Selasa, 25 September 2012

Mood menulis cerpen



Betul lah kata orang, hendak menjadi seorang penulis itu pun susah, apatah lagi menulis setiap hari pada blog kesayangan saya ini.

Dengan ragam komen yang pelbagai kerenah, susah juga saya hendak mengendalikannya. Semuanya unik dengan pelbagai niat. Ada yang datang ikhlas dan ada juga datang dengan niat hanya membalas singgahan saya. Oh, saya tidak kisah mengenai itu. Setiap orang ada niat masing-masing. Yang penting biarlah ia berteraskan hanya kerana Allah.


Banyak idea untuk saya nukilkan di sini, namun kadang-kala saya hanya simpan sahaja di draft. Takut ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan bersama dunia Internet ini.

Mungkin saya boleh ubahnya kepada bentuk cerpen. Sekurang-kurangnya ia penuh dengan imaginasi yang mampu membuatkan saya kembali bersemangat menjadi seorang penulis yang disayang Allah.

Insya-Allah. Saya akan cuba perbanyakkan menulis cerpen selepas ini.

4 mengomel

saya dgn dengan niat................. ^^,

saya yakin dengan cikgu Dee. Semoga berjaya. Insya-Allah cikgu boleh melatih lebih ramai murid seperti cikgu. Berkualiti dan hebat. Teruskan usaha kerana Allah Taala.

tulislah cerpen yang islamic sikit yg boleh menyedarkan pembacanya...
kadang2 bila kita menulis sesuatu yg kita baru belajar juga boleh mengukuhkan pemahaman kita..

Terima kasih puan atas nasihat yang berguna itu. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon