Pendedahan kepada wajah buku dunia

Berbual
Pin It

Istilah facebook masih jauh bagi saya ketika awal saya masuk U, sekitar Julai 2008. Yang saya tahu, rakan sebilik saya sibuk dengan facebook. Dia aktif facebook bermain permainan mafia wars. Lalu saya andaikan facebook hanyalah laman sosial untuk bermain. Bukan masanya saya untuk saya membuat satu akaun facebook.

Beberapa lama kemudian, rakan sejurusan saya cuba mengajak saya mendaftar satu akaun facebook setelah mengetahui saya sudah memiliki sebuah komputer dekstop pada semester dua kami. Hmmm. Apa salahnya mendaftar? Friendster pun sudah tidak menarik bagi saya apatah lagi myspace.

Akhirnya facebook telah menjadi medium penting buat saya sehingga kini. Terdapat banyak pengalaman dan ilmu saya pelajari hanya dengan ber-facebook. Menakjubkan!
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia