Saya berpeluang untuk mengajar menjadi tutor di pusat tuisyen berdekatan Desa Pinggiran Putra.
Entah kenapa hati saya sentiasa teruja menantikan ketibaan masa mengajar. Mungkin kerana suasana di pusat tuisyen itu sendiri yang lebih kepada konsep tutor. Pusat tuisyen ini tidak seperti pusat tuisyen yang saya pergi sebelum ini, yang mengajar lebih kepada konsep cikgu.
Saya gembira dapat menyampaikan ilmu kepada para pelajar yang datang. Jumlah mereka pun tidak ramai. Di antara 2-5 orang satu sesi pengajaran.
Saya juga tiada tekanan untuk mengajar mereka. Pusat tuisyen ini menggunakan konsep tutor yang membantu pelajar menjawab soalan-soalan yang mereka lemah.
Kami sebagai tutor bertindak menerangkan bagaimana dan kenapa sesuatu soalan itu mendapat jawapan sebegitu rupa.
Saya galakkan pelajar saya bertanya. Cuma, mereka amat jarang bertanya. Lalu, saya pulalah yang bertanya untuk menguji kefahaman mereka. Ada yang faham, dan ada yang sedang faham.
Saya masih baru lagi dalam dunia pengajaran ini. Apabila mula mengajar, barulah saya dapat kesan jenis-jenis pensyarah yang sudah bergelumang lama dengan dunia akademik dan pensyarah yang beberapa tahun baru sahaja masuk dengan dunia akademik.
Jelas pengajaran mereka berlainan.
Ada juga ya pengajaran saya dapat dengan terjun ke dunia pendidikan ini.
Selasa, 14 Mei 2013
Menjadi guru tutor sambilan
Artikel Terkait
- Saya mengenali Zarif sejak saya tahun dua lagi di UPM. Ketika itu saya masih naif lag
- Apabila mencapai 10 hari Ramadhan terakhir kebanyakan umat Islam akan diseru untuk mencar
- Saya rehat sebentar setelah penat berFB. Tiba-tiba deringan telefon bimbit berbunyi. N
- ARE YOU SEEKING FOR A WEALTHY SUGAR MUMMY/DADDY/LESBIANS/GAY/IN ASIAN, ANYONE INTERESTED
- Saya pernah berkomplot dengan kawan-kawan tentang idea untuk membuka ladang herba. Pelba
- Saat seorang remaja berumur 17 tahun, dia sudah diberi kebenaran untuk mengambil lese
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
wah tahniah!owh selalu juga lalu area tu masa otw ke alamanda.kdg2 makan tgri di situ.elok juga ada 2 way communications
@ ||aLeaSaRa||
Terima kasih. Gembira dapat sampaikan ilmu kepada anak Melayu.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon