Saya bernasib baik mempunyai motorsikal yang dihadiahkan oleh ayah saya semasa saya tahun kedua di UPM. Ia telah memudahkan perjalanan saya sekitar UPM. Bermula dari ke kelas sehinggalah bersiar-siar di KL.
Sebenarnya pada tahun pertama ayah telah menawarkan untuk memberi motorsikalnya kepada saya. Tetapi saya menolak. Saya masih ada rasa was-was untuk bawa. Maklumlah UPM hanya membenarkan pelajar tahun ke-2 sahaja untuk membawa motorsikal.
Kebetulan pada masa itu teman sebilik saya tahun kedua dan dia tidak membawa motorsikal ke universiti. Teringin untuk meminta pertolongannya memohon pelekat, namun saya diamkan sahaja. Dia pun mungkin tidak akan menolong saya, fikir saya ketika itu. Saya tidak rapat sangat dengannya.
Ada juga di antara rakan-rakan saya yang telahpun bawa motorsikal semasa tahun pertama. Mereka guna alasan motorsikal kawan jika di tahan pengawal keselamatan semasa melalui pintu utama masuk kolej ataupun fakulti. Ia berkesan. Lagipun pak guard tidak kisah sangat asalkan kita menjawab dengan baik dan bersopan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka.
Akhirnya pada tahun ke-2, saya berjaya memohon pelekat motorsikal. Semenjak itu saya rasa bebas untuk ke mana-mana sahaja. Tidak terikat lagi dengan bilik saya sahaja. Sememangnya sebuah motorsikal memberi erti kebebasan kepada seorang pelajar biasa seperti saya.
2 mengomel
It reminds me of my motorbike too...C70 - got it when i was in second yr, mak gave me RM1000 & i have to top up with some savings fr loan to buy it. funny bila ingat crossing penang bridge dgn kapcai buruk, rasa nak terbang jatuh dlm laut.4 yrs there with kapcai buruk without lesen cuma L ..alhamdulillah nasib baik selamat..
Motorsikal memang memudahkan perjalanan seorang pelajar. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon