Semalam, Hari ini, Esok - Sikap

Berbual
Pin It

Untuk berjaya terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan pada hari ini. Sesungguhnya apa yang kita lakukakan hari ini adalah berdasarkan apa yang kita lakukan semalam. Jika eloklah semalam, maka elok lah hari ini. Dan jika elok hari ini, maka eloklah hari esok kita.

Semalam berakhir, lakukan terbaik hari ini demi esok yang gemilang.
[kredit]

Perkara pertama yang perlu kita ubah adalah sikap kita ini. Sikap kita bermula dengan pemikiran kita. Hendaklah kita sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan kita hadapi hari ini.

Contohnya jika bas lambat datang, apa kata kita berfikiran posifit "Mungkin nilah masanya aku hendak membaca nota ketika tunggu bas" atau "mungkin ini lah masanya aku bersosial dengan rakan yang tak aku kenali sebelah aku ini."

Kadang-kala tidak dinafikan saya juga berfikiran negatif dalam beberapa perkara. Namun, saya cuba atasinya dengan banyakkan berselawat dan beristighfar. Maklumlah saya ini juga manusia. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Juga sikap kita perlulah sentiasa diperbaharui setiap hari. Sikap perlu diperbaiki setiap hari seperti mana niat puasa perlu diperbaharui setiap hari di bulan Ramadan. Sikap itu adalah milik untuk hari itu. Bukannya hari lain ataupun semalam.

Sebagai contoh, saya ini jenis sensitif terhadap keadaan sekeliling. Kadang-kala dengan teguran sedikit daripada kakak, adik ataupun rakan boleh membuatkan saya terasa. Ini apatah lagi di muka buku. Setelah beberapa ketika barulah saya seperti sedar apabila saya bertanyakan kepada diri "Adakah aku menjadi sensitif tidak bertempat hari ini?" Sekira jawapannya, "Ya", saya akan segera beristighfar dan meminta maaf.

Sikap kita perlu diberi perhatian setiap hari kerana itulah cara terbaik menguruskannya. Perhatian yang lebih perlu diberikan jika kita sememangnya selalu bersikap pesimis ataupun kritikal.

Insya-Allah, kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar sikap kita ini dijauhkan dari sikap-sikap orang yang tercela. Perkara mudah yang boleh kita amalkan ialah dengan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. Mungkin rakan lambat datang mengikut masa yang dijanjikan kerana dia aral yang melintang. Sabarlah. Mungkin itu juga masanya untuk Allah uji kesabaran kita.

Yang lepas jangan dikenang. Yang hadapan jangan dikejar. Sememangnya hari ini  adalah masa terbaik memperbaiki sikap kita.
[kredit]
Kesimpulannya, apa yang kita lakukan hari ini adalah berdasarkan apa yang kita lakukan semalam. Sikap itu satu proses. Ia takkan terbentuk dalam masa sehari. Maka amalkanlah sikap baik hari ini, sesungguhnya ia akan membawa hari yang elok esoknya.


sumber: John, C.M. (2011) Make Today Count. Ed. Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Publication.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia