Memaparkan catatan dengan label beli online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beli online. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Jun 2013

Beli buku online dari Dawama DBP

Saya pernah membeli buku online dari pihak Dawama, pihak swasta penjualan buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Servis mereka tidak sebaik ITNM.

Buku itu bertajuk 'Penulisan Rencana Berkesan' tulisan Mus Chairil Samani.

Saya beli pada 29 Januari 2013. Mengikut polisi mereka, ia akan dihantar dalam 7 hari atau seminggu selepas tempoh pembelian dibuat.



Saya tahu saya membeli buku lama. Cetakan buku ini adalah pada 1997. Dan saya membeli 16 tahun kemudian. Mesti lama untuk mencari. Tetapi tidak mungkin sampai sebulan mencari?

Jika polisi mengatakan seminggu, tetapi sebulan lebih kemudiannya barulah sampai ke tangan saya. Itupun setelah saya membuat aduan.

Berdasarkan pengalaman saya beli online, saya tidak ingin bersangka buruk, lalu saya menelefon pihak Dawama sendiri untuk penjelasan. Hampir 3 kali saya telefon barulah diangkat. Nampaknya servis panggilan tidak begitu diambil perhatian oleh Dawama sendiri.

Layanan panggilan pula tidak semesra aduan saya di ITNM. Mereka hanya mengatakan akan cuba mencari maklumat saya dan akan emelkan saya nombor track pos laju bungkusann saya. Rupanya mereka tidak menghantar langsung buku saya itu. Hanya selepas saya mengadu barulah mereka mengambil tindakan.



Bungkusan tiba seminggu selepas itu juga. Mengikut resit yang dikeluarkan, pembelian saya telah dibuat pada 30 Januari 2013, sehari selepas transaksi online dilakukan.
Resit menunjukkan ia telah dibeli pada 30 Januari.

Nampaknya perkhidmatan penghantaran pihak mereka tidak cekap sehinggakan saya perlu membuat aduan untuk mendapat buku yang saya beli.

Bagi sesiapa yang ingin membeli online dari Dawama, saya nasihatkan untuk terus menelefon mereka jika selepas seminggu buku yang dibeli masih belum sampai.

Khamis, 30 Mei 2013

Beli buku online dari ITNM

Saya pernah membeli buku online dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITNM).

Buku itu bertajuk "Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya".

Tarikh pembelian adalah pada 3 Ogos 2012. Oleh kerana harga buku murah, saya rasa penghantaran mungkin memakan masa seminggu atau dua.



Namun setelah sebulan menunggu, buku masih tidak sampai. Untuk tidak bersangka buruk, saya menghantar aduan kepada pihak ITNM untuk mendapatkan penjelasan tentang buku yang telah saya beli.



Kemudian saya membalas.



Beberapa minit kemudian saya mendapat panggilan, "Hello, assalamualaikum. Ini en. Wong ya? Saya Ahmad Shuhaimi dari ITNM. Boleh saya tahu tentang status buku pembelian encik?"

Saya terkejut dengan panggilan tersebut. Tidak sangka pihak ITNM sendiri membuat panggilan. Sayapun menerangkan situasi bahawa saya masih lagi belum menerima buku yang saya beli tempoh hari.

"Baik. Saya akan ambil tindakan. Jika ada apa-apa hal boleh terus hubungi nombor saya ini. Kami dari pihak ITNM minta maaf atas perkara ini."

Perbualan tamat. Sejurus kemudian saya mendapat emel daripada beliau lagi. Servis mereka memang laju!


Alhamdulillah, esoknya juga saya mendapat buku yang saya beli. Perkhidmatan yang diberikan oleh ITNM memang terbaik!

Aduan yang diberi diambil serius. Semestinya saya akan beli lagi dari pihak mereka nanti, jika ada buku-buku yang saya berkenan.

Selasa, 28 Mei 2013

Awas dengan gurauan yang terselitnya penipuan

Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
-- Imam Hasan al-Banna 

Saya ada menempah sekeping DVD daripada seseorang yang terkenal namanya sebagai penulis iklan atau copywriter.

Saya pernah pergi ke seminar percumanya di PWTC. Saya suka pembentangannya. Bagus isinya. Katanya, jika ingin tahu lebih lanjut boleh beli DVD seminar penuhnya, di akhir seminar tersebut.

Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya jelik semasa seminarnya itu.

"Jika ada yang berjaya menjawab soalan saya ini," sambil dia meraba kocek bajunya, "akan memenangi... Ahah! Duit ini," sambil menunjukkan not RM1.

Kami hanya ketawa. Kemudian ada yang berani menjawab dan ia betul. Di sinilah ujian datang. Sama ada dia mengotakan janjinya atau hanya membiarkan sahaja janji itu.

Dan... dia mengabaikan janji tersebut. Ahah!  Gurauan yang dilontarkan bersifat menipu. Memang lah katanya dia hanya bergurau tetapi gurauan ada caranya. Janji adalah janji, dan penipuan adalah penipuan.

Di sini saya mula mendapati orang yang suka bergurau dengan penipuan ada kecenderungan untuk berkata manis dengan penipuan. Eksperimen berjalan dengan saya menempah DVD daripadanya secara online. Bayaran telah dibuat.

Hampir 2 minggu berlalu dan DVD itu masih belum di tangan saya. Katanya Selasa lepas sudah diposkan. Tetapi mengapa Khamis lepas tidak lagi sampai di rumah saya? Bukankah 3 hari?

Aha! Pelbagai alasan boleh diberi untuk membenarkan penipuan. Hanya bukti dengan hasil sahaja boleh menangkis segala alasan itu. Action is louder than word. Lagipun, ini bukanlah pengalaman pertama kali saya beli online.

Dia berjanji lagi akan memulangkan duit jika hari ini masih tidak sampai ke rumah saya.

Dan... buktinya sehingga hari ini saya masih belum menerima DVD itu. Terus, dia melanjutkan pula pada Khamis ini. Aduh. Kepercayaan. Kejujuran. Dimanakah itu?

Lalu, saya redha dengan pelaburan saya ini. Apa yang pasti, saya perlu berjaga-jaga dengan sikap orang berkata manis begini.

P/S: Ketahuilah,

 

nota: Saya tidak letak namanya kerana berpegang kepada hadis bahawa;

"... Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya ..."

(Hadis riwayat Muslim)

Khamis, 6 September 2012

Membeli buku online di Ujana Ilmu


Alhamdulillah. 3 buah buku yang telah saya pembelian online di Ujana Ilmu selamat sampai di rumah.

Saya tertarik untuk membeli karya Shaharom TM Sulaiman.

Nampaknya pengurusan kedai buku Ujana Ilmu cekap dan pantas. Saya tempah pada malam 4 September, 6 September telah pun sampai. Ada juga saya menelefon pejabat mereka untuk mendapat kepastian mengenai tempahan saya itu. Kerani yang menjawab juga bersopan.

Kini, saya boleh percaya beli online daripada Ujana Ilmu.

Harga penghantaran pun murah kalau beli banyak. Mereka hantar semua dalam satu parcel. Kebanyakan syarikat buku jual satu tempahan satu parcel menjadikan harga hantaran mahal kerana berasingan. Lebih elok kalau beli banyak berbanding satu satu dari Ujana Ilmu.

Terdapat banyak buku yang ingin saya beli dari kedai buku tersebut, namun saya simpan dahulu pautan jualan buku-buku itu. Al-maklumlah poket saya sedang meronta agar diisikan perkara lain dahulu.