Rabu, 12 September 2012

Orang yang melukakan janji


Janji itu satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. Mudah untuk kita katakan. Susah untuk kita kotakan.

"Baiklah. Nanti petang kita jumpa. Pukul 6.30pm aku datang bilik kamu untuk iftar bersama," kata seseorang itu kepada rakannya.

Rakan itu sungguh gembira. Akhirnya ada juga yang boleh berbuka puasa dengannya. Dia pergi ke bazaar Ramadhan awal dari biasa. Belilah ia beberapa makanan untuk berbuka puasa lebih dari kebiasaan.

"Boleh lah nanti aku kongsikan bersama dengan rakanku nanti," fikirnya dalam hati masih gembira ada yang akan berbuka puasa bersamanya. Walaupun selalu berjumpa dengan rakannya itu, tetapi tidak selalu mereka makan bersama. Ya. Mereka kawan baik cuma masa kadang-kala menjadi tembok untuk mereka bergaul lebih.

Tepat 6.15 pm, dia menerima SMS daripada rakan yang ingin datang ke biliknya.




"Maaf. Aku tak boleh nak iftar bersama. Aku terpaksa tolong kakak masak di rumah. Betul-betul minta maaf. Lain kali sahaja yea."

Hatinya secara langsung rundum.

"Ok." Itu sahajalah yang dia mampu balas.

Nampaknya dia terlalu gembira sampai makanan yang dibeli lebih sudah menjadi pembaziran...

Kisah ini terjadi kepada saya. Dan yang melukakan janji itu adalah saya. Setelah membuat keputusan untuk tidak datang ke bilik sahabat saya itu, saya tidak sedar bahawa saya telah melukakan hatinya.

"Wong, kenapa tak datang kelmarin? Penat aku beli makanan lebih. Kalau tak aku berbuka sahaja di masjid seperti biasa," ujar rakan saya kepada saya dengan nada kesal.

Melukai janji ibarat melukai tangan orang yang dijanji.
Lukanya sedikit, namun memberi kesan tidak selesa dalam sesuatu hubungan.

Tersentak saya mendengarnya. Saya telah menjadi orang yang melukakan janji... Dan saya tahu perasaan itu kerana saya selalu menjadi mangsa orang yang melukakan janji. Kini saya pula menjadi seperti mereka.

Astaghfirullahalazim.



Ya memang seperti janji itu janji biasa, tetapi mungkin orang yang kita berjanji itu berharap sungguh akan janji kita itu. Luka janji memang cepat pulih, namun luka janji adalah perit untuk dirasai.

Oleh kerana selalu berjumpa dengan orang yang melukakan janji, saya terus membuat 2 peraturan ini supaya saya tidak lagi merasai keperitan luka itu.

1. Apabila berkata "Tengoklah nanti." - saya terus menganggap dia mengatakan tidak.
2. Apabila ingin meminjam sesuatu atau mengajak ke satu tempat bersiar-siar. - saya akan pastikan adakah dia jenis suka bergurau atau hanya ingin menyedapkan rasa hati kawan. Jika, tak saya endahkan sahaja kata-katanya itu. Saya tak mahu berharap pada yang tidak pasti.

2 mengomel

sedih kan. if dah ckp nk pg same2, but then kt sorg2 je at last.

Adat dunia. Yang penting kita tidak melukakan janji kerana kita tahu akan perasaannya, bukan?

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon