Selasa, 25 September 2012

Kaunter pertanyaan



Saya suka menggunakan kaunter pertanyaan. Ia memudahkan saya bertanyakan soalan-soalan yang saya sendiri tidak pasti jawapannya seperti bagaimana caranya isi borang, apa yang perlu saya buat untuk mencapai tujuan saya datang ke tempat itu, lokasi pejabat yang ingin saya tuju, dan lain-lain lagi.


Saya lihat bank CiMB, bangunan pentadbiran dan fakulti-fakulti di U saya ada menyediakan kaunter pertanyaan.

Namun, bukan semua tempat ada menyediakan kaunter pertanyaan atau kaunter perkhidmatan pelanggan. Kadang-kala saya hilang tempat bertanya lalu saya terus potong barisan dan bertanya terus kepada kakitangan yang bertugas. Jadi mereka tidak boleh salahkan saya yang hanya ingin bertanya soalan-soalan remeh bagi pandangan mereka.

2 mengomel

saya nak tanya, *kaunter pertanyaan kan? :p *

maaf, saya kurang mengerti maksud itu?

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon