Sebutan berbeza warga asing

3 bualan
Pin It

Ketika di semester 2, antara subjek-subjek yang tersenarai kami wajib ambil adalah Prinsip Asas Ekonomi.

Kelas tersebut diajar oleh seorang pensyarah dari luar negara. Diimport khas dari Sudan. Namanya sungguh susah untuk saya sebutkan. Biarlah saya pendekkan ke Dr. M sahaja. Bukan Tun Dr. M, ok?

Apa yang menariknya beliau hebat dalam mengajar. Sungguh hebat sehinggakan slang Inggerisnya pun kurang kami faham.

Kadang-kala sukar untuk memahami slang bukan  Manglish atau English American.
(gambar hiasan)
"The revenue is the same when you buy the chicken rice. Awak ta hu, na si ayem?"

Aku dan rakan tercengang seketika. Apakah yang ingin beliau katakan ini? Beliau buat lawak atau nak menarik perhatian. Pelajar perempuan yang di hadapan sudah terkekek ketawa memberi isyarat bahawa ada pelajar yang faham lawak beliau.


Pelajar lelaki di meja-meja barisan belakang pula sibuk bersembang. Ada pula yang sudah terlelap dek kerana sibuk bermain permainan komputer DoTA sehingga larut malam. Kebanyakan mereka mengendahkan sahaja perbicaraan itu.

Saya? Malu untuk berkata bahawa saya juga tergolong dalam golongan lelaki bersembang itu. Yelah. Slang pensyarah itu terlalu kuat seperti menonton bicara warga kulit hitam filem-filem asing dari Amerika.

Setelah lama berbicara, mata beliau tepat melihat arah tempat kami. Terdiam seketika kami. Oleh kerana di hadapan pancaran lampu ditutup agar skrin pemancar cerah memancarkan slide, kami tidak dapat melihat jelas bebola anak matanya. Betulkah beliau pandang aku atau orang yang terlelap nun di hujung meja ini?

Hanya satu lembaga gelap berkemaja formal putih yang kami nampak berdiri mengajar di hadapan. Itulah yang apa kami, para pelajar di barisan belakang sekali, fikir. Susah untuk melihat raut wajahnya itu. Marah atau gembira?

2-3 saat kemudian beliau berbicara semula,

"You know, it is like you go to the shop and buy a laptop worth RM2,500 for RM2,000. The famous brand Ea cher"

Kami tercengang. Semua kelihatan keliru cuba mengaitkan dengan isi-isi pengajaran beliau beberapa minit sebelum ini. Adakah jenama tersebut terkenal?

"You know Ea cher?" ulang beliau lagi sambil fokus arah pandangan ke seluruh bilik. Susah ingin saya gambarkan siapa yang dia pandang sebenarnya.

Seperti saya katakan, raut wajah mahupun bebola matanya tidak berapa jelas untuk kami perhatikan. Saya tidak tahulah bagaimana pelajar lain memandangnya tapi itulah yang kami, para pelajar nun di belakang lihat semasa itu.

"The laptop students like to buy... Ea cher?"

Pelajar Cina di hadapannya menggeleng-gelengkan kepala. Jika mereka tidak faham, apatah lagi kami di belakang ini. Terutamanya para pelajar Melayu yang terlelap mahupun sibuk bersembang atau bermain dengan telefon bimbit canggih mereka.

Kemudian beliau mengambil sebatang marker pen dan menulis beberapa huruf di papan putih.

A C E R

Serta merta suasana menjadi meriah. Gelak ketawa kedengaran di hadapan dan juga belakang.

Oh. Acer! Itu rupanya yang ingin beliau sebutkan tadi.


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. he3.... camner leh jadi ez cher tu.....tapi memang betul... remy berkerja byk deal ngan org luar..... kekadang slang dieorg memang susah nak faham.... kalau latin sty depa lah.... india cara dia lah .. kalu dari jepun and korea..... kena bukak telinga besar2... nak comfirm apa yg dituturkan....

    BalasPadam
  2. Hehehe......susah betul nak faham tu...kalau saya pun mesti tercengang tak tahu nek respons apa-apa hehehe ;)

    BalasPadam
  3. @Remy n @Azham
    Sebab itulah saya lebih suka pensyarah tempatan. Manglish is my choice.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia