Rabu, 19 September 2012

RA dan Master - Dua entiti bersangkutan



Pada petang tadi saya pergi jumpa penasihat projek Master saya untuk meminta nasihat apakah subjek-subjek yang sesuai untuk saya ambil pada semester ini. 3 subjek beliau nyatakan sesuai untuk saya ambil iaitu Pertanian dan Perubahan Iklim, Fizik Tanah, dan Analisis Tanah.

"Dr., bagaimana pula dengan RA?" tanya saya inginkan kepastian.

"Semester ini bukankah saya sudah kata saya tiada dana untuk projek baharu. Siapa suruh kamu sambung semester ini," kata beliau selamba.

Termengkelan saya mendengarnya. Nampaknya terpaksa la saya mengikat perut semester ini. Duit simpanan pun sudah berkurangan. Perlulah juga saya mencari kerja sambilan.

Setelah keluar dari pejabatnya saya teringat kata-kata rakan saya mengatakan Prof. Zul mencari RA (research assistant) untuk projeknya. Mungkin saya boleh mohon bekerja sementara di bawahnya untuk satu semester, fikir saya.



Bilik Prof. Zul tidak jauh dari bilik Dr. Husni. Sebaik sampai sahaja di hadapan bilik Prof. Zul, saya kaku. Teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik beliau. Saya tidak tahu betul atau tidak kata-kata rakan saya itu. Badan saya cuba mengalih ke arah lain untuk berlalu pergi, tetapi semacam ada satu perasan berkata "Kalau kamu tak cuba Wong, mana tahu Prof. nak atau tak RA?"

Baik. Saya terus tekadkan hati mengetuk biliknya.

Tuk, tuk, tuk.

"Masuk," kedengaran suara orang tua dari dalam bilik.

Jangan takut gagal, 
tetapi takutlah gagal mencuba 
- Anonimos
Saya masuk, bersalaman dengan Prof. Zul dan memperkenalkan diri saya.

"Assalamualaikum Prof.. Saya Wong, pelajar Master Dr. Husni. Saya ingin tahu jika Prof. ada mahukan RA. Jika ada kekosongan lagi."

Serta-merta muka Prof. Zul berkerut.

"Saya tidak faham soalan kamu itu. Kamu sambung bawah master bawah Dr. Husni, kemudian mahu kerja RA bawah saya. Bagaimana tu?"

Aik. Aku pun tak faham soalan Prof itu.

"Silakan duduk."

Aku duduk sambil bermuka tidak faham.

"Saya pun tidak faham soalan Prof. itu," soal saya seakan memohon penjelasan daripada beliau pula.

"Begini biar saya beri contoh. Saya pemilik sebuah kilang. Kemudian saya ambil kamu bekerja bawah saya. Sedang kamu bekerja, kamu datang nak minta pengecualian sebentar hendak balik rumah jaga anak. Adakah boleh saya berikan?

"Semestinya tak sebab hal rumah lain dengan hal kerja."

"Tapi bagaimana pula kalau kamu bekerja bawah saya, dan kemudian kamu nak minta pengecualian balik ke rumah saya, jaga anak saya, boleh saya benarkan?"

"Tentunya boleh sebab saya pergi rumah Prof."

"Samalah keadaannya sekarang. Kamu ambil master di bawah supervisor lain, tetapi kamu nak bekerja di bawah supervisor lain."

"Tapi sementara sahaja."

"Itu silapnya. Projek saya berjalan sepanjang itu. Kemudian kamu tinggalkan projek saya buat projek bawah Dr. lain pula. Tak ke susah saya pula?"

Oh aku mula faham. Ini bermaksud aku tidak boleh buat kerja 2 dalam 1.

"Jadi maksudnya saya tidak boleh belajar sambil jadi RA?"

"Boleh, tapi hanya jika pada supervisor yang sama."

Erk. Nampaknya saya sudah silap pemahaman. Terima kasih atas penerangan Prof. yang panjang lebar itu.

Kemudian terpaksalah saya mendengar leteran Prof. selama 10 minit kerana kebodohan saya dalam memahami konsep RA dan master. Aduh. Ini akibat terdengar pesan kawan saya mengenai kerja sebagai RA dan master. Rupanya ia dua entiti yang saling berkait rapat antara satu sama lain.

Sebelum saya beredar, Prof. Zul memberi 1 kotak air, sebungkus biskut, dan 2 biji cokelat sebagai tanda penghargaan saya datang bertanya. Ambil sahajalah. Saya pun sedang lapar ketika ini.

Saya tergelak sendirian sebaik sahaja saya berada di hujung koridor bangunan. Saya belajar satu perkara baharu hari ini - Pensyarah mahukan RA yang boleh terus menjadi pelajar master di bawahnya sekali agar dana yang mereka dapat tidak dibazirkan begitu sahaja.

Memang saya dimarahi oleh Prof. tetapi sekurang-kurangnya saya berani bertanya dan memohon penjelasan berbanding saya duduk diam tidak berbuat apa bagi memecahkan belengu di hati saya ini.

6 mengomel

Takperlah at least a lesson to learn..kena marah dpt makanan berbaloi jugak tu heheh..

Betul tu. Lain kali tahulah saya nak buat apa kalau ada orang bercerita mengenai RA.

terima kadih di atas perkongsian anda,satu pengetahuan baru untuk sya,:)

your prof zul like my supervisor.

lepas kena2 marah..dia p bg coklat..kebetulan de baru baru balik dr bercuti..kuikui...

maksudnya...lpaz prof akak dah xda dana...akak dah x jdi RA la..mcam tu ka...atau lpaz tu prof akak dpat dana blek..n akak smbg jdi RA

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon