(peringatan: kerana kemalasan, saya kemaskini berita yang sudah lama. Harap maaf.)
Ekspo Buku Islam di Putrajaya. |
Ternyata buku-buku di sana dijual dengan potongan harga istimewa. Kebanyakan 'booth' membuat tawaran penjualan buku sehingga 20% diskaun.
Apa yang mengejutkan saya pula, 'booth' Dewan Bahasa dan Pustaka membuat 50% diskaun! Saya terus membeli mana-mana buku yang berkenan di hati. Habis 2 baucer di tangan.
Lagi, saya lihat di 'booth' Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM). Banyak juga buku-buku yang saya berkenan. Apa lagi, 2 baucer dihabiskan di situ juga.
Saya pusing pula di 'booth' Islamik. Wahhh! Terdapa pelbagai versi al-Quran terjemahan. Siap ada yang berwarna-warni. Hati tertaut dengan satu yang berharga RM70. Apa yang menariknya, ia juga disertakan diskaun. 1 lagi baucer diberikan.
Dengan ini habis 5 baucer buku 1Malaysia saya dibelanjakan di ekspo ini.
"Jom makan tengah hari," ajak kawan saya.
Nasib baik saya tahu kafe ada di sini kerana saya pernah bekerja di Jabatan RELA di Persint 3 ini.
"Harga teh O ais sini RM1.20," ujar kawan saya.
Kami memandang dia seakan faham apa yang dia maksudkan itu.
Di fakulti Agrobio, teh O ais sahaja sudah berharga RM1.50. Alasan peniaga adalah mereka guna air dan teh berkualiti. Walahal guna teh Bo jeh.
"Pernah kawan aku minta air suam," kata kawan saya Cik Yah. "Mak cik tu cas 20 sen. Angin dia. Takkan lah air suam pun nak cas? Mak cik tu kata berlaku penyulingan rumit dalam tanki air suam." Cik Yah mencebik muka tanda tidak puas hati.
Kami semua ketawa mendengar kisah itu.
Bagi saya, lebih baik saya bawa botol air dari rumah. Lagipun, rumah saya guna air tapisan BioAura (agak tidak malu di situ. Heh).
--
Nota:
1. Teh O ais di luar lebih murah berbanding di kafe Fakulti Agrobio.
2. Selalunya air suam diberi percuma.
3. Lebih baik bawa bekal air sendiri. Boleh jimat dan selamat.

4 mengomel
Boleh saya tahu, DBP bagi diskaun 50% untuk buku ilmiah genre apa? linguistik, kamus atau? Sayang saya tak singgah di situ slps ajar tuisyen di Putrajaya tu sebab betul2 terlupa ttg hal ini.
Semua buku kak. Yang menariknya buku Ensikopedia Bahasa Melayu RM30 (harga asal RM85). Novel-novel lama RM1 setiap satu.
Yang baru turun dalam 20% sahaja. Tapi terbitan 2010 dan ke bawah hampir 50% dan ke atas.
Kamus pun sama. 50%.
wow, sampai bila ya ekspo tu?
Sampai Ahad lepas. Sebab itu saya kata berita ini sudah tak laku. Hmmm.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon