Dalam satu kelas yang sedang berlangsung, seorang pensyarah tua sedang mengajar dengan kusyuknya.
Beberapa orang pelajar asyik melihat jam di dinding. 30 minit lagi kelas akan habis.
"Each live stock is different. Setiap daging ada namanya. Beef, daging lembu. Mutton, daging kambing. Bacon, daging babi," terang pensyarah tersebut di hadapan.
Tiba-tiba pintu di hadapan kelas dikuak perlahan. Bayangan seorang lelaki menyandang beg masuk ke kelas.
"Hah! Aizat. Kelas sudah dekat habis baru awak datang?" tegur sinis pensyarah tersebut kepada pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke dalam kelas.
Terkejut dengan teguran itu, pelajar tersebut terhenti seketika sebelum mengambil tempat duduk berdekatan pintu masuk kelas.
"Bukan Dr., tadi sebelum saya pergi ke kelas, saya terserempak dengan pak Arab. Jadi saya bertegr sapa lah dengan dia."
"Lama bebenor kamu bertegur sapa," sambut rakannya di belakang.
Pensyarah hanya memandang dia dan menggelengkan kepala.
"Biasalah Dr." tersenyum sipu Aizat sambil duduk di tempatnya itu.
Para pelajar lain sudah ketawa terkekek-kekek mendengar alasan yang diberikan Aizat. Hebat pula yea dia bersembang dengan warga asing begitu lama.
Minggu hadapan kelas berlangsung seperti biasa di waktu dan tempat yang sama.
"Sometimes you need to look carefully before you slaughter the live stock. It requires tenderness to keep their meet soft and sweet before it can be served well," ujar pensyarah tersebut sambil menggoyankan tetikus di tangannya.
Jam menunjukkan 30 minit lagi kelas akan habis.
Pintu terkuak sedikit dan lembaga lelaki berkemaja-T bercorak kotak dan sedikit gempal kelihatan.
"Ha! Aizat. Kali ni awak tegur siapa pula?" ujar pensyarah sebaik melihat kelibat Aizat.
"Maaf Dr.. Tadi saya jumpa Pak Hitam. Lama kami tegur." Ah sudah.
Para pelajar yang lain tergelak-gelak mendengar alasan Aizat itu. Sungguh bijak dia memberi alasan. Teguran bersama warga asing memang mencuit hati mereka mendengarnya. Apalah yang sebenarnya si Aizat ini buat sehinggakan mampu bersembang dengan warga asing begitu lama.
Seperti biasa, Dr. hanya mampu menggelengkan kepala dan meneruskan kembali kuliahnya. Beliau seperti sudah biasa mendengar alasan sebegitu. Malas dilayan olehnya lagi.
Peristiwa ini berulang beberapa tatkala kuliah berlangsung selama 16 minggu.
Nampaknya, seperti Aizat mempunyai ramai kawan warga asing. Alasannya sentiasa membuatkan kelas itu girang tatkala muram kerana sarat dengan ilmu yang memenuhi suasana kelas itu.
p/s: nama telah diubahsuai bagi menghebatkan lagi sensasi cerita betul ini.
5 mengomel
ramai nya kawan aizat !!!!
Kawan2 warga asing membuat kita memahami budaya mereka
Datang mencelah..heheheh
Salam kenal dan follow
Datang menjemput join segmen saya :
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
Kini penyertaan 102 orang !!!
Jom blogwalking dan tambah follower!!
@Remy
Betul tu. Alasan yang sentiasa menggembirakan suasana kelas di kala lesu.
@Hanif
Hi there! I'm just a blogger who happen to have a blog. Thanks for your great invitation. Care to read 'Berkenaan' tab for more info.
ha3,. kdg2 kawan dlm kelas yg pelbagai ragam, buatkan kita sronok nak belajar.. ^^
Setuju! Apabila dikenangkan kembali, pasti kita akan tergelak terutama boleh buat bahan untuk bersembang ketika reunion nanti. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon