Ahad, 23 September 2012

Harapan kata, huluran tangan


"Wong, tak apa kah bawa beg itu? Mahu aku tolong?" kata Husein menawar pertolongan kepada aku.

Kami baru sahaja turun dari jeti tasik Banding menuju ke kem penginapan kami yang terletak di atas bukit.

"Tak mengapa. Aku boleh bawa sendiri," senyum aku kepada dia menyembunyikan kepayahan aku mengangkat 2 beg yang berat ini. Saya hargai tawarannya itu.

Cuma, saya tahu badan saya tidak sekuat dia. Mampu membawa 3 beg sekali jalan. Dua di tangan dan satu menyandang di belakangnya.  Malahan boleh dua kali ulang. Saya setakat membawa dua beg di tangan ini pun sudah terhuyung-hayang menaiki bukit untuk sampai ke tapak perkhemahan.

Namun saya malu untuk memberi kedua-dua beg ini kepada dia. Apa kata orang nanti setelah tiba di kem? Saya tidak mahu berlenggang kosong ke kem tanpa membawa sebarang barang. Saya bukan jenis yang suka curi tulang.


Beberapa tapak sahaja sebelum sampai ke khemah, saya tergelincir jatuh atas batu berlumut berhampiran kem.

 Aduh sakitnya lutut saya. Terdapat kesan koyak sebesar duit syiling 20 sen di bahagian lutut seluar.

"Hah! Itu lah. Bukan kah aku sudah tawarkan nak tolong angkat beg. Sekarang sudah kena. Baru padan muka. Berlagak lagi," sindir Husein yang sudah tiba di tapak perkhemahan untuk kali kedua bersama beg-beg yang dibawanya tadi. Rakan-rakan yang lain hanya melihat saya seperti menyokong kata-kata sindiran Husein itu.

Saya hanya mendiamkan diri. Adakah ini yang sepatutnya seorang rakan berkata kepada rakan yang sedang sakit? Saya cuba mengawal situasi yang tampak memalukan saya itu.

Sedang saya menyembunyikan kesakitan itu, sepasang tangan terhulur di hadapan saya. Terus menangkap tangan kanan saya ke atas. Membetulkan keadaan saya yang terjatuh tadi.

"Tak mengapa. Luka sedikit sahaja. Mari aku ambilkan satu beg kamu itu. Yang satu lagi aku tahu kamu boleh bawa sendiri," kata Arifin sambil terus mencapai beg saya yang berat. Saya tidak sempat menolak tawaran dia itu. Nampaknya dia mengerti saya dalam kesusahan dan tidak perlu untuk menawarkan pertolongan lagi.

Saya ingatkan saya yang paling lambat tadi tatkala semua para peserta sudah melepasi saya berebut bertanding siapa yang akan sampai dahulu ke kem. Rupanya masih ada Arifin di belakang. Dia lewat kerana menolong tuan komandan di jeti tadi.

Kami berdua sama-sama naik pergi ke tapak perkhemahan. Ariffin tidak berkata apa-apa mengenai kejadian ini malah tidak mengungkitpun hal ini walaupun lebih tiga tahun ia berlalu.

Kami kadang-kala terserempak. Bertegur sapa bertanyakan khabar.

Betullah kata orang, tangan yang menolong itu lebih mulia berbanding kata yang menolong.

p/s: nama-nama yang tertera telah diubahsuai bagi mensensasikan kisah benar ini.

3 mengomel

mari monolong membuat esimen :p

apa khabar? semoga saudari dapat siapkan tugasan saudari dengan jayanya. Maaf la saya tidak dapat memberi tangan untuk menolong untuk itu.

baik :)

oooo.. sangat polite. terasa jauh langit dengan bumi. salam perkenalan :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon