Saya terfikir mengenai ini setelah membaca sebuah buku karya Shaharom TM Sulaiman bertajuk Buku Kekasih.
Beliau ada menyatakan kadang-kala kita terlalu melihat membaca ini sebagai satu kesukaran. Pandangan itu perlulah diubah. Beliau cuba mengaitkan buku sebagai salah satu santapan rohani.
Ya, memang pelbagai santapan rohani yang ada. Solat 5 kali sehari adalah santapan rohani yang ruji. Namun apa pula santapan rohani yang lain?
Buku. Dengan hanya membaca sahaja sudah membuatkan kita berfikir. Apatah lagi jika kita membaca dengan akal.
Bayangkan buku setebal 300 halaman bagaikan sebuah balang rempeyek yang kita makan di kala syawal menjelang. Kita telan satu persatu halamannya ketika kita bosan. Cukup 5-6 halaman sekali pembacaan sebagai santapan. Dalam masa sebulan pasti ia sudah habis dihadam kita.
Maka, pasti kita pun telah mendapat manfaat yang banyak.
2 mengomel
emmm... kita ada mood... datang mood membaca - mmg non stop boleh membaca - 1 jam 1 buku pun boleh... datang malas... satu buku sampai sebulan pun tak habis baca lagi... :(
cuba lagi puan. Insya-Allah boleh.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon