Alhamdulillah, semalam saya baru sahaja selesai temuduga kerja. Ini merupakan temuduga kedua saya. Walaupun ia sekejap sahaja, pengalaman yang saya dapat cukup berbaloi.
Ini bermula apabila saya mendapat satu panggilan misteri pada hari Khamis yang lalu.
Pengajaran pusat tuisyen pastinya berbeza dengan sekolah harian. (gambar hiasan) |
"Waalaikumsalam. Ya saya bercakap."
Hati saya berdebar. Telah lama saya hantar permohonan untuk mengajar sambilan di Pusat Tuisyen ini. Seingat saya pada tahun lepas dalam bulan September ketika saya asyik mencari kerja sambilan.
"Kami nak panggil temuduga. Hari Sabtu ini pada pukul 1 tengah hari. Boleh?"
"Boleh! Ada apa-apa barang perlu saya bawa?"
"Bawa resume dan beberapa salinan sijil. Oh serta gambar berukuran pasport 2 keping."
Terus, pada hari Sabtu aku menyiapkan diri untuk hadir ke sesi temuduga itu. Saya datang awal 30 minit. Yelah. Untuk datang temuduga kita kenalah datang awal walaupun ia hanyalah temuduga menjadi cikgu tuisyen sahaja.
Saya orang pertama yang hadir. Beberapa minit sebelum jarum panjang jam di dinding mendekati 12 dan jarum pendek mendekati 1, datang seorang wanita masuk ke dalam pusat tuisyen ini.
"Belum mula deh? Lega," kata wanita itu dengan loghat Kelantan. Banyak juga dokumen yang saya lihat dia bawa. Saya hanya bawa 3 helai kertas bercetak maklumat resume saya. Saya terlupa pesan orang yang menelefon kelmarin. Tak apalah. Tak perlu gelabah. Kita tengok apa yang akan jadi nanti.
Saya orang pertama dipanggil masuk.
"Baik. En. Wong ya. Eh? Seperti kita pernah jumpa?"
Saya tergamam. Ingatkah puan ini tentang kes tahun lepas?
"Yup. Ketika saya mohon untuk menjadi tutor di sini," kata saya selamba.
"Oh ya! Betul juga."
Nasib baik dapat saya ubah topik perbualan.
Sesi bermula dengan Puan 'Pengetua' pusat tuisyen ini bertanyakan keputusan SPM saya.
"Can you tell me your SPM result?"
"I got B for biology. C for chemistry."
Pengetua memandang muka saya.
"F for physic?"
Aku terkesima.
"Eh tidaklah. C juga untuk Fizik."
Eh tidak perasan pula kesinambungan gred SPM saya. Kami sama-sama tergelak.
Beliau juga bertanya tentang salinan sijil SPM saya, jika ada.
"Oh maaf. Hari itu pusat tuisyen minta agar saya bawar resume sahaja," kata saya dengan muka tenang. Gelisah juga sebab saya terlupa sungguh nak bawa sijil-sijil berkatain. Al-maklumlah temuduga kedua saya.
Entah apa yang beliau catit pada borang permohonan saya itu. Beberapa minit kemudian beliau pandang saya.
"Can you do mock teaching right now?"
Alamak! Saya tidak tahu kena buat pengajaran olok-olok.
"You may start now."
Saya bangun dan terus ke papan putih.
"Alright.... Eh? Nak ajar apa ya?" Keliru saya untuk berbicara tentang ilmu ini.
"Sains untuk tingkatan 3."
"Cell. What is cell? It is a basic unit of life." Saya terus tulis perkataan 'cell' di papan putih. Kemudian membuat anak panah ke 'tissue'. Seterusnya ke 'organ'. Akhir sekali ke 'life'.
Puan Pengetua hanya mengangguk.
"Supposely System and then organism the last one."
Erk. Maaf la puan. Saya tak bersedia. Selalunya saya baca dahulu sebelum datang mengajar.
"Tak mengapalah. Lain kali, kalau en. Wong ada temuduga seperti ini, kenalah bersedia untuk 'mock teaching'. Mana-mana pusat tuisyen akan buat begini."
Sebenarnya tak pula saya tahu tentang pengajaran olok-olok sebab sebelum ini saya terus sahaja ajar. Mungkin sebab kelas ganti.
"Hari Khamis ini, 6 petang boleh datang semula untuk 'mock teaching'? Ajar 'electricity' untuk sains dan 'circle 2' untuk matematik."
Boleh.
"Juga, bawa salinan IC dan sijil-sijil berkaitan untuk pengesahan resume. Oh jangan lupa bawa dua keping gambar berukuran pasport."
Baik puan. Nasib baik tidak ditanya lebih-lebih. Tertanya-tanya juga aku adakah aku sudah dapat tugas mengajar atau masih di peringkat pemilihan?
Berdasarkan pencapaian aku tadi, seperti tidak memberangsangkan.
"Awak ada shortcut tak?"
Singkatan? Aku kurang mengerti?
"Contohnya akronim atau tips cepat untuk bagi budak-budak hafal formula."
Oh itu. Ada. Tapi di universiti aku lebih kepada memahami berbanding menghafal.
"Pusat tuisyen lain daripada sekolah. Kita ajar jalan cepat untuk pelajar faham."
Nampaknya saya kena la cipta dan rujuk kembali apa yang saya belajar dahulu.
"Awak ada buku PMR bukan?"
Kejap nanti sebaik habis sahaja sesi temuduga ini saya singgah kedai buku di hadapan kedai Mydin untuk beli.
"Semestinya sebab kalau mengajar kenalah ada," jawab sendiri Puan Pengetua apabila melihat aku hanya mengangguk.
"Baiklah. Jumpa hari Khamis ini yea. Boleh tolong panggil calon selepas awak?"
Boleh. Saya keluar dan panggil seorang perempuan berbaju merah jambu kecek Kelate masuk.
--
Nota:
Saya belajar perkara baru bahawa:
1. Perlu bersedia dengan sijil-sijil berkaitan ketika datang temuduga. Bukan hanya bawa resume sahaja!
2. Bersedia untuk pengajaran olok-olok jika pekerjaan yang dimohon itu adlaah guru tuisyen!
3. Muka kena tenang (cool) sahaja apabila ditanya tentang perkara-perkara berkaitan (walaupun kita tak tahu nak jawab apa!)
4. Tuisyen lain daripada sekolah. Pelajar diajar dengan teknik-teknik menghafal yang berkesan. (Bagi saya inilah yang sepatutnya cikgu di sekolah ajar.)
3 mengomel
Apa pun tahniah bro! At least dapat pengalamn baru.
Dalam hal nota tu, nota 1 memang sentiasa perlu. Nota 2 saya setuju terutama bagi kes tuisyen, nak cari pengajr yg at least bagus jika pun bukan yg terbaik. Temuduga kerja biasa pun ada yg kena writing test. Nota 3 mmg kena amalkan sbb kalau dpn student, at least kena yakin jawab walau hanya suatu bentuk jawaban penangguhan
Bagi saya temuduga memang buat kita serba tak kena.. cool memang wajib.. tapi susah nak cool!!
@baguznet @Puan Suka
Terima kasih! Ia pengalaman baru buat saya.
Kena banyakkan berselawat jika nak sentiasa tenang kala kalut melanda.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon