Perbuatan kerja kuat atau workaholic amat sukar melekat dalam diri saya. Mungkin kerana saya orang peribumi? Kata orang, kaum bukan peribumi kuat kerja orangnya.
Saya yakin perbuatan ini akan tiba menjangkiti saya apabila saya mula faham erti sarjana dalam kehidupan saya. Kecerahan dalam kegelapan memang mengasyikkan.
Tadi saya bersembang dengan rakan saya tentang erti kerja kuat.
"Kini aku faham bagaimana seseorang itu boleh kerja kuat. Aku sekarang sedang kerja kuat. Ini semula bermula apabila aku sudah ada kelengkapan untuk kerja kuat."
Saya simpulkan kerana dia sudah ada matlamat kuat untuk dia laksanakan kerja kuat. Apabila dia tekadkan matlamatnya, barulah dia sanggup buat apapun untuk kerja kuat.
Tak sabar saya untuk kerja kuat juga.
Rabu, 8 Mei 2013
Kerja kuat
Artikel Terkait
- Teringat kisah bersama seorang pensyarah saya. Beliau seorang yang telah dikatakan kaya k
- Kadang saya pelik mengapa sejak tahun ini saya sudah mula kurang menulis di blog? Adakah
- Setiap kejayaan bermula dengan satu langkah. Setiap pekerjaan bermula dengan hari pertama
- Ilmu boleh didapati di mana jua. Tak kira sama ada kita membaca, mendengar, melihat mahup
- Saya tak sangka akhirnya saya juga dijangkiti demam denggi. Ya saya tahu kawasan saya mem
- "Kita beruntung ya kak Dr. Ahmad Selamat ajar kita semester ini. Lepas ini dia sudah habi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 mengomel so far
betul tu. kerja kuat dan hasilnya menjadikan kita bersyukur. sekadar pandangan nipis saya.
From,
Nasz
www.mohdnaser.com