Selasa, 28 Mei 2013

Awas dengan gurauan yang terselitnya penipuan

Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
-- Imam Hasan al-Banna 

Saya ada menempah sekeping DVD daripada seseorang yang terkenal namanya sebagai penulis iklan atau copywriter.

Saya pernah pergi ke seminar percumanya di PWTC. Saya suka pembentangannya. Bagus isinya. Katanya, jika ingin tahu lebih lanjut boleh beli DVD seminar penuhnya, di akhir seminar tersebut.

Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya jelik semasa seminarnya itu.

"Jika ada yang berjaya menjawab soalan saya ini," sambil dia meraba kocek bajunya, "akan memenangi... Ahah! Duit ini," sambil menunjukkan not RM1.

Kami hanya ketawa. Kemudian ada yang berani menjawab dan ia betul. Di sinilah ujian datang. Sama ada dia mengotakan janjinya atau hanya membiarkan sahaja janji itu.

Dan... dia mengabaikan janji tersebut. Ahah!  Gurauan yang dilontarkan bersifat menipu. Memang lah katanya dia hanya bergurau tetapi gurauan ada caranya. Janji adalah janji, dan penipuan adalah penipuan.

Di sini saya mula mendapati orang yang suka bergurau dengan penipuan ada kecenderungan untuk berkata manis dengan penipuan. Eksperimen berjalan dengan saya menempah DVD daripadanya secara online. Bayaran telah dibuat.

Hampir 2 minggu berlalu dan DVD itu masih belum di tangan saya. Katanya Selasa lepas sudah diposkan. Tetapi mengapa Khamis lepas tidak lagi sampai di rumah saya? Bukankah 3 hari?

Aha! Pelbagai alasan boleh diberi untuk membenarkan penipuan. Hanya bukti dengan hasil sahaja boleh menangkis segala alasan itu. Action is louder than word. Lagipun, ini bukanlah pengalaman pertama kali saya beli online.

Dia berjanji lagi akan memulangkan duit jika hari ini masih tidak sampai ke rumah saya.

Dan... buktinya sehingga hari ini saya masih belum menerima DVD itu. Terus, dia melanjutkan pula pada Khamis ini. Aduh. Kepercayaan. Kejujuran. Dimanakah itu?

Lalu, saya redha dengan pelaburan saya ini. Apa yang pasti, saya perlu berjaga-jaga dengan sikap orang berkata manis begini.

P/S: Ketahuilah,

 

nota: Saya tidak letak namanya kerana berpegang kepada hadis bahawa;

"... Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya ..."

(Hadis riwayat Muslim)

7 mengomel

alhamdulillah...terima kasih dgn perkongsian video di atas dan juga pengalaman wong di seminar tu.hurm...selagi kita bernama manusia,susah nak berpegang kepada janji :(

Ikut pengalaman saya, untuk pos kawasan semenanjung ke semenanjung cuma makan masa sehari atau dua hari sahaja.

Kadang-kadang hanter hari ni, petang esok dah boleh dapat, dengan syarat masukkan dalam peti pos sebelum waktu kutipan (11am atau 12pm).

Tak banyak beza antara pos biasa gunakan setem atau pos ekpress.

Dalam kes DVD ni, saya rasa dia belum hantar lah.. hehehe

usah berjanji jika berniat untuk tidak mengotakan janji itu.. perlu berhati-hati dengan orang yang begitu.. jangan sampai jadi seperti pepatah melayu, "siakap senohong gelama ikan duri. bercakap bohong lama-lama mencuri"..

@|aLeaSaRa|| @Asrul @Mizz Aiza
Sebenarnya saya tidak kisah bilakah ia akan sampai. Hanya ingin tahu tarikh yang tepat. Namun kecewa dengan janji-janji manis yang dia lontarkan. Action is louder than word. Saya bukan nak dengar alasan kenapa lambat, saya nak dengar bila akan sampai. Itu sahaja.

Nampaknya si penulis iklan itu mungkin telah kehilangan seorang pelanggan di sini. Dan dia perlu tahu, hilang satu pelanggan bermaksud akan hilang 10 pelanggan yang lain juga. Hmmmm.

Mungkin dia sudah ada nama bagi dia siapalah kita umpama semut kecil. Apapun kita dikehendaki sentiasa bersangka baik.

smart aa video..
and smart lagu dalam blog nih..
salam ziarah :)

Erk. Lagu celah mana ni? Salam Ziarah juga.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon