Berjumpa 'cikgu' baharu

4 bualan
Pin It

Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada nombor pejabat. Agak gementar untuk mengangkatnya.

"Hello, Assalamualaikum. Saya ni Dr. Husni."

"Waalaikumsalam. Dr. Husni?" sambil aku cuba menggamit memori ini. Oh sungguh aku tak ingat siapa Dr. Husni ketika itu, "ya Dr. Ada apahal yea?" sambil aku buat-buat kenal sahajalah.

"Saya sudah terima proposal projek Master awak. Saya tak faham apa kamu tulis ini. Boleh jumpa untuk bincang?"

Oh sekarang baru memori itu tergamit di minda. Penyelia untuk pasca-ijazah yang telah aku mohon 2 minggu lepas. ^^

Maka pada pukul 1pm hari ini telah pun saya berjumpa dengan beliau. Berbincang mengenai projek Master saya.


"Kita sekarang ada satu projek Lynas. Masih dalam proses. Jadi, kamu boleh buat la projek tersebut kalau ia lulus. Kalau kamu tetap nak buat biochar, saya boleh kehadapankan projek kamu ni ke pensyarah yang bersesuaian," kata Dr. Husni kepada saya.

"Saya tak kisah Dr. Saya memang nak buat bawah Dr. Jadi apa yang patut saya tahu mengenai projek Lynas ini?"

"Kita akan kaji penggunaan bahan sampingan terhasil dari Projek Lynas untuk tanaman. Unsur utama nak kita lihat ialah magnesium"

"Kalau begitu bila saya boleh mula?"

"Nanti dulu, kita bincang lagi hal-hal lain. Saya lihat kefahaman kamu dalam asas sains ni kurang sedikit. Banyak dapat B+. Kamu ada ambil kimia pertanian?"

"Kami budak hortikultur tiada ambil Kimia pertanian, Dr."

"Kalau begitu, kamu sit-in (audit) untuk kelas tersebut."

dan berlakulah beberapa perbincangan mengenai subjek-subjek yang aku patut ambil untuk kursus ini.

Alhamdulillah. Dr. Husni mahu terima aku sebagai pelajar beliau. Sebenarnya aku agak gementar nak jumpa beliau pada awalnya. Yelah. Banyak perkara yang pelik-pelik aku dengar mengenai beliau. Namun, aku ketepikan semua itu kerana itu hanyalah pandangan orang ketiga.

Pengalaman aku bersama Dr. Siti Hajar mengajar aku bahawa kita jangan senang sahaja membuat andaian membabi buta. Kalau tak tahu, pergi tanya dan siasat. Jika tak, mana kita nak tahu kesasihan sesuatu cerita.

"Muet kamu band berapa?"

"Band 3 je."

"Ini susah sikit. Kalau buat Master kamu kena pandai 'writing'."

"Insya-Allah boleh diperbaiki."

"Nak perbaiki apa. You can't simply said it can be improved. You must show it," Dr bangun dan keluar dari bilik beliau sekejap.

Aku diam sahaja untuk seketika. Kemudian Dr. masuk dengan beberapa majalah bahasa Inggeris.

"Nah ambil ni baca. Biasakan baca buku bahasa Inggeris. Awak ada baca buku bahasa Inggeris tak?"

"Setakat ni saya minat baca novel sahaja."

"Novel apa?"

Alamak malu pula aku nak kata yang aku ni minat baca novel-novel Inggeris fiksyen.

"Er... Harry Potter dan Lord of The Ring."

"Ha, boleh la tu. Biasakan baca artikel-artikel Inggeris."

Baiklah Dr. Saya akan tingkatkan lagi pembacaan bahasa Inggeris. Sebenarnya di rumah tu bertimbun majalah Times, Knowledge (BBC), dan National Geography. Cuma tiada masa hendak baca. Yelah, facebook sahaja sempat saya baca.

Namun, aku mengiyakan sahajalah. Kita jika berbicara dengan pensyarah, tidak elok berlagak pandai. Itu adalah antara adab yang perlu diamalkan walaupun kadang-kala kita ada betulnya. Yang penting kita perlu menghormati mereka sebagai pensyarah. Bersikap rendah diri itu lebih baik.

"Baiklah, sekarang projek ni pun belum pasti lagi. Nanti jika sudah dapat projek ini, kita akan panggil awak. Sementara itu, boleh la kamu tunggu keputusan pendaftaran Master ni," gerak tangan beliau mengisi borang tertera di atas meja.

Ini menjadi titik tolak untuk saya meneruskan perjalanan saya seterusnya. Dahulu saya budak hortikultur, kini budak tanah pula. Semoga Allah memberkati perjalanan saya ini.

Kesimpulannya, untuk meneruskan lagi pelajaran kita di peringkat tinggi, kita perlu bersedia sama ada dari segi emosi dan minda agar kita tidak kecundang di separuh jalan nanti. Master ini bukanlah seperti ijazah kerana kita telah terjun ke dunia kajian.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Insya-Allah kalau ada peluang terdekat ini.

      Padam
  2. Wah....Izham!!! Saya sangat berbangga kerana mengetahui kamu bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda pula! Alhamdulillah, saya tumpang gembira!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan. Pasca-Ijazah. =)

      Terima kasih!

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia