[sumber] |
Saya hampir berdebat dengannya tetapi nasib baiklah saya sempat menahan diri dahulu untuk mendengar penjelasan lebih daripadanya. "Aku kalau buat kerja perlu ada bunyi. Selalunya aku buka video ceramah agama dan kemudian baru boleh buat kerja," ujarnya.
Saya diam sambil mengangguk. Apabila difikirkan semula, kawan saya ini jenis auditori rupanya. Ini kerana dia berkata sambil belajar begitu, dia boleh dapat input-input ilmu agama. Barulah otaknya ligat berfikir. Jika sunyi, dia mudah mengantuk. Lagipun dia tidak suka dengar muzik-muzik yang menyesatkan, katanya.
Di sini saya dapat simpulkan dia lebih elok menambah kefahaman pembelajarannya dengan banyak menonton video di Youtube. Banyak video-video aerospace dimuat naik di Youtube (dia seorang mahasiswa jurusan kejuteraan aero angkasa). Tetapi perlu berjaga-jaga juga agar tidak terperangkap dengan video yang tidak berkaitan.
5 mengomel
jadi aku ni jenis auditori jaga la... aku memang suka dengar muzik (sambil angguk-angguk kepala) semasa belajar... haha terima kasih post ni bagus!
kakak pun tak suka terlalu bising.. masa di universiti dulu selalu study di perpustakaan sebab suasana yang tenang.. tetapi, kalau study tanpa muzik atau bunyi menyebabkan mata merasa mengantuk pula.. terpulang kepada keselesaan setiap individu untuk memilih suasana yang sesuai dengan jiwa mereka..
Awok teringat zaman belajo dulu...seorang kawan ni selagi subjek belajar dia berkait dengan nombor...... kat telinga dia mesti ada headfon.....dan lagi yang dia pilih semuanya black metal...... dan keputusan final dia subjek mengira semuanya A+....... tapi benda ni subjektif....... .lain padang lain belalang.....lain orang lain caranya.....
@Kokak
Boleh pelbagaikan teknik belajar seperti mendengar buku audio atau video pembelajaran.
@Aiza @D_08
Setuju. Lain orang lain caranya. Sebab saya kalau belajar memang kena sunyi.
teringat remy masa belajar dulu.... mesti nak dengar musik sambil study..........tapi itulah... pilihan yg tepat...kalau dengar ceramah atau ayat ayat suci...mungkin lebih sejuk hati dan ilmu mudah masuk......
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon