Jumaat, 28 September 2012

Belajar semula Fizik


Nampaknya, subjek Fizik kini menghantui saya kembali. Sebelum ini saya kurang gemar Fizik. Iyalah, perlu menghafal formula dan definasinya dan sebagainya. Matematik lagi mudah. Hanya kira berdasarkan formula dan kefahaman.

Fizik Tanah (Soil Physic) sememangnya akan mewarnai hidup saya sepanjang semester pertama saya kali ini. Ini bermulalah dengan asas Sains Tanah iaitu struktur tanah.


Mendaki Broga BSHTK 08/09


Satu kenangan,
Yang sukar saya lupakan,
Moga,
Ikatan antara kami berkekalan,
Sehingga ke Jannah.

Amiin.


Ada yang lebih berkuasa

Pada minggu hadapannya, saya masih belum lagi berkesempatan ke pejabat timbalan dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dek kerana sibuk. Mana taknya, 23 jam kredit saya ambil semester ini!

Lalu, terpaksalah saya masuk ke kelas yang berlansung pada hari Selasa ini.

Seperti biasa, Dr. M memulakan kelas beliau dengan baiknya. Juga seperti biasa bilangan para pelajar lelaki di belakang kian berkurangan dari minggu ke minggu. Banyak hanya menghantar SMS kepada saya meminta tolong,


Hak seorang Muslim

“Hak seorang Muslim atas muslim ada enam, iaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya, jika diundang maka penuhilah undangannya, jika dinasihati maka nasihatilah dia pula, jika dia bersin maka doakanlah, jika dia sakit maka kunjungilah dia, dan jika dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya ke kubur.” (Riwayat Muslim)

Kadang-kala susah nak mengamalkan ucapkanlah salam. Saya ada seorang junior yang cukup tidak suka senyum. Setiap kali saya berselisih dengan dia, pasti dia buat muka selamba seperti tiada orang lalu di sebelahnya. Saya hanya pandang dan tunggu dia lihat muka saya. Harapan saya agar dia pandang dan dapatlah saya senyum dan ucapkan salam, namun hampa. Harapan hanya inggal kenangan sahaja.



Saya berdoa agar dia tidak amalkan perkara itu. Mu tak elok buat gitu. Sek sek mu aje mu senyum sokmo. Tak elok. Mu Kelate ke mu ganu ke mu kedah, ambo tak kisah. Kita sesaudara Muslim. 

Apapun, saya salahkan diri saya juga kerana berdiam diri tidak bertindak dahulu. Alangkah bagus saya ucapkan salam dahulu? Pastinya saya masih jauh untuk memberi hak seorang Muslim yang pertama itu. Walau bagaimanapun, usaha itu perlu ada, bukan?


Rabu, 26 September 2012

Adab membuat panggilan telefon


Kisah ini berlaku selepas saya habis mengambil data-data tauge bagi projek tahun akhir saya. Ketika itu saya datang memberi lebihan bungkusan tauge yang tidak digunakan sebagai hadiah buat penasihat projek saya ini. Terus beliau mencadangkan untuk berikan juga kepada sahabat baiknya.

"Wong, kamu call Dr. Rosenani tanya sama ada dia hendak atau tak tauge. Call guna telefon pejabat saya."

Aku teragak-agak untuk buat panggilan. Setakat ini saya tidak pernah call orang besar. Huh. Berpeluh dial nombor pejabat Dr. Rosenani...

Tutt. tuutt. tuuttt. Klak. Bunyi ganggang diangkat.

"Hello, Dr nak tauge tak?"

"Tauge? Oh, boleh."

"Nanti saya datang ke pejabat Dr. Terima kasih."

"Ok."

Tup. Saya meletakkan ganggang telefon. Lega. Satu perbualan yang ringkas dan padat, fikir saya.



Bersedia dari sekarang


Saya percaya untuk berjaya, seseorang itu perlu melatihnya untuk berjaya bermula dari ia mengetahui kejayaan itu apa. Ia bermula dari semalam, hari ini dan esok.

Apabila saya tahu bahawa saya ingin menjadi seorang penulis hebat, saya mulakan diri saya dengan menghindari segala macam perkara yang menjatuhkan kredibiliti saya sebagai seorang penulis.

Penulisan ringkas (SMS) dalam membina ayat memendekkan akal dan usaha saya dalam menjana penulisan berkualiti. Saya menulis terlalu ringkas dan pantas membuatkan saya hanya menulis pendek. Terus lupa apa yang ingin saya sampaikan.

Dan apabila saya membaca SMS saya semula, "Apakah benda ini!!?"


Selasa, 25 September 2012

Mood menulis cerpen



Betul lah kata orang, hendak menjadi seorang penulis itu pun susah, apatah lagi menulis setiap hari pada blog kesayangan saya ini.

Dengan ragam komen yang pelbagai kerenah, susah juga saya hendak mengendalikannya. Semuanya unik dengan pelbagai niat. Ada yang datang ikhlas dan ada juga datang dengan niat hanya membalas singgahan saya. Oh, saya tidak kisah mengenai itu. Setiap orang ada niat masing-masing. Yang penting biarlah ia berteraskan hanya kerana Allah.


Pilihan raya kampus



Telah 3 kali saya mengundi sebagai mahasiswa sepanjang 4 tahun saya berada di U. Kini tibalah masanya untuk mengundi semula sebagai mahasiswa tahap lain pula. Tahun lepas tidak dapat kerana PRK tidak dijalankan atas sebab-sebab yang saya sendiri kurang pasti.

Pelbagai ragam calon yang bertanding saya lihat di facebook. Boleh saya katakan kebanyakan mereka tidak matang dalam menyatakan manifesto mereka. Hampir semua tidak jelas. 'Suara saya, suara pelajar' =.="



Kaunter pertanyaan



Saya suka menggunakan kaunter pertanyaan. Ia memudahkan saya bertanyakan soalan-soalan yang saya sendiri tidak pasti jawapannya seperti bagaimana caranya isi borang, apa yang perlu saya buat untuk mencapai tujuan saya datang ke tempat itu, lokasi pejabat yang ingin saya tuju, dan lain-lain lagi.


Isnin, 24 September 2012

Perkongsian di facebook


Saya sebolehnya menghadkan 3 pautan sehari untuk saya kongsikan di akaun facebook saya. Saya tidak suka berkongsi lebih daripada itu kerana saya khuatiri nanti mesej perkongsian saya tidak sampai ke khalayak rakan-rakan facebook saya.



Rakan muka buku


Dahulu saya kira, saya mempunyai ramai rakan muka buku. Jiwa masih baharu dengan dunia Internet. Saya luluskan sahaja sesiapa sahaja yang hendak berkawan. Terutama wanita. Heh.

Setelah berlaku beberapa peristiwa pahit bersama rakan muka buku melalui komen dan status merepek mereka, saya mula sedar. Ini bukanlah fungsi saya membuka akaun facebook.

Saya tukar fungsi privasi facebook saya.


Saya hanya membenarkan sesiapa yang ada rakan bersama sahaja untuk tambah saya sebagai rakan.


Ahad, 23 September 2012

Pendedahan kepada wajah buku dunia


Istilah facebook masih jauh bagi saya ketika awal saya masuk U, sekitar Julai 2008. Yang saya tahu, rakan sebilik saya sibuk dengan facebook. Dia aktif facebook bermain permainan mafia wars. Lalu saya andaikan facebook hanyalah laman sosial untuk bermain. Bukan masanya saya untuk saya membuat satu akaun facebook.


Harapan kata, huluran tangan


"Wong, tak apa kah bawa beg itu? Mahu aku tolong?" kata Husein menawar pertolongan kepada aku.

Kami baru sahaja turun dari jeti tasik Banding menuju ke kem penginapan kami yang terletak di atas bukit.

"Tak mengapa. Aku boleh bawa sendiri," senyum aku kepada dia menyembunyikan kepayahan aku mengangkat 2 beg yang berat ini. Saya hargai tawarannya itu.

Cuma, saya tahu badan saya tidak sekuat dia. Mampu membawa 3 beg sekali jalan. Dua di tangan dan satu menyandang di belakangnya.  Malahan boleh dua kali ulang. Saya setakat membawa dua beg di tangan ini pun sudah terhuyung-hayang menaiki bukit untuk sampai ke tapak perkhemahan.

Namun saya malu untuk memberi kedua-dua beg ini kepada dia. Apa kata orang nanti setelah tiba di kem? Saya tidak mahu berlenggang kosong ke kem tanpa membawa sebarang barang. Saya bukan jenis yang suka curi tulang.



Jumaat, 21 September 2012

Shhhh... Gelar sahaja dia Pak Hitam


Akibat tidak tahan dengan markah ujian satu dan dua yang rendah, saya bertekad untuk melaporkan ketidakpuasan hati saya kepada pihak terlibat mengenai kelas Prinsip Ekonomi. Pensyarah yang mengajar tidak kena dengan gaya dan budaya pelajar Malaysia.

"Aku rasa aku mahu buat aduan berkenaan Dr. ECN3100 kita la," kata aku pada satu hari selepas kelas habis.

"Idea bagus Wong. Aku sokong cadangan kau. Dulu semasa aku ambil diploma, aku selalu buat macam tu kalau ada pensyarah yang ajar merapu. Kita sebagai pelajar perlu menegakkan hak kita," sahut Afees, pelajar lepasan diploma pertanian, juga merangkap rakan sekelas aku.



Menjadi guru tuisyen

Pusat tuisyen berada di mana-mana sahaja
(gambar hiasan)
Oleh kerana saya tiada pendapatan sepanjang saya sambung pengajian saya ini, lalu saya gagahkan diri saya mencari pekerjaan sambilan yang terbentang luas di bumi Malaysia ini.

Saya lihat banyak iklan jawatan kosong di Alamanda. Gaji pun lumayan bagi saya iaitu RM1k ke atas.

Namun demikian, saya lebih menyukai kerja yang melibatkan akal dan bakat saya. Saya memilih untuk mencari kerja sambilan sebagai guru tuisyen. Saya ada terdengar daripada kawan-kawan saya bahawa guru tuisyen upahnya lumayan.


Jibunshi saya


自分史 atau Jibunshi dalam bahasa Jepun bermaksud autobiografi. Ia adalah penulisan kenang-kenangan (memoir) seseorang itu. Ia mungkin bersifat diari atau lebih daripada itu. Kerajaan Jepun menggalakkan rakyatnya menulis jibunshi agar ia dapat didokumentasikan untuk generasi akan datang atau tidak pun untuk bacaan dan pengetahuan keluarga si penulis.

Blog saya juga lebih bersifat jibunshi. Kebanyakan entri saya mempunyai unsur peribadi dan tidak berkait rapat dengan faktor pemasaran blogger kini. Saya ingin menjadi diri saya sendiri dalam dunia penulisan ini.



Khamis, 20 September 2012

Bermain sukan lasak


Kolej kediaman saya tinggal dahulu terdapat beberapa sukan yang terkenal. Antaranya ialah ragbi. Ini mungkin kerana kebanyakan sukan ini dipelopori oleh para pelajar lepasan asrama seperti dari lepasan MRSM. Ramai senior saya ketika itu lepasan pelajar asrama penuh.



Rabu, 19 September 2012

RA dan Master - Dua entiti bersangkutan



Pada petang tadi saya pergi jumpa penasihat projek Master saya untuk meminta nasihat apakah subjek-subjek yang sesuai untuk saya ambil pada semester ini. 3 subjek beliau nyatakan sesuai untuk saya ambil iaitu Pertanian dan Perubahan Iklim, Fizik Tanah, dan Analisis Tanah.

"Dr., bagaimana pula dengan RA?" tanya saya inginkan kepastian.

"Semester ini bukankah saya sudah kata saya tiada dana untuk projek baharu. Siapa suruh kamu sambung semester ini," kata beliau selamba.

Termengkelan saya mendengarnya. Nampaknya terpaksa la saya mengikat perut semester ini. Duit simpanan pun sudah berkurangan. Perlulah juga saya mencari kerja sambilan.

Setelah keluar dari pejabatnya saya teringat kata-kata rakan saya mengatakan Prof. Zul mencari RA (research assistant) untuk projeknya. Mungkin saya boleh mohon bekerja sementara di bawahnya untuk satu semester, fikir saya.



Renang, impianku sejak kecil lagi


DSC01574


Saya suka berenang. Sejak kecil lagi saya telah bercita-cita untuk menjadi perenang. Namun cita-cita saya tidak kesampaian kerana rumah saya jauh dari sungai. Pada waktu petang, kadang-kala rakan sekelas saya mengajak pergi ke sungai di kawasan kampung mereka. Saya ikut serta. Tetapi saya hanya mandi di tepian sungai sahaja. Takut untuk ke tengah sungai kerana kedalamannya yang sangat dalam.

Beberapa orang rakan saya boleh berenang bermain di situ. Saya hanya mampu melihat. Bukan kuasa saya untuk turut serta bersama mereka menyelam menikmati keletihan berenang di tengah sungai.



Selasa, 18 September 2012

Kebebasan menunggang motorsikal


Saya bernasib baik mempunyai motorsikal yang dihadiahkan oleh ayah saya semasa saya tahun kedua di UPM. Ia telah memudahkan perjalanan saya sekitar UPM. Bermula dari ke kelas sehinggalah bersiar-siar di KL.

Sebenarnya pada tahun pertama ayah telah menawarkan untuk memberi motorsikalnya kepada saya. Tetapi saya menolak. Saya masih ada rasa was-was untuk bawa. Maklumlah UPM hanya membenarkan pelajar tahun ke-2 sahaja untuk membawa motorsikal.



Isnin, 17 September 2012

Magnum berkuasa


Dahulu sebelum masuk ke U, saya pernah bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka 24 jam. Pelbagai jenis ragam pelanggan saya jumpa. Terdapat satu kisah yang saya tidak dapat lupa sampailah sekarang.

Sewaktu itu saya bekerja shift malam alam. Shift saya habis pada pukul 7am.

Pada pukul 6 am pagi Jumaat datang seorang mak cik Cina tua, berambut putih, berumur lingkungan 60an agak saya, masuk ke dalam kedai tersebut.

"Adik, saya mahu bakul untuk beli," kata makcik tersebut kepada saya.

Bakul beli? Sepanjang saya kerja tidak pernah pula ada bakul. Saya memanggil rakan sekerja saya untuk kepastian.

Syam keluar dari bilik stor belakang.

"Oh auntie. Kejap ya. Saya ambilkan bakul." Nampaknya Syam kenal pelanggan ini.



Jumaat, 14 September 2012

Bertegur sapa dengan warga asing



Dalam satu kelas yang sedang berlangsung, seorang pensyarah tua sedang mengajar dengan kusyuknya.

Beberapa orang pelajar asyik melihat jam di dinding. 30 minit lagi kelas akan habis.

"Each live stock is different. Setiap daging ada namanya. Beef, daging lembu. Mutton, daging kambing. Bacon, daging babi," terang pensyarah tersebut di hadapan.

Tiba-tiba pintu di hadapan kelas dikuak perlahan. Bayangan seorang lelaki menyandang beg masuk ke kelas.

"Hah! Aizat. Kelas sudah dekat habis baru awak datang?" tegur sinis pensyarah tersebut kepada pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke dalam kelas.

Terkejut dengan teguran itu, pelajar tersebut terhenti seketika sebelum mengambil tempat duduk berdekatan pintu masuk kelas.




Khamis, 13 September 2012

Merah Saga, mari kita bebaskan Palestine




Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA


Rabu, 12 September 2012

Hari Konvokosyen UPM

Senarai graduasi untuk jurusan tawaran fakulti Pertanian UPM.
Alhamdulillah. Hari konvokesyen saya jatuh pada hari Ahad nanti. Tidak perlulah saya minta cuti nampaknya.

sumber maklumat:
1. Maklumat konvokesyen UPM 2012.


Orang yang melukakan janji


Janji itu satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. Mudah untuk kita katakan. Susah untuk kita kotakan.

"Baiklah. Nanti petang kita jumpa. Pukul 6.30pm aku datang bilik kamu untuk iftar bersama," kata seseorang itu kepada rakannya.

Rakan itu sungguh gembira. Akhirnya ada juga yang boleh berbuka puasa dengannya. Dia pergi ke bazaar Ramadhan awal dari biasa. Belilah ia beberapa makanan untuk berbuka puasa lebih dari kebiasaan.

"Boleh lah nanti aku kongsikan bersama dengan rakanku nanti," fikirnya dalam hati masih gembira ada yang akan berbuka puasa bersamanya. Walaupun selalu berjumpa dengan rakannya itu, tetapi tidak selalu mereka makan bersama. Ya. Mereka kawan baik cuma masa kadang-kala menjadi tembok untuk mereka bergaul lebih.

Tepat 6.15 pm, dia menerima SMS daripada rakan yang ingin datang ke biliknya.




Selasa, 11 September 2012

Jualan Pesta Buku terbesar di Malaysia


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Saya suka pergi ke pesta buku, terutama pesta buku yang menawarkan harga buku diskaun sehingga 95%! Ya 95%!

Hanya terdapat di Big Bad Wolf Sales! Kali ini pesta akan bertempat di Mines Convention Centre dengan jualan buku mencecah 3 juta! Untuk sesiapa yang tak tahu MICC di mana, ia terletak belakang bangunan MINES shopping center sahaja.

Boleh turun di komuter Serdang dan berjalan kaki ke MINES. Jangan guna teksi sebab mereka caj sangat mahal! RM10 hanya untuk perjalanan tak sampai 5 min. Humph!

Lokasinya di belakang MINES
Tak sabar saya untuk pergi ke pesta itu nanti. Nampaknya kena mula mengumpul duit untuk membeli buku-buku hortikultur, motivasi, panduan, dan macam-macam lagi.

Jualan buku terbesar di Malaysia setiap tahun.

Update 7 Disember 2012: Apa kata saya setelah pergi ke pesta buku ini.
--


Ikatlah ilmu dengan menulisnya




Kembar seiras, idaman kalbu


Saya selalu cemburu dengan orang yang mempunyai kembar. Muka seiras. Susah saya nak membezakan mereka.

Selalu juga saya bayangkan saya mempunyai kembar seiras. Kalau saya tidak pandai BM, boleh la dia gantikan tempat saya semasa di SPM.



Isnin, 10 September 2012

Hadiah sebuah buku curi




Buku sememangnya menjadi minat saya sejak kecil lagi. Tertarik saya ketika rakan-rakan saya semasa sekolah rendah asyik bercerita mengenai komik Mutiara Naga. Saya ingin turut serta membaca komik tersebut namun tidak kesampaian.

Saya bukanlah budak yang disukai oleh si pemilik komik tersebut. Dia hanya memberi pinjam kepada rakan yang dia suka sahaja.

Kempunan saya.



Kerja sebagai cikgu atau guru?


Jawapan daripada seorang sahabat saya,
jurusan Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan.

Betulkah untuk mengambil bidang pendidikan, kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan CGPA di bawah 3.00 dari Matrikulasi atau STPM?

Sahabat saya cuba menerangkan isu ini dalam blognya.


Dia seorang cikgu praktikal sekarang dan sedang mencari erti guru.


Ahad, 9 September 2012

Buku sebagai makanan rohani


Saya terfikir mengenai ini setelah membaca sebuah buku karya Shaharom TM Sulaiman bertajuk Buku Kekasih.

Beliau ada menyatakan kadang-kala kita terlalu melihat membaca ini sebagai satu kesukaran. Pandangan itu perlulah diubah. Beliau cuba mengaitkan buku sebagai salah satu santapan rohani.




Retorik, ucapan yang memukaukan



Saya mula mengenali perkataan ini apabila saya belajar di kelas Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

"Retorik dengan erti mudahnya orang yang bijak berkata-kata. Dia cukup pandai dalam membuat pujukan dengan kata-katanya." Ujar encik Hazman, selaku pensyarah luar TITAS.

"Paling mudah untuk saya beri contoh ialah orang politik. Mereka cukup beretorik dalam bicara mereka. Contoh terbaik ialah Anwar Ibrahim."

Saya? Oh saya boleh berbicara biasa sahaja. Untuk menjadi seperti ahli politik, itu bukanlah bidang saya. Wadah bicara saya hanyalah melalui penulisan ini.


Pengkhianatan sahabat sepraktikum


Pengalaman mengajar saya bahawa jika kita ingin lepas geram perlulah pada tempatnya. Kita tidak boleh sesuka hati lepas geram kita walaupun pada kawan yang kita kenal. Kita tidak akan tahu bahawa ia kan menikam kita kembali. Atau kata mudahnya mengkhianati kepercayaan kita.

Saya pernah meluahkan rasa geram saya kepada sahabat baik saya ketika di matrikulasi. Akibatnya ia telah merenggangkan persahabatan kami kerana sahabat saya itu salah sangka apa yang saya katakan.

Kolej matrikulasi yang banyak mengajar saya erti kehidupan.



Sabtu, 8 September 2012

Minggu pertama kuliah


Lusa akan bermulalah minggu pertama bagi junior-junior saya di U. Semestinya mereka masih keliru dengan U yang besar ini.

Semacam 1001 perasaan meresapi jiwa ini apabila mengimbau kembali kenangan lama. Ia bagai semalam berlaku walhal sudah 4 tahun kenangan itu berlalu.

Untuk hari pertama kuliah, saya boleh tersesat kerana jahil membaca peta di U dan jahil bertanya orang. Heh. Malu juga ingin saya bercerita mengenainya.




Jumaat, 7 September 2012

Novel yang mencambah hobi


"Aku tak sabar nak tonton filem Harry Potter yang baru ini. Mesti syok seperti novelnya," kata seorang rakan sekelas belakang aku.

"Jom hari Rabu ini kita pergi JJ. Aku pun ada beberapa barang nak beli," jawab teman di sebelah meja.

Pelajar perempuan memang begitu. Suka menonton wayang. Tertarik dengan bual bicara mereka, aku pun menoleh ke belakang dan menyampuk perbualan mereka,

"Eh? Harry Potter ada keluar filem lagi? Aku ingat satu sahaja."

"Ish, menyampuk je kamu ni. Harry Potter sekarang dah keluar buku ke lima lah."

"Hmmm. Yeke? Aku tonton filem awalnya. Menarik!"

"Aku ada koleksi novelnya daripada 1 hingga 3 ini. Kali ni nak tonton filem pula."

"Rajin pula kamu baca novel BI. Selalunya novel cintan-cintun alaf 21 sahaja aku dengar kalian sembang."

"Kamu ni memang tak update langsung dengan Harry Potter. Ada terjemahannya dalam BM. Kalau tak, mananya aku nak baca novel tebal sebegitu rupa."

"BM!?" semacam saya tidak percaya mendengarnya.

"Ya. Kualiti terjemahannya pun tip top. Esok aku bawa bagi kamu pinjam. Boleh layan sama-sama."

"Hmmm... tengok macam mana lah," jawab saya keruan. Saya hanya ingin tahu sahaja. Tidak minat untuk membaca novel setebal itu. Novel Perlumbaan Kedua ini pun belum lagi saya mula baca apakan lagi novel lebih tebal daripada itu.



Khamis, 6 September 2012

Murid-murid, keluar barisan, bentuk bulatan

Terdapat satu kisah benar yang saya dengar.

Pada suatu hari ketika sesi pendidikan Jasmani, seorang cikgu memberi arahan kepada anak muridnya. Ketika itu mereka telah pun berbaris satu barisan lurus.

"Murid-murid semua. Keluar barisan, buat bulatan pula sekarang."

Esoknya cikgu tersebut dipanggil menghadap guru besar.

"Saya mendapat aduan daripada salah seorang anak murid kamu mengatakan kamu berpolitik di sekolah," kata guru besar kepada cikgu tersebut.

Cikgu itu kemudiannya dipindahkan ke sekolah lain pula.

Keluar barisan...

Bentuk bulatan...



Membeli buku online di Ujana Ilmu


Alhamdulillah. 3 buah buku yang telah saya pembelian online di Ujana Ilmu selamat sampai di rumah.

Saya tertarik untuk membeli karya Shaharom TM Sulaiman.

Nampaknya pengurusan kedai buku Ujana Ilmu cekap dan pantas. Saya tempah pada malam 4 September, 6 September telah pun sampai. Ada juga saya menelefon pejabat mereka untuk mendapat kepastian mengenai tempahan saya itu. Kerani yang menjawab juga bersopan.

Kini, saya boleh percaya beli online daripada Ujana Ilmu.

Harga penghantaran pun murah kalau beli banyak. Mereka hantar semua dalam satu parcel. Kebanyakan syarikat buku jual satu tempahan satu parcel menjadikan harga hantaran mahal kerana berasingan. Lebih elok kalau beli banyak berbanding satu satu dari Ujana Ilmu.

Terdapat banyak buku yang ingin saya beli dari kedai buku tersebut, namun saya simpan dahulu pautan jualan buku-buku itu. Al-maklumlah poket saya sedang meronta agar diisikan perkara lain dahulu.


Kebaikan menolong orang lain



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

1. Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.




Kalian Sayang PU ke tak?

Terdapat satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ketika saya pertama kali jejak ke sebuah kolej bernama KTP. Saya adalah pelajar yang lewat masuk ke KTP.  Pengalaman ini berkaitan tindak-tanduk Pembantu Universiti (PU) atau dikenali juga sebagai fasilitator yang menjalankan tugas mereka ketika itu di KTP.

Pandangan pejabat KTP dari salah satu bilik di blok Jebat.
Kemasukan 2008/09 blok lelaki KTP, blok Jebat hanya dihuni oleh pelajar baharu aliran Sains Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar. Berlaku percampuran beberapa pelajar jurusan lain kerana KTP dijadikan markas SUKSIS sejak tahun 2004 lagi.

Kerana percampuran pelajar dari kolej-kolej lain, seperti tiada kesatuan antara pelajar-pelajar lelaki junior. Mereka seperti dingin sahaja dalam pergaulan. Bagi pihak pelajar perempuan pula, terdapat pelajar-pelajar aliran pengurusan pentadbiran yang mana majoritinya amoi. Berlaku pertembungan dua kaum di situ.

Kesatuan di kolej ketika itu memang tidak stabil. Pelajar hanya bergaul dengan rakan yang mereka kenal dan tidak cuba suai kenal dengan pelajar lain. Ini menyebabkan berlaku kepuakan dalam KTP.

Kemuncak dari keadaan ini apabila ketua sorak kami kehilangan suara pada pagi Khamis itu. Semasa di Dewan Besar U,  barisan KTP dikenakan habis oleh warga-warga kolej lain. Suara kami tenggelam. Masing-masing seperti ambil endah tak endah kerana ini bukanlah hal mereka, fikir mereka.



Rabu, 5 September 2012

Kahwin, gosip terbaru


"Wong, selepas graduate ini, kamu target apa dalam kehidupan?" tanya sahabat sejurusan saya.

"Hmmm. Aku tak pasti," jawab saya sambil memandang pelayan meletakkan hidangan yang kami tempah tadi,

"Aku nak sambung master. Nak dapat pangkat Dr. di awal nama aku," senyumnya ketika berbicara.

"Aku... kahwin boleh?" jawab saya selamba.

Muka semacam pelik terpapar di raut wajah ketiga-tiga sahabat-sahabat aku. Entah kenapa aku rasa seperti seorang pesalah yang bakal ditanya oleh peguam bicara hebat.

"Yelah. Lelaki kena kahwin awal. Bagi aku, kahwin akan membawa tiga lagi perkara lain. Kerjaya, rumah, dan kereta." jelas saya dengan bersunguh-sungguh.

"Sudah ada calon kah?" celah seorang lagi sahabat aku. Dua yang lain meanggukan kepala, juga ingin tahu.



Kawasan sekitar UPM banjir

Air naik hampir paras pinggang.
(gambar curi daripada FB rakan)
Berita ini hangat diperkatakan mulai semalam. Inilah pertama kali saya dengar sepanjang 4 tahun lebih saya berkelana di UPM dan sekitarnya seperti Sri Kembangan dan Serdang.

Terdapat juga penerangan ringkas daripada blogger yang tinggal berdekatan UPM.

Teruk banjir ini sehinggakan 10 km jalan PLUS sesak dan terpaksa ditutup untuk sementara waktu. Hari ini pun cuaca sudah kelihatan mendung. Adakah ia bakal berulang lagi?

Nampaknya, duduk di UPM pun boleh banjir.


Selasa, 4 September 2012

Koleksi gambar Ryan


Saya terasa ingin berkongsi pula gambar-gambar anak saudara saya dalam blog ini.

Kelahiran seorang bayi baru dalam keluarga saya
tanggal April 2011.


Hadiah Tupperware untuk si budak kecil


Anugerah pertama yang masih melekat kuat di memori saya ialah saya menang tempat pertama sebagai murid terbaik darjah satu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Saya dapat markah 86%. Oh sungguh gembira saya ketika itu. Budak yang duduk di kelas tercorot Dinamik boleh menang anugerah! Selalu saya lihat si Atiqah, murid perempuan yang duduk di hadapan menerima pujian daripada cikgu kerana hebat dalam setiap ujian yang kami jawab. Kini saya pula dijemput menerima hadiah selepas dia. Manisnya saat itu.

Rakan-rakan tidak habis memuji saya. Seorang murid biasa tiba-tiba menjadi bualan kerana dapat markah tinggi dalam peperiksaan akhir. Walaupun hanya satu subjek bukan?



Isnin, 3 September 2012

Salah tegur Mak Cik


Dr. Farinazleen Ghazali adalah pengetua Kolej Pendeta Zaba (KPZ)


Jejalanblog: Entri pendek yang ketagih

Sesungguhnya para blogger ini semuanya hebat. Mereka bijak dalam kepakaran mereka masing-masing. Suka saya membaca cara mereka mengolah ayat-ayat 'cinta' mereka dalam blog mereka. Sungguh ku-ul!

Inilah masa saya untuk blogwalking atau istilah saya, jejalanblog.

Mari saya mulakan dahulu dengan blog yang saya suka baca.

Blog ini adalah antara pertama yang suka saya nyatakan - 




5 hari tempoh demam


Mengikut pengalaman saya, badan saya akan mengalami 5 hari fasa demam.



Pada hari pertama, tekak akan mula rasa gatal dan kering. Terasa bengkak di nodul. Minum air dengan jumlah yang banyak pun tidak melegakan rengsa kesakitan tekak.

Pada hari kedua, hingus mula keluar di hidung. Badan mula rasa panas. Batuk sikit-sikit. Kerja masih boleh dijalan secara biasa.

Hari ketiga adalah kemuncaknya. Sendi-sendi badan terasa sakit. Terutama di bahagian lutut, tangan dan pinggang. Badan menjadi panas teruk. Angin kipas pun tidak dapat menyejukkannya. Badan lesu dan terpaksa rehat sahaja di bilik. Hingus makin banyak keluar di hidung. Ini masanya 'cool fever' ditempekkan di dahi.

Hari keempat pula, peliknya batuk semakin kuat. Mungkin kerana kahak mula berkumpul di tekak. Badan sudah kurang panas. Sakit sendi berkurangan. Boleh memulakan kerja semula.

Hari kelima, badan mula beransur pulih. Boleh mula kehidupan seperti biasa.



Penulis Dwi-Bahasa

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhla bangsa.
Saya lihat ramai penulis Malaysia berbakat dalam menulis dwi-bahasa. Ada yang hebat menulis bahasa Inggeris juga menulis bahasa Melayu. Ambil sahaja contoh terdekat sasterawan terkenal kita dahulu seperti A. Samad Said, Faisal Tehrani, Jeniri Amir dan seumpamanya.



Saya? Oh saya masih merangkak dalam kedua-dua penulisan itu. Apapun saya tetap mencuba. Pertama, saya target untuk menguasai bahasa ibunda saya dahulu. Kemudian, sedikit demi sedikit saya juga tingkatkan penguasaan bahasa kedua saya pula iaitu BI dengan melanggan majalah-majalah BI terkenal seperti Majalah Times, National Geography dan Knowledge.



Ahad, 2 September 2012

Pengalaman pertama masuk U

Semalam saya sahaja berjalan-jalan sekitar kolej Serumpun. Ingin mendapat ilham menulis di blog ini.

Nampaknya setakat saya berjalan, hanya beberapa pelajar sahaja ada melepak di surau. Itupun pelajar senior. Mungkin para pelajar junior sibuk dikerah para fasilitator sekalian.

Teringat masa saya mula-mula masuk U. Ketika itu sungguh sesak perjalanannya. Saya dan keluarga sampai awal. Mungkin awal bagi kami, namun lebuh silikon ketika itu sudah sesak dipenuhi dengan kereta. Kami diminta parkir di sebelah kiri lebuh silikon.

"Ada bas akan datang ambil pakcik sekeluarga. Usah risau," pesan seorang pelajar berjaket oren. Kami hanya mendengar sahaja. Beberapa barang keperluan dikeluarkan dahulu.

Sayapun salin baju formal dalam kereta. Beberapa sela masa kemudian sebuah bas lalu dengan ada orang menjerit menggunakan hailer,

"Kolej serumpun, kolej serumpun,"




Kita takkan tahu sehingga kita mencuba

Today, at work a girl of maybe eight or nine was sitting next to our shop dog and happily talking to him, as many kids do. Then I saw her parents standing a few steps away holding hands anxiously, with tears of joy in their eyes. It turns out that their daughter is severely autistic and this was the first time they had ever heard her speak in full sentences. Simple things not being so simple MMT.
(Taken from MakesMeThink.com)
Hidup ini  tidak akan bermakna jika kita tidak mencuba langsung. Apakah ertinya masuk ke universiti jika minda masih tersekat untuk mencuba sesuatu yang baru? Biar bodoh sehari jangan bodoh setahun.

Teringat satu kisah yang telah sedikit demi sedikit mengubah minda saya yang kolot ini.

"Wong, kamu dah mulakan tak projek ni?" tanya Dr. Siti kepada saya ketika saya berjumpanya untuk membincangkan penulisan kertas kerja projek tahun akhir saya. Di waktu itu semester 6 baru sahaja bermula.



Sabtu, 1 September 2012

Panggilan rezeki

Ketika sedang sibuk menjadi penanggah di suatu majlis, handset saya bergetar...

tsst.... tsssttt. tssst... Ia bergetar lebih dari 2 kali. Ini tandanya ada panggilan masuk.

Terpapar nama pengurus syarikat saya praktikal dahulu. Saya angkat dengan rasa ingin tahu.

Adakah ini rezeki saya? Atau hanya ucapan selamat hari raya? Jarang sekali en. bos call saya tanpa sebab.

"Assalamualaikum," suara en. bos dapat saya tangkap.

"Waalaikumsalam. Yea encik bos. Kenapa call saya?" tanya saya berdebar-debar.

"Wong, sudah dapat kerja?"

Masih mencari. Adakah sangkaan saya betul?

"Bagus. Saya hendak offer kamu kerja di sebuah syarikat pesticide di Puchong. Saya SMS maklumat emelnya serta no hp pengurus syarikat tersebut."

"Baik. Terima kasih en bos.."

"Ok. Nanti en. pengurus akan call kamu. Jawablah mana yang patut. Selamat Hari Raya."

"Selamat hari Raya juga en. boss. Assalamualaikum."