 |
| Pintu masuk utama ke Pameran Floria 2012 |
Bunga dan landskap adalah salah satu dari cabang hortikultur. Keindahan kedua-duanya bersifat subjektif kepada individu tertentu. Namun, asas nilai estatik pada bunga dan landaskap mestilah ada.
Saya telah mengambil kesempatan melawat Putrajaya Floria 2012 semalam. Al-maklumlah, kalau nak melawat tempat-tempat pameran hortikultur lebih berbaloi untuk 3 hari pertama. Takut bunga layu jika lewat lawat. Dengan faktor cuaca yang kini panas, saya yakin bunga akan cepat layu.
Mengikut
website Floria 2012, pesta Floria 2011 tahun lepas mencapai jumlah kunjungan lebih daripada 1 juta pengunjung dari pelbagai tempat. Untuk tahun ini, mereka mensasarkan lebih dari tahun lepas. Setiap kawasan disusun menarik untuk pengunjung lawati. Boleh rujuk
peta yang telah disediakan.
 |
| Rekaan landskap rumah tradisional Melayu bersama pokok-pokok bunga kertas di halamannya. |
Jika tahun lepas temanya bunga ros, kali ini bunga kertas (bougainvillea) pula mengambil alih. Pelbagai varieti dan kultivar bunga kertas dipamerkan. Dapat saya lihat bunga kertas daripada yang biasa kita lihat sehinggalah yang jarang dilihat. Dengan bentuk dan warna yang pelbagai, memang bunga kertas mungkin boleh menjadi penawan pandangan pengunjung.