Menderma itu satu amalan mulia yang mencambah rezeki buat yang mengetahui. |
Nama Cina saya 依之汉。Susah sebut? Gelar saya Wong sahaja, panggilan mesra dalam dunia blog saya ini. Saya ingin mengucapkan selamat datang ke weblog saya, tempat saya menulis coretan kehidupan, sastera (cerpen/novel/puisi/pantun), dan pembelajaran (ilmu).
Objektif utama blog saya adalah memperbanyakkan lagi penulisan dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan juga arkib simpanan idea untuk dunia penulisan saya. Saya juga ingin mempermudahkan orang mencari maklumat di Google dengan BMT.
Lalu, niche penulisan saya adalah memperbanyakkan sebanyak mungkin penulisan yang dapat membantu pembaca menggelintar Google dengan kata kunci BMT serta mengarkibkan pengalaman hebat (baca: hebat dari sudut pandangan saya. Mungkin buat orang lain biasa sahaja. Maaf jika ia berlebihan buat anda) saya di sini.
Mungkin kamu terkeliru dengan tajuk 'Travelog Hortikultur: Ia bukan sekadar tanaman Log ringkas menggunakan Bahasa Melayu Tinggi'. Saya hanya menggunakan nama hortikultur berniat untuk orang lebih mengenali apa itu hortikultur. Walhal blog ini adalah blog peribadi tavelog saya sahaja. Untuk makluman lanjut tentang hortikultur, boleh lawat blog rakan saya di sini, Jom Tanam Sendiri.
Saya graduan dari universiti yang terletak di Serdang, walaupun saya membesar di Perak dan tidak pernah ketahui lokasinya sehinggalah saya diterima masuk.
Kebelakangan ini, saya jarang meletakkan nama penuh universiti saya belajar atau tempat saya tinggal dengan jelas, cubaan untuk menjaga kehidupan peribadi saya. Saya agak, memang mudah untuk mengesan kebenaran di sebalik liputan kehidupan ini, namun biarlah saya memilih menyelimutinya dengan cara tersendiri.
Coretan di sini hampir semua berkaitan saya, pengalaman, pembelajaran, dan peribadi walaupun saya kurang berkata mengenai keluarga serta sahabat saya atas sebab-sebab tertentu yang saya nyatakan sebelum ini. Sungguh nama mereka samar kerana niat ini bukan ingin mengata tapi hanya ingin berkongsi. Tidak lebih dan tidak kurang. Hanya yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada saya sendiri.
Coretan di sini hampir semua berkaitan saya, pengalaman, pembelajaran, dan peribadi walaupun saya kurang berkata mengenai keluarga serta sahabat saya atas sebab-sebab tertentu yang saya nyatakan sebelum ini. Sungguh nama mereka samar kerana niat ini bukan ingin mengata tapi hanya ingin berkongsi. Tidak lebih dan tidak kurang. Hanya yang baik daripada Allah, yang buruk itu daripada saya sendiri.
Oleh kerana blog ini dikategorikan blog peribadi, saya secara langsung mempunyai hak untuk mengabaikan apa-apa strategi pemasaran blogwalking termasuklah menarik pembaca (followers), blog giveaway, pertandingan kongsi itu dan ini, dan topik-topik khusus blogwalker. (Blogwalker tegar pasti faham maksud saya, bukan?)
(Saya ucapkan 'Terima kasih' buat sesiapa yang berniat meninggalkan pautan ke mana-mana laman web tanda saya menghargai kedatangan kamu ke sini.)
Sebaliknya, saya memilih menulis apa yang saya gembira untuk berkongsi bersama dunia Internet ini.
(Saya ucapkan 'Terima kasih' buat sesiapa yang berniat meninggalkan pautan ke mana-mana laman web tanda saya menghargai kedatangan kamu ke sini.)
Sebaliknya, saya memilih menulis apa yang saya gembira untuk berkongsi bersama dunia Internet ini.
Kelulut, satu penemuan baru bagi saya! |
Ada hari mungkin saya pos mengenai pengalaman saya, esoknya cerpen, mungkin pantun, kemudian video yang saya tonton di youtube mahupun apa-apa ilmu yang saya rasa ia bermanfaat untuk perkongsian bersama. Secara umum, kepakaran saya lebih kepada graduan Sains Hortikultur. Cuma, minat saya lebih dari itu.
Tumbuhan, komputer dan buku. 3 bidang besar yang betul-betul membuatkan saya teruja setiap kali saya menulis. Sungguh ia menakjubkan diri saya. =)
Saya juga salah seorang editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu. Kamu boleh lihat sumbangan saya di WBM di sini. Saya menulis di WBM kerana ingin menyampaikan ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dengan lebih berkesan, tanpa kekangan pihak tertentu.
Saya juga salah seorang editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu. Kamu boleh lihat sumbangan saya di WBM di sini. Saya menulis di WBM kerana ingin menyampaikan ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dengan lebih berkesan, tanpa kekangan pihak tertentu.
Saya percaya bahawa penulisan yang baik dan berkualiti terbit dari hati seorang penulis itu sendiri. Iaitu hati yang ikhlas bermula dengan niat yang ikhlas hanya untuk mendapat redha-Nya. Kamu sendiri faham apabila kamu mula membaca blog saya ini, dan kamu akan memahami saya sebaiknya.
Semoga anda, ya kamu yang membaca, tergerak untuk berbual dengan saya, membolehkan saya membalas jasa mengenali kamu pula.
nota: Blog ini ditulis menggunakan hampir kepada Bahasa Melayu Tinggi, juga mengagungkan konsep meribumikan Bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu. Saya yakin dengan rasa 'izzah (bangga) yang ada di dalam diri setiap orang Melayu akan bahasa mereka, pasti boleh membawa orang Melayu pergi jauh sehingga ke bulan.
Bahasa Inggeris? Maaf. Saya tidak pandai berbicara Inggeris. Manglish boleh. Lawat blog Manglish saya untuk bicara Inggeris.
kemas kini: 27/5/2013
Semoga anda, ya kamu yang membaca, tergerak untuk berbual dengan saya, membolehkan saya membalas jasa mengenali kamu pula.
nota: Blog ini ditulis menggunakan hampir kepada Bahasa Melayu Tinggi, juga mengagungkan konsep meribumikan Bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu. Saya yakin dengan rasa 'izzah (bangga) yang ada di dalam diri setiap orang Melayu akan bahasa mereka, pasti boleh membawa orang Melayu pergi jauh sehingga ke bulan.
Bahasa Inggeris? Maaf. Saya tidak pandai berbicara Inggeris. Manglish boleh. Lawat blog Manglish saya untuk bicara Inggeris.
kemas kini: 27/5/2013
47 mengomel
Assalamualaikum. Salam perkenalan wong :)
Waalaikumsalam. Salam perkenalan juga daripada saya.
Hai Wong! Nanti saya sudah kembali ke UPM sudikah bertemu saya? hehehe :)
Hi Azham! Semestinya!
Salam....memang betul blog ni bukan sekadar tanaman. Macam-macam ada...
Wasalam. Yup. Ia lebih kepada blog peribadi.
dah lama nak komen tapi x berkesempatan. hehe. a very new image =)
Dan segar juga.
Assalamualaikum dan salam perkenalan wong.. :)
Waalaikumsalam. Salam perkenalan daripada saya juga.
Assalamualaikum dan salam perkenalan
Waalaikumsalam dan salam perkenalan juga daripada saya.
Salam... sudilah singgah ke blog saya di http://kakdell.blogspot.com/. Seronok pula baca kisah awak ttg fakulti saya tu... FBMK ;)
Terima kasih.
wong :)
sy beli tahun lepas pen tablet tu. harga rm299
T.T kena ada minat melukis barulah saya beli.
Assalamualaikum Sahabat.
Alhamdulillah dapat ke sini dan kenali kamu.
Insya'Allah, dalam kesempatan yang ada nanti, perlahan-lahan akan aku selusuri entri kamu yang lepas-lepas. Kelihatan, ia mengujakan.
*senyum*
oh.
lupa.
selamat berkenalan.
*senyum*
salam
Waalaikumsalam.
Terima kasih atas lawatan kamu itu. Saya berbesar hati. Semoga kita sama-sama dapat menyumbang perkara bermanfaat di dunia maya ini.
Assalamualaikum wong . . Selamat berkenalan :D
Waalaikumsalam cikgu. Saya berbesar hati berkenalan dengan cikgu tempatan. =D
nice blog bro
Terima kasih. Selamat berkenalan.
salam persahabatan...
pertama kali saya singgah blog ini. hmm saya rasa ada sesuatu yang menarik kat sini... ^_~
Salam persahabatan daripada saya juga. Blog biasa sahaja puan. Hanya nukilan peribadi seorang bujang. Heh.
Boleh bagi saya alamat emel awak atau pun facebook untuk mudahkan saya bertukar pandangan dengan awak. :)
Saya sudah tambah entri hubungi saya. Kak boleh lihat di situ.
terima kasih wong atas kesudian datang blog coklateyes dan berikan pandangan :) tahniah atas pilihan anda untuk menulis dalam bahasa Melayu. tahniah sangat!!!
@Innanie | Ariffin
Terima kasih kak. Blog kak juga apa kurangnya. Salam perkenalan daripada saya.
salam perkenalan..
Salam perkenalan.
Assalamualaikum Wong, saya suka bahasa/ayat yang Wong gunakan di dalam blog ini, saya ada pertanyaan, adakah blog saya, ayatnya elok, ataupun tunggang langgang? Kadang-kadang saya baca ok, terkadang rasa salah dalam penggunaan ayat. Terima kasih.
Assalamualaikum wbt Tuan Wong yang dirahmati Allah.
Sudah kerap ke blog Traveloghort, tapi baru hari ini baru terfikir untuk ke "page" ini.
Teruskan usaha tuan. Saya sendiri baru mula berjinak-jinak menulis menggunakan bahasa melayu tinggi. Perlu tunjuk ajar tuan juga nampak gayanya ni. :)
Waalaikummussalam wbt Tuan Sharulnizam yang dirahmati Allah juga.
Salam perkenalan. Terima kasih kerana komen. Sama-sama kita memperbanyakkan penulisan berguna buat pembaca BMT. =)
Terima kasih singgah di blog saya.
Sama-sama. Blog tuan bagus. Tak rugi saya tinggalkan komen. Teruskan berblog.
Assalamualaikom wong..
kamu budak Sains Hortikultur?? saya pun same..tapi saya dah graduate....
Salam perkenalan..
teruskan usaha anda berkongsi ilmu berkenaan hortikultur.... =)
Waalaikumussalam.
Yup. Saya pun sudah bergraduat. =)
Perkongsian hortikultur tak lah banyak pun. ;)
saya tahu saya agak terlambat untuk meninggalkan komen disini. Tapi saya memang tabik dengan tuan yang menggunakan BMT dikala orang melayu sendiri kekeliruan bahasa (baca: melayu rojak, manglish) termasuk saya sendiri. Teruskan berkarya dan menulis kerana ada yang menghargai.
Terima kasih. Saya yakin Cik Puan juga mampu. Bukankah kesedaran itu titik mula kepada kejayaan?
Wong !! Orang cina ke ....melayu ???
Dua dua pun boleh~
Salam, meneroka ke alam maya dan singgah sebentar ke sini... Assalam tn wong, teruskan usaha anda.
Assalamualaikum wong hai ! ^_^
Waalaikumussalam. Hai Aliff ;)
Terima kasih
Assalamualaikum.. saya pelajar lepasan stpm 2016.. saya sgt2 minat haiwan dan tumbuhan dan akhirnya saya dpt jawapan dlm blog ni.. tq so much.. tapi saya takut kalau2 saya mohon nnt xlepas.. sbb slalunya kos melibatkn tumbuhan atau haiwan ni nk calon yg ambil subjek bio, kimia, dan sc pertanian.. saya pula pelajar akaun drp spm lg.. rasa2 wong, saya layak x utk memohon kos ni?
Bermanfaat betul blog anda. Assalamualaikum dan salam perkenalan, Wong
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon