Shhhh... Gelar sahaja dia Pak Hitam

6 bualan
Pin It

Akibat tidak tahan dengan markah ujian satu dan dua yang rendah, saya bertekad untuk melaporkan ketidakpuasan hati saya kepada pihak terlibat mengenai kelas Prinsip Ekonomi. Pensyarah yang mengajar tidak kena dengan gaya dan budaya pelajar Malaysia.

"Aku rasa aku mahu buat aduan berkenaan Dr. ECN3100 kita la," kata aku pada satu hari selepas kelas habis.

"Idea bagus Wong. Aku sokong cadangan kau. Dulu semasa aku ambil diploma, aku selalu buat macam tu kalau ada pensyarah yang ajar merapu. Kita sebagai pelajar perlu menegakkan hak kita," sahut Afees, pelajar lepasan diploma pertanian, juga merangkap rakan sekelas aku.



"Kalau begitu, jom teman aku petang ni jumpa timbalan dekan Fakulti Pertanian," kata aku lagi.

"Errr... Takpa lah Wong. Kau pergi seorang sahajalah. Aku ada hal petang ni. Tapi kalau kau nak tandangan kami, aku pasti berikan," ujar Afees.

"La. Habis tu takkan aku seorang sahaja pergi? Sokonglah kawan."

"Ok la Wong. Aku kena balik kolej. Uruskan beberapa hal. Bye." Afees berlalu pergi meninggalkan aku di koridor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Cis. Dasar kawan. Apabila masa senang, boleh sahaja memberi pelbagai idea bernas tetapi apabila hendak melaksanakannya, lari pula dia. Tak apalah. Asalkan dia mahu turunkan tandangan semasa aku kumpul petisyen, aku tak kisah.

Semasa hendak pergi ke stesen bas menunggu kedatangan bas, Azwan, juga rakan sekelas saya lepasan matrikulasi, mengatakan beberapa ayat yang melegakan hatiku.

"Tak apa Wong. Petang ni kau pinjam sahaja motorsikal aku. Kita pergi sama-sama. Aku pun nak tahu juga apa reaksi timbalan dekan."

Aku lega mendengar kata sokongan daripada dia. Semangat aku mula naik.

Pada petang itu juga aku dan Azwan pergi ke Fakulti Pertanian 2 yang terletak nun di hujung UPM, di kawasan berbukit yang penuh dengan hutan sekelilingnya. Entah kenapa aku tidak mengerti kenapa Fakulti Pertanian selalu dipindah jauh dari kawasan UPM.

Alhamdulillah ketika itu timbalan dekan akademik tidak sibuk. Beliau seorang pensyarah lelaki.

"Masuk. Ya ada apa hal kamu ingin jumpa saya," pandang beliau ke arah kami.

"Nama saya Wong. Dan ini rakan sejurusan saya, Azwan. Kami datang ingin membuat laporan mengenai pensyarah ECN3100. Kami tidak faham apa yang dia ajar. Dia seorang negro asal Sudan," terang aku kepada beliau.

Muka beliau berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. 5-10 saat beliau diam seketika.

"Ish. Kamu tidak boleh kata begitu. Negro tu bunyinya rasis. Tak elok."

"Err... Habis tu kami perlu panggil apa? Kami tahu Negro sahaja."

"Shhh.. kita gelar sahaja Pak Hitam."

Aku dan Azwan memandang sesama kami. Dalam hati aku seperti ingin tergelak. Pak Hitam?

"Baiklah Dr.. Jadi bagaimana boleh kami selesaikan masalah ini?"

"Sebenarnya saya pun tidak dapat bantu kamu semua. Kamu beritahu lambat. Ini sudah minggu ke-12. Nak tukar pensyarah pun makan masa. Setakat berapa orang yang tidak skor?"

"Majoriti pelajar Melayu Dr.."

"Susah juga begitu. Baik lah. Begini sahajalah. Kamu pergi ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, cuba buat aduan pada timbalan dekan akademik di sana. Saya tidak dapat bantu kerana ia luar dalam bidang urusan fakulti Pertanian. Ok?" ujar beliau sambil menguruskan dokumen-dokumen yang terbentang di atas mejanya.

Nampaknya kami sudah salah tempat membuat aduan. Betul juga kata beliau. Subjek ini dikelolakan di bawah fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Takkan lah fakulti Pertanian pula ingin masuk campur

"Baik Dr.. Kalau begitu kami minta diri dulu. Nanti kami laporkan Pak Hitam tersebut di fakulti Ekonomi dan Pengurusan pula."

Beliau hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum apabila aku menyebut Pak Hitam.

Aku dan Azwan bangun dan beredar pergi dari pejabat beliau.

"Ooo... rupanya Negro tu perkataan rasis. Pak Hitam pula menjadi istilah gantinya." kata Azwan.

"Hahaha. Aku pun tidak tahu. Tak apa sekarang kita ada misi untuk memberontak. Kita namakan 'Ops Pak Hitam'."

Kami berdua terkekek-kekek ketawa di parkir motorsikal. Suasana yang sunyi di keliling fakulti menjadi teman kami ketika kami menuruni bukit pulang ke kolej.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. Pak hitam pun rasis juga dan memberi maksud sama dengan negro atau nigga. Cuma ia adalah terjemahan lembut dalam bahasa melayu mungkin tidak mereka faham maksudnya. :-)

    Saya rasa perkataan 'Eskimo' pun rasis juga. Sekarang tidak boleh panggil mereka eskimo depan depan, tapi elok dipanggil'Inuit'. Perkataan yang tidak rasis masa kecil sudah tidak innocent lagi.

    BalasPadam
  2. Lalu apa kesudahannya bro... saya fikir walaupun pensyarah itu di bawah fakulti ekonomi dan pengurusan, Timb Dekan fakulti pertanian akan membantu memandangkan yang terjejas itu pelajar dr fakulti sendiri. Sekali imbas mcm beliau lepas tangan pula...

    BalasPadam
  3. @asrul
    Beliau buat lawak sahaja. Heheh.

    @baguznet
    Insya-Allah akan ada sambungan. Lagipun memang salah kami lambat buat laporan. Apapun, ia menjadi pengajaran buat kami untuk bertindak cepat sebelum ia terlambat.

    BalasPadam
  4. kalau dpt pensyarah yg dari india pun lagilah berbelit nya BI dia..kat belakang mesti ada yeyyyy

    BalasPadam
  5. saya nak tahu kesudahannya. tp saya rasa lecturer tu mesti digantung utk mengajar next semester kan. biasa fak.ambil tindakan macam tu.

    BalasPadam
  6. @ummuaidan
    Alhamdulillah setakat ni fakulti saya pensyarah tempatan yang mengajar.

    @NIZAM
    Ia satu yang menarik untuk diceritakan nanti. =)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia