Sabtu, 25 Januari 2014

Memasak hanyalah Hobi Si Bujang



Tadi berjalan-jalan bersama sahabat saya Fakrul di Mydin Putrajaya. Dia hendak membeli beberapa barang. Alamatnya terbeli banyak barang pula. Baru saya ingat ingin mengajak dia beratur di kaunter 10 barang.

Fakrul ingin membeli barang masakan untuk dia masak di bilik nanti. Saya lihat dia ingin membeli dengan kadar yang banyak.

"Aku rasa, baik kau beli sikit sahaja. Nanti membazir," nasihat saya kepadanya.

"Tak apa. Nanti aku masak semua. Ini untuk jangka masa panjang," jawab Fakrul.

Saya menarik nafas bersedia untuk memberi penjelasan setelah 2 tahun saya duduk membujang di rumah.

"Berdasarkan pengalaman aku, orang bujang tidak akan ada masa memasak. Kita ini lebih suka dan senang makan di luar. Terutama apabila ada kawan ajak makan. Proses memasak adalah satu proses yang lama. Nikmat makan tiada kerana kita seorang diri. Lebih baik makan di luar."

Fakrul mula mengangguk tanda setuju dengan pandangan saya.

Saya menyambung, "Lagi, kita memasak hanyalah sebagai hobi. Rugilah jika kita beli banyak barang jika masak hanya beberapa kali dalam sebulan. Aku kata sebulan, bukan seminggu."

Fakrul meletakkan kembali botol minyak masak besar. Dia mengambil saiz yang paling kecil.

"Yang penting kita ambil yang kecil dahulu. Memanglah nampak macam rugi dari segi harga, tetapi lebih elok beli dalam kuantiti sedikit. Kita uji diri kita ada komitmen tak dalam dunia masakan yang pelopori oleh kaum wanita ini."

Fakrul tersenyum mendengar kata-kata saya itu.

Ya betul. Saya tak nafikan bahawa memasak itu hanyalah hobi bagi orang bujang seperti saya. Ia tidak boleh dijadikan sebagai satu rutin harian. Dengan pelbagai kerja yang perlu dilakukan seperti membuka facebook, menangkap gambar dan muatnaik ke instagram, berkicau dengan tweeter, menulis blog dan bersosial di alam maya memang memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Berbekalkan wang yang saya dapat, lebih baik saya gunakannya demi kebaikan saya - beli makanan di luar.

4 mengomel

Dulu rajin juga masak, tapi sekarang ni dah malas pula.

betul! aku semangat masak bila ramai orang nak makan, bila makan sorang, sedih jeee....

Dulu memasak masa bujang sebab nak jimat kos makan.
Tiap-tiap hari masak.
Pagi-pagi dah masak untuk sarapan dengan tengah hari. Bawak bekal pergi kuliah hampir setiap hari. Malam, masak untuk makan malam.

Catu belanja sebab duit tak cukup....

Sekarang pun tiap-tiap hari masak untuk anak-anak..

@tetamu
Memasak memang hobi kita. ^^

@Bedaduz
Kau sesuai sertai jadi chef

@Nur Fauzi
Rajin Tuan. (y)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon