Saya pernah membeli buku online dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITNM).
Buku itu bertajuk "Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya".
Tarikh pembelian adalah pada 3 Ogos 2012. Oleh kerana harga buku murah, saya rasa penghantaran mungkin memakan masa seminggu atau dua.
Namun setelah sebulan menunggu, buku masih tidak sampai. Untuk tidak bersangka buruk, saya menghantar aduan kepada pihak ITNM untuk mendapatkan penjelasan tentang buku yang telah saya beli.
Kemudian saya membalas.
Beberapa minit kemudian saya mendapat panggilan, "Hello, assalamualaikum. Ini en. Wong ya? Saya Ahmad Shuhaimi dari ITNM. Boleh saya tahu tentang status buku pembelian encik?"
Saya terkejut dengan panggilan tersebut. Tidak sangka pihak ITNM sendiri membuat panggilan. Sayapun menerangkan situasi bahawa saya masih lagi belum menerima buku yang saya beli tempoh hari.
"Baik. Saya akan ambil tindakan. Jika ada apa-apa hal boleh terus hubungi nombor saya ini. Kami dari pihak ITNM minta maaf atas perkara ini."
Perbualan tamat. Sejurus kemudian saya mendapat emel daripada beliau lagi. Servis mereka memang laju!
Aduan yang diberi diambil serius. Semestinya saya akan beli lagi dari pihak mereka nanti, jika ada buku-buku yang saya berkenan.
2 mengomel
Saya tidak pernah membeli buku ITBM secara online begitu. Tetapi, kenapa boleh jadi begitu ya? Takkan kerana buku itu murah, mereka mengabaikan kepuasan pelanggan hingga sebulan memakan masa.
Wah, terasa lucu pula. Apabila sudah didesak dan dibuat aduan barulah hendak mengambil tindakan segera. Mengapa sebelum ini tidak boleh?
Harapan saya, sikap begitu tidak membantutkan minat pembaca untuk menggunakan perkhidmatan belian buku secara online dengan ITBM.
Saya bersangka baik mungkin kerana mereka terlepas pandangan pembelian saya. Kerana itu jika ada pandangan lain daripada sesiapa yang juga pernah membeli buku ITNM online, amat dihargai.
Namun, nasib baik pihak ITNM pandai mengawal keadaan dengan menghantar terus hari itu juga.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon