Kadang-kadang saya mahu juga ambil beberapa isi di dalam blog orang lain. Bukan niat untuk plagiat tetapi untuk berkongsi. Apa salahnya, bukan?
Contohnya dari blog Seindah Ciptaan Tuhan, yang tidak membenarkan pembacanya highlight mahupun klik kanan di blognya. Oh, sungguh kedekut, fikir saya sebaik sahaja masuk ke blog itu.
Tetapi tidak mengapa. Ada caranya untuk tetap salin dan tempel maklumat dari blog tersebut.
Gunakan sahaja kekunci CTRL+S. Simpan webpage tersebut. Kemudian buka secara offline. Seterusnya salin dan tempel apa-apa maklumat yang kita hendak tadi.
Bagi saya, jika isi blog kita cukup bagus, tentunya ada orang akan plagiat. Contohnya post saya tentang FBMK UPM. Ramai sahaja plagiat. Namun saya tidak kisah kerana itu bermaksud penulisan saya bagus sehinggakan ada yang sanggup plagiat hasil karya saya. Tetapi mereka tidak akan dapat plagiat 'suara' tulisan saya itu. Pembaca setia saya akan tahu.
Kerana itu blog peribadi dengan BMT memang digemari oleh saya.
Apa pandangan anda pula? Biarkan orang plagiat atau bersikap defensif menjaga karya di blog anda?
Sabtu, 1 Jun 2013
Ketakutan blogger diciplak hasil karya mereka
Penulis 依之汉
Diterbitkan Sabtu, Jun 01, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 mengomel
Blog palgiat memang ramai skrunk..
entah laa cth blog aq ikut laa korang nak plagiat nak tukar nama aq pada nama korang. Itu hak korang nak letak sumber or tak. Kenapa aq perlu marah, sebab tu tkkan mngubah apa.. diri ini hanya mampu tersenyum bak kambing gurun je.. hahaha..
pada si plagiat terima kasih kerana sudi mengiatkan lagi artikel aq yang merapu meraban tu.. kalau bukan korang sape lagi nak mengiatkan lagi artikel merapu tu..
kalau unsut plagiat TANPA backlink saya pun agak marah, tapi itu kalau kita jumpa lah, tpai kalau tak jumpa nak buat camne kan, tapi dalam dunia maya ni, mcam2 boleh terjadi, serupa juga kalau kita amik gambar kat Google, itu tetap gambar orang lain kan. Tadepun kita bagi backlink kan. Nak marah pun tak guna sebenarnya.
Saya sebenarnya tak pernah plagiat sumber ornag lain, cuma, saya baca, amik isi dan olah itu pemikiran saya sendiri. Kalau dalam research, itu bukan plagiat kan, cuma rephrase kan? hehehe, tapi ref kena tulis lah kan.
Thanks.
salam wong.bagi kak lea kalau entri tu dapat memanjangkan lagi pahala bila berkongsi,alhamdulillah.cuma elok kalau kita beri backlink..tanda menghargai penulis asal.kalau setakat copy paste entri dari majalah/suratkhabar tak perlu kot nak beri backlink pada penulis entri tadi tu.just bagi kredit pada 'owner' asal artikel tersebut.
kak lea jarang copy paste..tengok pada situasi dan entri yang hendak kita kongsikanlah.kalau perlu copy paste,bagi jelah kredit bukan susah pun,kan.atau at least tinggalkan komen dan minta izin untuk share...sharing is caring gitu..
@Aminin
Terima kasih kerana komen.
@akmall @||aLeaSaRa||
Untuk gambar, saya rasa susah untuk tidak memberi kredit kepada Atuk Google.
Untuk isi, ya, pautan kembali cocok diamalkan.
kakak tak kisah jika orang nak copy, asalkan kreditkan kepada penulis asal.. tujuan ilmu ditulis untuk dikongsi dan disebarkan.. jadi kenapa nak berkira sangat..
Untuk tetap salin dan tampal, boleh nonaktifkan JavaScript browser kamu.
Google chrome> setting> content setting > Javascript > dsable
@Aiza
Nasib baik kak fikir begitu juga. Thumbs up.
@Asrul
Terima kasih! Tak perlu aku susah susah simpan sebagai web.
Setuju :) saya pun jumpa ramai bloggers yang disabled kan right click di blog mereka. bagi saya, lebih baik tinggalkan pesanan bahawa jika ada yang mahu copy perlulah creditkan sumber karya tersebut daripada disabled kan right click itu..sebab kadangkala mereka yang mahu copy dan share karya tersebut mungkin mahu menambahkan sedikit pengisiannya dengan idea mereka sendiri..apapun, terpulang pada individu.mungkin ada kisah yang tidak kita ketahui disebalik sikap yang sebegitu :)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon