Akhirnya saya aktifkan kembali akaun Facebook saya. Ini penting kerana akaun Facebook sekarang ibarat emel, malahan lebih daripada itu. Ia lebih kepada medium komunikasi antara rakan kita.
Namun saya tidak mahu tersekat dengan agenda Yahudi yang melalaikan. Justeru saya terfikir bagaimana untuk saya kekal aktif di Facebook tetapi tidak terperangkap dengan perangkap lagho Facebook?
Setelah bermunajat untuk seketika (yela tu), akhirnya saya mendapat ilham, kurniaan Allah, saya terjumpa dengan Notifikasi Facebook. Ia adalah sebuah extension untuk pelayar Google Chrome.
Agak menarik dan berguna untuk saya. Antara sebab saya deactivate FB untuk tempoh 2 minggu lalu adalah kerana ingin mengurangkan notifikasi yang mendatang.
Kali ini saya hanya akan menerima notifikasi jika ada orang tag, mesej atau di group tertentu sahaja.
Saya buat kajian dulu dengan notifikasi ini sama ada ia betul akan mengurangkan gejala sosial dalam diri saya atau sebaliknya. Jika tak, saya masuk ke plan B.
Plan B pula, saya tukar setting FB dan biarkan emel sahaja yang datang dari FB. Ini bermakna saya buang extension tersebut.
Jadi saya tidak akan tersekat dengan rencana FB yang jahat (muahahaha).
Selasa, 7 Mei 2013
Notifikasi Facebook
Artikel Terkait
- Pepatah dari mata turunnya ke hati ada benarnya. Kajian menunjukkan manusia era iPad
- "Aku tak rasa kamu akan ada komitmen dalam kehidupan kamu, Fakrul." Saya berkata sambil m
- Saya mengenali Zarif sejak saya tahun dua lagi di UPM. Ketika itu saya masih naif lag
- "Aku rasakan, bahasa Indonesia lebih sedap didengari. Lebih basah mengena hati," ujar Nas
- Ya itulah pengakuan saya pada pagi Ahad semalam. Awalnya saya menyertai riadah anjuran IS
- Apabila saya mula melebarkan networking saya bersama orang lain, saya mula kenal pelbagai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
Saya guna fb untuk mengetahui perkembangan semasa dan berkomunikasi dengan org2 tertentu seperti saudara mara atau pensyarah sahaja untuk sesuatu maklumat. Alhamdulillah, saya tak leka dengan fb.
Kadang kala apabila terlalu kerap berjumpa di FB boleh menjauhkan hubungan, pandangan peribadi saya.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon