Telah 3 kali saya mengundi sebagai mahasiswa sepanjang 4 tahun saya berada di U. Kini tibalah masanya untuk mengundi semula sebagai mahasiswa tahap lain pula. Tahun lepas tidak dapat kerana PRK tidak dijalankan atas sebab-sebab yang saya sendiri kurang pasti.
Pelbagai ragam calon yang bertanding saya lihat di facebook. Boleh saya katakan kebanyakan mereka tidak matang dalam menyatakan manifesto mereka. Hampir semua tidak jelas. 'Suara saya, suara pelajar' =.="
Semoga yang bertanding menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya. Ia tidak sama seperti pemilihan ketua darjah ketika di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ia bukan perkara main-main lagi. Menjadi seorang pemimpin secara tak langsung telah meletakkan kaki kita setapak di syurga, dan setapak lagi di neraka.
Apapun, saya harap ia tidak terjadi seperti peristiwa gelap pada awal tahun 2011 yang lalu. Ada juga mahasiswa yang kreatif menulis sebuah cerpen berkaitan peristiwa gelap itu. Ia menarik untuk dibaca buat tatapan umum.
Terdapat juga analisis ringkas situasi PRK kali ini oleh pelajar UPM sendiri. Ia satu pendedahan bagus supaya para mahasiswa cakna dengan situasi sekeliling mereka.
4 mengomel
Pilih tema salah satu, nak pilih semua puon takpe..
a) Kezaliman/dizalimi oleh
b) Demokrasi dicabuli
c) Hak hak mahasiswa
d) Kuasa autonomi
e) Mahasiswa jumud/lesu
f) Pentadbiran tidak cekap
g) Kebebasan dikongkong
h)
satu lagi tertinggal,
h)student power
hahaha...yep. tertarik baca ni, senpai. Teringat pula masa semester satu dulu. Orang sibuk berkempen student first year pula kena kempen benda lain (itu MLM punya psl daa. adeh...
@asrul
"Mereka yang soleh itu diutamakan daripa yang tak soleh. Mereka yang menutup aurat secara sempurna itu di aulakan daripada yangg tidak menutup aurat. Mereka yang menzalimi diri sendiri di depan Allah sudah pasti akan menzalimi manusia yang dipimpinnya." pesan sahabat saya.
@Lyana
Adakah ianya HerbaLife? Ini suatu yang sukar dibendung masa kini. Heh.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon