan biadap kalo komen tak de kaitan dgn entry. Saya pun harap mcm tu jgk bila org komen di blog saya. Sebab tu saya tak pentingkan pelawat tapi saya lebih pentingkan reader. Err.. cuma komen di blog saya, tak selalunya saya balas, bukan tak hargai cuma tak berkesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya puan seorang yang cermat. Saya suka gaya puan beri komen.

      Juga, saya suka kalau tuan blog balas. Terasa dihargai.

      Padam
  4. I go for both, quality and the quantity. Kalau kuantiti komen banyak kat sesebuah entry tu, blogger macam kita akan rasa bersemangat nak menulis lagi. Namun, kadang-kadang ada juga komen yang tidak berkenaan dengan entry yang ditulis, hanya sekadar menunjukkan kepada empunya blog yang dia sudah melawat blog kita. Jadi di situ, mungkin ada kelemahan di pihak penulis blog sendiri; mungkin entry terlalu panjang atau tidak ada isi yang menarik hehe....sekadar pendapat peribadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen tak berkenaan, saya rasa itu berkaitan dengan hubungan kita dengan empunya blog. Bukankah ada ruang shoutbox?

      Quality beats quantity, right?

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian, sekarang baru sy tahu mcm mana nak gunakan ruangan komen dgn cara yg betul. Kdg2 apa yg kita tulis tu sekadar nak berkongsi pengalaman dan tak mengharapkan komen dari pembaca, tapi kalau ada orang yg komen kita akan rasa lebih bersemangat untuk menulis entri seterusnya, rupa2 nya menulis blog pun mcm buat karangan, perlu ada intro & kesimpulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Intro dan kesimpulan membantu blogwalker tegar untuk komen berpatutan. Konsep karangan atau esei dapat membantu kita menulis dengan baik.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia