Sabtu, 8 September 2012

Minggu pertama kuliah


Lusa akan bermulalah minggu pertama bagi junior-junior saya di U. Semestinya mereka masih keliru dengan U yang besar ini.

Semacam 1001 perasaan meresapi jiwa ini apabila mengimbau kembali kenangan lama. Ia bagai semalam berlaku walhal sudah 4 tahun kenangan itu berlalu.

Untuk hari pertama kuliah, saya boleh tersesat kerana jahil membaca peta di U dan jahil bertanya orang. Heh. Malu juga ingin saya bercerita mengenainya.




"Nizam, kamu tahu tak kelas ini?" tanya saya kepada teman sebiik saya. Dia seorang senior setahun lebih tua daripada saya.

"Maafla. Aku ni budak bio. Tak tahu kelas budak pertanian. Kau cuba tanya Rafi," jawab dia sambil mengemas beg bersiap ke kuliah.

"Tak apalah." sayu hati saya mendengarnya. Jawapannya seperti tidak membantu. Rafi juga senior saya, namun bukanlah saya kenal sangat dengannya. Baru sahaja saya menapak di sini tidak sampai seminggu.

Tidak mengapalah. Diapun sedang sibuk dengan kelasnya. Baik saya jangan ganggu dia.

Maka, tersesatlah saya ketika menaiki bas Suanasa Edaran dari Kolej Tradisional sampai 2 kali pusing fakulti-fakulti U. Sesak dengan pelajar-pelajar baharu.

Nasib baiklah ada Edison, teman sejurusan saya sesat bersama.

Kami tiba lewat 30 minit ke kelas pertama kami.

2 mengomel

heheh. Sesat dalam kampus time semester satu. Semua orang alami benda ni, lagipun time awal semester belum ada contact.

Tapi aku ambik kesempatan jadikan ini alasan.. time 5 minit terakhir baru masuk kelas. :D

Ngeee. Itu lagi teruk daripada aku. LoL

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon