Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Sendi bangsa ialah budi, Runtuh budi runtuhla bangsa. |
Saya? Oh saya masih merangkak dalam kedua-dua penulisan itu. Apapun saya tetap mencuba. Pertama, saya target untuk menguasai bahasa ibunda saya dahulu. Kemudian, sedikit demi sedikit saya juga tingkatkan penguasaan bahasa kedua saya pula iaitu BI dengan melanggan majalah-majalah BI terkenal seperti Majalah Times, National Geography dan Knowledge.
Saya letakkan sebelah kiri laman blog saya ini satu pledge yang menarik untuk dikongsikan bersama. Penulis blog tersebut menggunakan medium BI dalam penulisannya. Namun beliau tetap tidak meminggirkan BM. Cuma, BI baginya lebih eksklusif. Hmmm. Ia tertakluk kepada penulis itu sendiri untuk berkata apa bagaimana mereka menyayangi bahasa ibunda mereka.
Setiap daripada mereka ada cara tersendiri. Yang penting bagi saya, perbanyakkan ilmu dalam BM agar ia tidak menjadi bahasa yang ketinggalan dalam arus Internet ini.
Dan yang paling penting TIADA toleransi terhadap BAHASA SMS atau lebih dikenali kini sebagai bahasa ALIEN!!! Untuk itu, saya sama sekali tidak akan menjawab atau membalas bahasa Alien kerana saya langsung tidak faham apa yang orang itu tuliskan! Mereka tinggal di planet Marikh dan mungkin terbawa ke sini oleh 'Curiosity', robot yang meneroka Marikh.
Amal penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris penuh kerana ia pasti membuahkan hasil. Apabila orang meng-google maklumat, mereka tidak akan guna bahasa Alien. Lihat sahaja carian google melalui widget Feejit saya. Penggunaan bahasa Melayu penuh mampu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang Melayu khususnya.
Tidak percaya? Biarlah. Ia tertakluk kepada hati dan naluri kita sebagai seorang manusia. Saya tidak mahu layan untuk itu.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon