Kolej kediaman saya tinggal dahulu terdapat beberapa sukan yang terkenal. Antaranya ialah ragbi. Ini mungkin kerana kebanyakan sukan ini dipelopori oleh para pelajar lepasan asrama seperti dari lepasan MRSM. Ramai senior saya ketika itu lepasan pelajar asrama penuh.
Mahasiswa yang bermain ragbi dianggap hebat oleh para warga kolej kediaman saya. Terutama yang menjadi pemain utama atau star. Mereka sudah tidak perlu risau untuk menyimpan merit untuk tinggal di kolej pada semester hadapan kerana tiket untuk tinggal di kolej banyak didominasi oleh sukan lasak ini.
Teman sebilik saya semasa saya tahun pertama seorang star ragbi. Dia dikagumi dengan kepantasan dan kelincahannyanya berlari menghantar bola ragbi. Saya berkesempatan melihat dia beraksi. Hebat. Saya kagum dengan dia yang pandai bermain.
Namun demikian, ini tidak bermaksud saya juga suka bermain ragbi. Saya bukanlah budak sukan lasak. Saya lebih suka bermain permainan yang menguji minda berbanding fizikal. Catur, dam haji, sudoku, kankuro dan semestinya permainan komputer menjadi hobi utama saya ketika itu.
Kalau orang Jepun panggil otaku. Kalau orang Puteh panggil geek. Kalau saya, panggil budak pandai. Heh.
Lain orang lain cita rasanya, bukan?
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon